Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Sunday, February 8, 2009

"Rakyat marah hak dirampas"

IPOH, 7 Feb (Hrkh) - Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaludin berpendapat bahawa perhimpunan yang diadakan di Masjid Ubudiyah, Kuala Kangsar menggambarkan gelombang amarah rakyat selepas negeri tersebut kini berada dalam keadaan yang tidak stabil.

"Gelombang rakyat ini adalah hasil daripada rasa hak mereka yang dirampas kerana rakyat berhak untuk berasa marah apabila hak mereka diambil begitu sahaja," katanya kepada Harakah.

Walau bagaimanapun, beliau mengingatkan rakyat agar tidak keterlaluan dan menghormati peraturan yang ditetapkan tanpa menjejaskan keselamatan umum.

Ditanya mengenai majlis pelantikan Menteri Besar baru yang dijalankan petang semalam beliau menyifatkannya sebagai tidak sah.

"Kalau bentuk kerajaan dan pelantikan menteri besar melanggar perlembagaan negara ianya dianggap sebagai tidak sah atau dengan kata lainnya haram," ujarnya.

Tegasnya, rakyat Perak telah menyatakan sikap mereka yang tidak bersetuju dengan keputusan Sultan Perak dengan mengadakan pelbagai cara.

"Rakyat tidak terima dan mereka mahukan cara yang dijamin oleh perlembagaan iaitu pilihan raya, bagi mendapatkan majoriti yang lebih besar serta menjelaskan lagi keadaan agar ianya stabil," tegasnya.

Oleh yang demikian, pihaknya telah mengambil tindakan undang-undang bagi meminta tiga adun yang kini dikategorikan sebagai wakil rakyat bebas mengisytiharkan status sokongan mereka selepas pelbagai insiden berlaku.

"Kita telah memfailkan kes di mahkamah Ipoh bagi menjelaskan kedudukan tiga adun yang terbabit sehingga menyebabkan situasi kacau bilau sekarang ini," katanya.

Mengulas lanjut mengenai sembilan tangkapan yang terlibat dengan perhimpunan di Masjid Ubudiyah, beliau melahirkan rasa syukur setelah kesemuanya dibebaskan.

PERHATIAN
Sekarang musim candat sotong bermula di Terengganu. Saya baru mendapat laporan dari seorang nelayan bahawa sotong mula berkampung di laut Terengganu sekarang. Jika anda berminat untuk mengadakan pesta candat sotong sila klik di sini.

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising