Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, February 16, 2009

Untungnya buruk lantak rasuah Umno!

Untungnya Umno. Ketika pemilihan parti itu tinggal beberapa hari lagi, berlaku kejadian merompak di Perak. Lompat-melompat parti kata seorang lawyer adalah constitutional. Mana aku tau. Saya tak peduli sangat kalau poly-tikus murahan dah memang gian sangat menyerah diri. Tak kiralah walau menyerah kat Umno sekalipun.

Tetapi, susahlah nak buat tak peduli kalau nampak macam nak berlaku penyucian kes rasuah dan disekat tengah jalan untuk dipaksa kembali menyokong dan yang di takhta pula begitu pendiam bagaikan kehilangan kata-kata dalam perjumpaan terakhir dengan Menteri Besar (MB) kerajaan yang dihambat sedangkan dalam perjumpaan sebelum itu ketika si MB memohon Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, yang ditakhta begitu ceria dan dilaporkan pula berkata, "kalau macam ni, bubarlah (DUN)" (yang di takhta khabarnya memang seorang yang ceria dalam keadaan biasa dan kata-katanya selalu diselang-selikan dengan ketawa).

Susahlah nak buat tak hairan kalau biasanya dalam setiap pertemuan si MB yang dihambat itu yang kena tunggu yang di takhta dalam masa 10 atau 20 minit. Tetapi, dalam perjumpaan untuk menghambat si MB, yang di takhta sudah siap menunggu bersama-sama penasihat undang-undang negeri (LA). Yang di takhta juga enggan bercakap bila diminta beberapa penjelasan dari sudut undang-undang termasuk apa yang termaktub dalam Perlembagaan. Yang di takhta diam sahaja - bak kata orang putih, dia tak dispute. Si LA pun tak dispute apa yang dihujahkan oleh si MB (aku rasa jenuh jugak dia hafal hujah-hujah tu).

Minta tolong jangan bantai dan hentam yang di takhta kerana aku ada soft spot dan berterima kasih kepada orang tua tu sebab dia yang sign Pindaan Perlembagaan 1993 yang mengkudungkan imuniti raja-raja (tak kisahlah apa yang mendorong dia sign) yang bagi saya merupakan jasa terbesar Tun Dr Mahathir Mohamad kepada seluruh rakyat Malaysia yang berakal (ini bukan ayat perli, dengan nama Allah saya berterima kasih kepada Dr Mahathir kerana jasa terbesarnya mengkudungkan imuniti raja-raja itu).

Berikutan bantahan perbuatan merompak yang turut menjadikan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dan Mat Kemian seronok tergedik-gedik itu (orang mendakwa Mat Kemian ialah nama gelaran kepada Datuk Seri PanglimaMohd Annuar Zaini. Orang dakwa la, saya pun tak tau betui ka, tidak ka), mengamuklah pula gerombolan Umno dengan slogan membela raja yang membuatkan berduyun-duyun rakyat negara ini termuntah-muntah kerana slogan munafiq itu.

Untungnya Umno. Sebelum ini, satu negara membincangkan perbuatan mentekedarah rasuah yang berleluasa dalam parti itu. Selepas tercetus cerita rompakan di Perak, hampir tak ada berita Umno mentekedarah rasuah.

Oleh kerana orang sudah terlupa betapa buruk lantak dan pelahapnya Umno apabila disumbat rasuah ke tekaknya dek kerana terlalu heboh dan riuh cerita merompak di Perak, siapa boleh nafikan bahawa kesempatan itu direnggut cukup-cukup oleh para pemimpin Umno yang mengidam supaya dipilih lagi untuk memperalatkan jawatan - siapa boleh nafikan mereka meliwat-liwat kesempatan itu sepuas-puasnya dengan festival rasuah mereka.

Siapa boleh nafikan para perwakilan dan mereka yang kebulur rasuah gila-gila berkenduri rasuah ketika terlupa sebentar buruk kelaku mereka kerana tumpuan diasyikkan oleh kes merompak di Perak.

Barangkali sebab itulah Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub mengucapkan terima kasihkepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana mengadakan pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau selepas Umno berhimpunkerana tindakan SPR itu akan memberi peluang kepada rakyat berjumpa dengan apa yang disebutkan oleh bekas presiden parti itu, Dr Mahathir sebagai "kerajaan pimpinan perasuah".

Menurut bekas Perdana Menteri, jika yang menang dalam pemilihan Umno Mac ini adalah orang yang menghulur rasuah maka parti itu akan dipimpin oleh perasuah.

"Dan kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri akan dipimpin oleh perasuah selepas Pilihanraya Umum ke 13 jika Barisan Nasional menang. Dan pemimpin jenis ini akan sauk duit kerajaan dan duit siapa sahaja yang berurusan dengan kerajaan.

"Saya telah berbual dengan beberapa orang yang tidak berparti dan juga yang berparti. Pendapat mereka semuanya sama - mereka tidak ingin diperintah oleh kerajaan pimpinan perasuah," kata Dr Mahathir.

Mengambilkira apa yang diperingatkan oleh Dr Mahathir itu, kata Salahuddin, PAS akan menjadikan kedua-dua pilihan raya kecil itu sebagai medan untuk rakyat mendesak para pemimpin parti yang berbudayakan rasuah itu membuat pengakuan bahawa mereka tidak merasuah ahli-ahli parti itu untuk dipilih sebagai pemimpin.

"Kita akan mengajak rakyat Bukit Gantang dan Bukit Selambau menuntut mana-mana pemimpin Umno yang datang berkempen ke kedua-dua kawasan itu supaya bersumpah di mana-mana masjid di kedua-dua kawasan tersebut bahawa mereka tidak merasuahkan ahli-ahli Umno atau mana-mana pihak untuk dipilih sebagai pemimpin.

"Yang utama sekali ialah kita akan mengajak rakyat di sana menuntut Datuk Seri Najib Tun Razak bersumpah bahawa beliau tidak merasuah sesiapapun samada ada di dalam atau di luar Umno sehingga beliau menang tanpa bertanding sebagai presiden parti itu.

"Bukan kita yang mulakan tetapi Najib sendiri yang mengajar rakyat supaya bersumpah untuk membuktikan kebenaran apabila beliau bersumpah dalam masjid di Kampung Guar Perahu dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh dahulu bahawa beliau tidak terlibat atau mengenali wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu," kata Salahuddin.

Jangan lupa perangai buruk lantak rasuah Umno. Ni berita-beritanya:

TDM: Umno yang bukan lagi Umno (29/5/08)
TDM: Rasuah politik (11/8/08)
TDM: Rasuah dalam Umno (19/8/08)
TDM: Pemilihan Umno (17/10/08)
TDM: Politik wang dalam Umno (24/10/08)
TDM: Peralihan kuasa (14/11/08)
TDM: Pencalonan Umno (19/11/08)
TDM: Rasuah dan keazaman politik (25/11/08)
TDM: Mac 2009 (2/12/08)
TDM: Pilihan raya kecil Kuala Terengganu (23/1/09)
TDM: Rasuah Umno (3/2/09)
BPR digesa siasatan skandal balak Umno Pahang (Malaysiakini 29/7/03)
Politik wang: Adnan marah tapi kasihan.... (Malaysiakini 5/10/04)
Dr M dakwa kalah kerana politik wang (Malaysiakini 11/9/06)
"Itulah harga maruah ahli Umno sekarang, dua ratus ringgit" (petikan dari Screenshots 11/9/06)
Ku Li: Campurtangan atasan punca Dr M tewas (Malaysiakini 13/9/06)
Johari shoots Umno in the foot (Malaysiakini 14/9/06)
Penyokong Dr M di Kubang Pasu terima SMS ugutan (Malaysiakini 16/9/06)
Ahli Umno Kubang Pasu buat aduan mengenai politik wang (Malaysiakini 29/9/06)
Dr M's defeat: Complaint lodged (Malaysiakini 29/9/06)
Kubang Pasu delegate: I was put under quarantine (Malaysiakini 2/10/06)
Menteri lesapkan wang syarikat selesai hutang peribadi, dakwa Gerak (Malaysiakini 29/6/07)
Laporan BPR kedua Mazlan terhadap PM, Najib (Malaysiakini 4/9/08)
Abdullah, Najib didakwa 'salah guna kuasa' (Malaysiakini 5/8/08)
Politik wang ini dah semakin bermaharajalela (petikan dari Bernama 14/8/08)
'Ahli Umno tak takut politik wang' (Malaysiakini 5/9/08)
Aduan rasuah, kekerasan di Wangsa Maju (Malaysiakini 17/9/08)
Politik wang: Muhyiddin rasa malu dedahkan kelemahan Umno (mStar Online 14/10/08)
Sidang Pemuda Umno Rantau Panjang kecoh, unit antirusuhan dipanggil (mStar Online 18/10/08)
Wanita Umno pula baling kerusi (mStar Online 18/10/08)
Rais: Kawal rasuah Umno atau buka tender (Malaysiakini 21/10/08)
Politik wang dan pawang politik dalam Umno (Syed Imran Al-Sagoff 21/10/08)
Rasuah sudah menjadi budaya Umno - Rais (Harakah 22/10/08)
Pemilihan Umno diharap tidak dijadikan seperti tender terbuka (mStar Online 22/10/08)
Ganjaran wang politik perwakilan Umno cecah RM20,000? (mStarOnline 25/10/08)
Sidang Kota Tinggi kecoh protes hukuman Lembaga Disiplin (mStar Online 27/10/08)
Adakah Razaleigh akan terus berkhidmat kepada parti rasuah? (Harakah 3/11/08)
Razaleigh: Ada bahagian minta rasuah pencalonan RM2 juta (mStar Online 3/11/08)
Ku Li tewas akibat gagal sogok wang? (Malaysiakini 5/11/08)
Umno terima 900 aduan politik wang (Utusan Malaysia 8/11/08)
Rasuah jadi hak eksklusif Umno - Husam (Harakah 10/11/08)
Kerusi terbang warnai mesyuarat Umno Seremban, perwakilan cedera (mStar Online 10/11/08)
Buang pemimpin amal politik wang dari Umno - Mahathir (mStar Online 12/11/08)
Dr M: Money politics will ruin Umno in GE (Malaysiakini 12/11/08)
‘Hanky-panky’ in Umno deputy president race: Dr M (The Star 12/11/08)
Dr M says ISA should be used against corrupt Umno members (Malaysian Insider 12/11/08)
Umno juara rasuah (Azhar Ahmad 13/11/08)
Politik wang dijangka parah menjelang pemilihan Umno - Tengku Rithauddeen (mStar Online 14/11/08)
'Politik wang nampaknya lebih teruk, bahaya' - Tengku Rithaudeen (mStar Online 16/11/08)
Dr M to name Umno members involved in money politics (The Star 19/11/08)
Peralihan kuasa sia-sia - Dr Mahathir (Harakah 20/11/08)
Orang Melayu perlu pertahankan hak mereka - Tun Mahathir (Utusan Malaysia 20/11/08)
Gejala rasuah sukar dibendung walaupun Najib jadi PM, kata Dr Mahathir (Bernama 22/11/08)
Politik wang di Kota Tinggi, BPR panggil saksi (Malaysiakini 27/11/08)
Tuduhan rasuah politik: BPR nak siasat tapi disekat? (Politica 16/12/08)
Mubarak: Lembaga disiplin lambat bertindak... (Malaysiakini 18/12/08)
Tangguh pemilihan Umno jika siasatan politik wang tidak selesai (mStar Online 24/12/08)
Pemilihan Umno: Tiada tindakan ahli minta sogokan (Malaysiakini 26/12/08)
Tataetika Umno lemah, tidak boleh dakwa ahli minta suapan (mStarOnline 26/12/08)
Sah pemimpin Umno kebal dari tindakan SPRM (PAS Johor 9/1/09)
Tiga 'bandar politik wang' Umno (Malaysiakini 29/1/09)
Bantah idea bubarkan sayap utama Umno (Malaysiakini 29/1/09)
Politik wang: Umno tidak setuju SPRM siasat pemimpin (Malaysiakini 30/1/09)
Pemuda Umno marah kekerasan SPRM (Malaysiakini 30/1/09)
Umno’s road to perdition (Malaysian Insider 3/2/09)
Litmus test for MACC (The Sun 9/2/09)

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising