Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, February 9, 2009

Najib minta simpati rakyat dakwa nak ubah dasar BN

Mempercayai cakap Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak kononnya Barisan Nasional (BN) akan membuat perubahan dasar melihat rakyat memberi sokongan besar kepada pembangkang dalam pilihanraya umum yang lalu, samalah dengan mempercayai cakap-cakap burung kakak tua.

Ini kerana memang pemimpin sepertinya dipercayai tahu sekadar bercakap tetapi hakikatnya dasar BN selama ini hanya membebankan rakyat dan hanya retorik semata-mata.

Ia suatu ucapan untuk menarik perhatian rakyat kepada parti itu setelah BN menghadapi pelbagai masalah dengan rakyat dan kemelut hari ini paling teruk berlaku selepas 51 tahun parti itu memerintah negara apabila rakyat berjaya menafikan dua pertiga penguasaan parti itu di Parlimen.

Kenyataan Najib semacam mahu mengekal BN memerintah Malaysia sehingga hari kiamat. Apakah rakyat tidak mahu berubah?

Rakyat jangan membuang masa mempertaruhkan politik negara ini kepada parti dan pemimpin yang banyak masalah seperti Najib.

Cukuplah 51 tahun negara dan rakyat negara ini diperkudakan oleh parti dan pemimpin yang tidak bermaruah seperti BN dan Najib.

Rakyat mesti mengajar parti seperti ini sekurang-kurangnya menjadikannya sebagai pembangkang dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.

Percayakah rakyat terhadap kata-kata Najib, bahawa BN akan mengubah dasarnya dan apakah dasar yang mahu diubahnya, pragmatisme, liberalisme, sosialisme atau Islam?

Dasar nasionalisme dan sekularime yang didokong UMNO/BN sebelum inipun gagal membawa kemajuan dan pembangunan dalam erti kata sebenarnya kepada rakyat. Yang jelas kaya dan maju ialah kuncu-kuncu Umno serta pemimpinnya.

Rakyat dan negara hanya menjadi kuda tunggangan mereka semata-mata. Yang miskin dan tertindas terus terhimpit dengan kemiskinan. Harta negara dibolot dan berlegar di sekililing orang-orang tertentu di bawah Umno.

Najib terpaksa membuat kenyataan demikian untuk meminta simpati rakyat Malaysia tetapi dia mesti ingat negara ni bukan milik BN, rakyat sudah membuat penilaian 51 tahun Malaysia di bawah parti itu.

Strategi kononnya mengubah dasar (walaupun tidak diketahui apa dasar yang mahu diubah) ialah strategi pakar-pakar politik dan gerak saraf dalam Umno untuk mengekalkan kuasa politik dan cengkamannya terhadap rakyat dan negara ini.

Rakyat jangan termakan dengan pujuk rayu Umno dan Najib. Rakyat pasti telah membuat penialian dengan prestasi Timbalan presiden Umno ini dengan pelbagai kes yang menghantuinya termasuk pembunuhan al-Tantunya Sharibuu dan lain-lain.

Terbaru kes rampasan kuasa Kerajaan Pakatan Rakyat Perak dipercayai adalah dengan perancangan Najib.

Jika Najib dan BN anak jantan, serahkan sahaja rakyat menentukan masa depan negeri itu dengan mengizinkan pilihanraya baru diadakan di negeri tersebut. Sebenarnya Umno takut berdepan dengan rakyat secara anak jantan lalu bermain kotor menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat dengan mengadakan rancangan rampasan kuasa, memperalatkan institusi raja.

Sekali lagi rakyat diseru tidak usah termakan dengan pujuk rayu manusia dan parti yang tidak bermaruah ini.

PERHATIAN

Sekarang musim candat sotong bermula di Terengganu. Saya baru mendapat laporan dari seorang nelayan bahawa sotong mula berkampung di laut Terengganu sekarang. Jika anda berminat untuk mengadakan pesta candat sotong sila klik di sini.


No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising