Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Sunday, February 8, 2009

Penyokong DAP protes di depan SUK

Feb 8, 09 3:39pm

Kira-kira 50 penyokong Pemuda DAP mengadakan protes di depan bangunan Darul Ridzuan, Ipoh jam 11.30 pagi tadi membantah kerajaan baru Barisan Nasional (BN) yang memerintah negeri itu.

Bantahan tersebut diketuai oleh ketua Pemuda DAP, Anthony Loke selama kira-kira 10 minit.

Mereka melaung-laungkan perkataan 'hidup rakyat' dan 'jatuh Umno/BN'.

"Kerajaan BN perlu dibubarkan kerana ia tidak mendapat mandat rakyat dan ia diperintah oleh katak-katak politik.

"Rakyat Perak tidak puas hati kerana mereka tuntut pilihanraya baru," katanya dalam ucapan kepada penyokongnya.

Mereka datang dari seluruh negara termasuk Melaka, Pulau Pinang dan Selangor.

Lima replika katak BN termasuk dua yang memegang wang, dipamerkan semasa protes tersebut.

Polis kawal keadaan

Kira-kira 100 anggota polis termasuk dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal keadaan.

Beberapa anggota polis trafik mengawal keadaan lalulintas di depan jalan berkenaaan.

Bercakap dalam sidang media selepas itu, Anthony berkata, pihaknya tidak mengiktiraf kerajaan baru Perak.

"Saya mencabar kerajaan mengadakan pilihanraya semula untuk menentukan sokongan rakyat.

"Tindakan merampas kuasa ini boleh mematikan amalan demokrasi di Malaysia," katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di pejabat DAP Perak tidak jauh dari bangunan Perak Darul Ridzuan.

Anthony berkata, jika Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak dibubarkan, kemelut ini tidak akan selesai.

Katanya, rakyat mahu melihat demokrasi hidup dan ia akan terjadi apabila DUN Perak dibubarkan.

cabar MCA

"Kerajaan baru Perak yang ditubuhkan dua hari lalu itu bukan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan juga tidak melambangkan kerajaan yang berbilang kaum," katanya lagi.

Anthony yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lobak, Negeri Sembilan berkata, beliau juga mencabar MCA supaya menyatakan pendirian mengenai kerajaan baru BN itu.

Katanya ini kerana, jika menerimanya, ia bermakna MCA setuju dengan rampasan politik Umno dan meruntuhkan sistem demokrasi di negara ini.

"Saya difahamkan seorang Adun MCA, Dr Mah Hang Seon akan dilantik sebagai seorang exco kerajaan negeri Perak," katanya.

Majlis angkat sumpah exco kerajaan negeri yang baru akan diadakan Selasa ini.

Datuk Dr Zambry Abdul Kadir mengangkat sumpah sebagai menteri besar Perak di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar Jumaat lalu.

Bagaimananapun, Datuk Seri Mohamd Nizar Jamaluddin masih mendakwa beliau sebagai menteri besar Perak.

Sementara itu, penyokong Barisan Nasional (BN) mengadakan demonstrasi secara aman selama sejam di Ipoh pagi tadi bagi menyatakan sokongan mereka kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Selepas perhimpunan yang diterajui oleh Barisan Bertindak Perpaduan Melayu Malaysia (BBPM), satu memorandum yang menyatakan taat setia kepada baginda Sultan, diserahkan kepada Istana Kinta untuk diserahkan kepada baginda.


PERHATIAN

Sekarang musim candat sotong bermula di Terengganu. Saya baru mendapat laporan dari seorang nelayan bahawa sotong mula berkampung di laut Terengganu sekarang. Jika anda berminat untuk mengadakan pesta candat sotong sila klik di sini.

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising