Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Thursday, February 5, 2009

Nik Aziz Akur Keputusan Sultan Perak

KOTA BAHARU, 5 Feb (Bernama) -- Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akur dengan keputusan Sultan Perak yang tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan meminta Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan.

Mengulas tindakan Sultan itu, Nik Aziz berkata, itu adalah hak dan kuasa baginda.

Beliau bagaimanapun berkata, apa yang perlu dikaji dan menimbulkan persoalan ialah mengapa kejadian menyebabkan keputusan Sultan itu boleh berlaku.

"Saya tidak mempersoalkan keputusan Sultan Perak itu...walaupun kerajaan Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Menteri Besarnya sudah mengadap untuk mendapat perkenan baginda.

"Cuma kita (Pakatan Rakyat) perlu persoalkan dan perlu kaji kenapa ada antara Adun Perak itu lompat parti dan menyebabkan suasana politik negeri Perak jadi begitu.

"Mesti ada sesuatu yang tak kena dan perancangan pihak tertentu," katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di Kampung Pulau Melaka, dekat sini, hari ini.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas mendakwa, wujud golongan yang membuat perancangan (menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat) dan menyifatkan golongan itu sebagai "peragut hak rakyat".

"Mereka ini zalim tak kenal pangkat, tak kenal titih, akan menerima tindakan Allah Taala suatu hari kelak. Malah, sebesar-besar kuasa dunia yang ada pada George Bush boleh jatuh dan dia diaib dengan dibaling kasut oleh wartawan," katanya.

Beliau juga berkata adalah aneh dan menghairankan ada Adun hilang atau dikurung oleh pihak tertentu selain beberapa orang lagi berpaling tadah.

"Ini mungkin suatu perancangan licik pihak tertentu yang ingin meragut hak rakyat yang sudah diputuskan dalam pilihan raya (umum) lalu," katanya.

-- BERNAMA

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising