Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Tuesday, February 10, 2009

Polis halang Nizar ke pejabat MB

Feb 10, 09 10:13am
kemaskini 1.05am Menteri besar Pakatan Rakyat di Perak, yang enggan mengiktiraf kerajaan baru BN, terus bertugas seperti biasa dengan mengetuai barisan exco negeri ke pejabat rasminya.

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bergerak dari kediaman rasminya - yang dijadikan kawasan pentadbiran kerajaannya - menuju bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri pagi ini yang telah dikawal oleh sekumpulan 30 anggota polis unit pencegah rusuhan FRU.

nizar banned from enter office 100209 crowd and policeKira-kira jam 11.05 pagi, beliau dan rombongannya tiba di depan pintu masuk bangunan tersebut tetapi kenderaan mereka dihalang oleh polis.

Mohammad Nizar kemudian keluar kenderaan rasminya dan berjalan menuju pintu masuk tetapi dihalang oleh polis yang kendengaran berkata, "Datuk, tolong beredar. Saya hanya mengikut arahan."

Menteri besar Pakatan Rakyat itu kemudian menjawab:

"Tidak dapat masuk tidak mengapa. Hari ini tidak ada banyak temu janji. Hari ini adalah hari (bertemu) pelanggan."

Sebelum meninggalkan tempat itu 10 minit kemudian dengan kereta rasmi menteri besar menuju kediaman rasminya di Jalan Tambun, Mohammad sempat bercakap ringkas kepada media Nizar meninggalkan kawasan tersebut.

nizar banned from enter office 100209 nizar meet policeKatanya, mereka hadir ke sini untuk melaksanakan tugas, tetapi mereka akur pada arahan polis dan tidak akan menimbulkan sebarang provokasi.

"Kita datang secara aman, (dan) pergi secara aman," katanya.

Tambahnya, mesyuarat beliau bersama barisan exconya akan diadakan di kediaman rasmi menteri besar mulai esok dan kemungkinan tidak lagi hadir di bangunan SUK.

Tidak kelihatan gelagat penyokong Umno yang dikatakan akan "berbuat apa sahaja" untuk menghalang Mohammad Nizar memasuki bangunan pejabatnya.

Menteri besar BN, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dijangka ke pejabat rasminya di bangunan tersebut hari ini.

Sementara itu, barisan exco kerajaan BN dijadual mengangkat sumpah jam 10 pagi ini di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar di depan Sultan Perak.

Tiada penunjuk perasaan di kawasan tersebut dan keadaan kelihatan tenang.

Special Ads

http://suhaimi60.salehoo.hop.clickbank.net/


No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising