Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Wednesday, February 4, 2009

Pakatan timbang adakan p'raya mengejut di Perak

Menteri Besar Perak, Datuk Mohd Nizar Jamaluddin mengakui bahawa Pakatan Rakyat sedang menimbangkan kemungkinan membubarkan dewan undangan negeri bagi membolehkan satu pilihanraya mengejut diadakan.

"Kita dalam proses memikirkannya. (Anda akan tahu) bila tiba masanya," katanya ketika menjawab soalan media.

nizar jamaluddin 100 days interview 180608 11Mohd Nizar memberitahu pemberita demikian malam tadi selepas mempengerusikan satu mesyuarat di kediamannya yang dihadiri oleh sebahagian besar ahli dewan undangan negeri (Adun) Pakatan serta pemimpin utama dari PAS, DAP dan PKR.

Kelmarin, dua Adun Pakatan - Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang) dan Osman Jailu (PKR-Changkat Jering) - keluar parti, menyebabkan kerusi Pakatan kini tinggal 30 daripada 59 kerusi di dewan undangan negeri Perak.

Barisan Nasional (BN) hanya perlukan dua Adun berkenaan dan seorang lagi wakil rakyat menyertai gabungan itu bagi membolehkannya mengambil kuasa daripada Pakatan yang mentadbir Perak sejak 10 bulan lalu.

Walaupun kerajaan negeri mungkin mengadakan pilihanraya mengejut untuk mengelak wakil rakyatnya melompat parti menyertai BN, langkah Pakatan seterusnya untuk menyelesaikan situasi yang genting itu ialah mengambil tindakan undang-undang terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang tidak mengiktiraf surat peletakan jawatan Jamaluddin dan Osman.

'Hee masih bersama kita'


Exco kanan kerajaan negeri Perak, Ngeh Khoo Ham, yang turut hadir di sidang akhbar tersebut berkata, Pakatan berhasrat untuk mendesak SPR mengadakan pilihanraya kecil bagi kedua-dua kerusi terbabit yang "dikosongkan" oleh Jamaluddin dan Osman.

Beliau yang juga pengerusi DAP Perak berkata, pihaknya akan memfailkan semakan kehakiman dan memohon perintah mahkamah untuk mendesak SPR melaksanakan tugasnya.

Mengenai kedudukan Adun Jelapang, Hee Yit Foong yang tidak gembira dengan kepimpinan Pakatan, terutamanya DAP, Mohd Nizar berkata perselisihan pendapat membang perkara biasa dalam pakatan tersebut.

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising