Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Friday, February 20, 2009

Eli: Saya tetap lepaskan exco, Adun

Feb 19, 09 3:08pm
Elizabeth Wong hari ini menegaskan bahawa beliau tetap dengan keputusannya untuk meletakkan jawatan exco kerajaan negeri dan ahli dewan undangan negeri (Adun) Bukit Lanjan.

"Saya telah memaklumkan kepada pemimpin parti saya bahawa saya tetap akan melepaskan semua jawatan saya - sebagai exco kerajaan negeri Selangor dan Adun Bukit Lanjan.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada keprihatinan dan sokongan pucuk pimpinan parti. Saya berharap mereka dapat memahami kesukaran yang sedang saya hadapi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Namun begitu, beliau menegaskan bahawa komitmennya terhadap perjuangan PKR tidak pernah luntur.

"Saya akan kekal sebagai ahli parti dan meneruskan perjuangan bersama parti ke arah sebuah masyarakat yang adil," katanya.

Elizabeth membuat laporan di balai polis Damansara, Petaling Jaya kira-kira jam 11.30 malam 15 Februari lalu, mengenai penyebaran foto-foto bogelnya kepada umum.

Difahamkan foto-foto itu dirakam tanpa kebenarannya - kemungkinan oleh seorang bekas teman lelakinya - sewaktu beliau sedang tidur.

Dengan kenyataan terbaru Elizabeth hari ini, maka ia bermakna satu lagi pilihanraya kecil akan diadakan di DUN Bukit Lanjan.

Pada 7 April depan, pilihanraya kecil akan diadakan serentak bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak dan kerusi DUN Bukit Selambau di Kedah.

Kerusi Bukit Gantang kosong selepas penyandangnya, Roslan Shaharum dari PAS meninggal dunia pada 9 Februari lalu, manakala kerusi Bukit Selambau kosong ekoran peletakan jawatan penyandangnya, V Arumugam dari PKR pada awal bulan ini.

Malah, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini tidak menolak kemungkinan - jika berlaku kekosongan di DUN Bukit Lanjan - pilihanraya kecil di situ akan diadakan serentak pada 7 April.

Menurut kenyataannya hari ini, Elizabeth berkata beliau telah berlepas keluar negeri untuk bercuti.

Menurutnya, walaupun beliau telah menawarkan untuk meletak jawatan exco dan Adun, namun pihak media dan laman-lamanweb masih terus menceroboh kehidupan peribadi dan privasinya.

"Saya telah dimaklumkan oleh beberapa pihak media bahawa mereka akan terus menyiar berita-berita yang lebih sensasi mengenai kehidupan peribadi saya.

"Saya juga telah diberitahu bahawa terdapat satu serangan baru, dengan lebih banyak foto dan video diedarkan untuk memalu dan memusnahkan saya.

"Ini adalah satu episod yang paling buruk dalam hidup saya. Saya tidak pernah merasa begitu keseorangan, terdedah pada serangan dan begitu hina. Saya perlu berihat dan mencari ketenangan jiwa dari semua yang berlaku terhadap saya," katanya.

Menurut Elizabeth lagi, beliau amat menghargai sokongan semua pihak, terutama para pengundinya, golongan wanita khususnya dan rakan-rakan seperjuangan dalam parti.

"Perkataan tidak cukup untuk mengungkap penghargaan saya terhadap kebaikan hati anda semua," tambahnya.

Dalam kenyataan itu juga, Elizabeth berkata negara kini sedang berdepan dengan krisis ekonomi yang serius.

"Kadar pengangguran semakin meningkat, manakala rasuah masih berleluasa. Saya berharap perbincangan umum hendaklah tertumpu kepada isu-isu penting ini, dan bukannya menganalisa kehidupan peribadi saya. Prinsip saya tetap kekal.

"Saya tidak akan menjawab sebarang soalan mengenai kehidupan peribadi saya," katanya. 

Sehubungan itu, Elizabeth berkata kehidupan peribadinya bukan untuk tatapan awam kerana beliau tidak melanggar sebarang undang-undang atau menyusahkan sesiapapun.

Beliau juga merayu kepada pihak media serta penyokongnya supaya membiarkan beliau mendapatkan ketenangan jiwa.

"Saya meminta pihak media supaya jangan menganggu saya, anggota keluarga saya dan rakan-rakan saya. Janganlah terus menerus memalukan saya dan keluarga saya, supaya kami juga berpeluang hidup seperti rakyat biasa yang lain," katanya.

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising