Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Sunday, February 8, 2009

Strategi politik BN dan kisah perang Doolittle

07 Feb 2009 12:05PM

ADAKAH Barisan Nasional (BN) mendapat inspirasi dari cerita "Doolittle" yang membantu parti itu mencatat kemenangan politik di Perak?

Menurut sesetengah orang yang biasa dengan "strategi politik" BN, cerita "Doolittle" itu telah membantu memberi sedikit pemahaman mengenai bagaimana BN berupaya untuk menangkis serangan politik daripada Pakatan Rakyat di Perak selepas pilihan raya umum tahun lepas dan seterusnya mengubah keadaan menjadi sebaliknya ke atas pembangkang.

Cerita "Doolittle" adalah kisah benar mengenai serangan udara pertama Amerika Syarikat ke atas kepulauan Jepun di Honshu pada 18 April 1942 semasa Perang Dunia Kedua.

Serangan itu menunjukkan bahawa Jepun sendiri mudah terdedah kepada serangan udara pihak bersekutu dan menyediakan tindakan yang wajar untuk Amerika membalas balik sebagai respons terhadap serangan awal Jepun ke atas Pearl Harbour di Hawaii pada 7 Disember 1941.

Serangan itu dirancang dan diketuai oleh Left Kolonel James "Jimmy" Doolittle, yang kemudian menulis di dalam autobiografinya bahawa serangan itu bertujuan untuk menyebabkan Jepun sangsi dengan kepimpinan mereka dan bagi meningkatkan semangat yang amat diperlukan rakyat Amerika.

Sehingga itu, rakyat jepun diberitahu bahawa mereka tidak terdedah kepada bahaya tetapi serangan ke atas bumi Jepun menimbulkan kekeliruan di fikiran mereka sehingga ramai yang berasa sangsi dengan kemampuan pucuk pimpinan mereka.

Seorang pakar strategi politik, yang enggan dikenali berkata pasukan pemikir BN mungkin mendapat inspirasi itu dari cerita "Doolittle" begitu juga dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak habis-habis berharap untuk menjatuhkan kerajaan BN pada 16 September tahun lepas.

Katanya BN memutuskan untuk bertindak selepas senario politik semakin buruk bagi BN di Perak apabila Datuk Nasaruddin Hashim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bota, yang pada mulanya menyertai PKR.

"Apabila sesetengah ADUN Pakatan Rakyat (PR) di Perak kelihatan tidak suka dengan kerajaan negeri PR atau pemimpin tertentu, mereka (BN) nampak mereka patut merebut peluang yang ada.

"Dengan menawan kerajaan negeri Perak, BN berupaya meniup semangat di peringkat akar umbi dan pada masa sama menghantar isyarat kuat kepada pesaingnya bahawa BN masih kukuh dan boleh membalas balik.

"Sebab itu, saya percaya, idea itu datang dari cerita "Doolittle" apabila BN mampu melahirkan tindakan politik yang bernas sehingga dapat mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Perak," katanya.

Tindakan pertama kerajaan negeri Pakatan Rakyat telah memperoleh laba politik apabila Nasarudin secara mengejut berpaling tadah kepada PKR sehari sebelum Tahun Baru Cina yang mencetuskan tanggapan bahawa BN akan terus kecundang.

Tindakan itu adalah sama dengan serangan mengejut Jepun ke atas Pearl Harbour yang memerangkap ahli politik dan pegawai tertinggi tentera Amerika yang membawa kesan ke atas kekuatan ketenteraan Amerika di Lautan Pasifik.

Bagaimanapun, Amerika masih mampu menghasilkan pelan serangan balas dengan mengumpulkan pasukan pejuang berani mati dalam satu misi rahsia melintasi Pasifik bagi serangan pengeboman jarak jauh ke atas Tokyo lima bulan kemudian.

Krew udara Amerika dipaksa melancarkan misi lebih awal selepas pesawat pengangkut mereka dikesan kapal Jepun, yang sudah sedia maklum bahawa mereka mungkin tidak mempunyai bekalan minyak yang mencukupi untuk membantu mereka mendarat di zon yang ditentukan di China selepas misi pengeboman.

Rancangan itu selari dengan tindakan BN yang memaksa parti itu melancarkan pelan pengambilan alih kerajaan negeri Perak selepas seorang dari wakil rakyatnya melompat parti menyertai PR dan ini terlaksana selepas tiga wakil rakyat PR meninggalkan parti mereka dan menjadi wakil rakyat Bebas dan berikrar menyokong BN.

Setakat ini, BN dan PR masing-masing mempunyai 28 kerusi dan BN mempunyai kelebihan apabila tiga wakil rakyat Bebas itu berikrar untuk menyokong BN maka ia membantu menumbangkan kerajaan negeri pimpinan PR yang memerintah selama 11 bulan.

Daripada latihan itu, BN mahu membuktikan kepada PR bahawa pakatan itu juga terdedah kepada bahaya dan dalam kes ini, mungkin dapat menghantar isyarat yang jelas bahawa kerajaan negeri lain di bawah pakatan itu juga boleh bergoyang.

Selepas kekalahan BN pada 8 Mac 2008 dan pilihan raya kecil di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, pengambilan alih kerajaan negeri Perak walaupun apa jua perdebatan seseorang itu mungkin ada, merupakan satu perangsang psikologi yang amat diperlukan BN. / Bernama


Cerita Doolittle adalah kisah benar mengenai serangan udara pertama Amerika Syarikat ke atas kepulauan Jepun di Honshu pada 18 April 1942 semasa Perang Dunia Kedua.

PERHATIAN

Sekarang musim candat sotong bermula di Terengganu. Saya baru mendapat laporan dari seorang nelayan bahawa sotong mula berkampung di laut Terengganu sekarang. Jika anda berminat untuk mengadakan pesta candat sotong sila klik di sini.



No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising