Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Tuesday, February 10, 2009

Cabaran untuk BN hadapi kekalahan di Perak dan Kedah

Oleh Suhaimi Taib (seramaesty@yahoo.com)
Ketika berucap di Kampung Tanjung Kuala Terengganu baru-baru ini  bagi meraikan kemenangan pilihanraya kecil Parlimen P036 Kuala Terengganu, Ketua Pembangkang di parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan perancangan Umno lebih jahat lagi selepas itu.

Beliau tidak menjelaskan apakah perancangan jahat Umno itu. Mngkin beliau sudha mengetahuinya apabila menerima laporan dari pihak-pihak tertentu.

Bagaimanapun berita mutakhir jelas memaparkan apakah sebenarnya kejahatan Umno. Ini termasuk mengugut dan menculik ahli-ahli dewan undangan negeri (ADUN) Pakatan Rakyat serta mengancam keluarga mereka sehingga   menyebabkan  V Arumugam  meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau, Perak.

Difahamkan Arumugam terpaksa melepaskan jawatannya itu  ekoran dakwaan tekanan hebat terhadapnya dan keluarganya supaya melompat menyertai BN.

Awal bulan ini, Arumugam telah membuat laporan polis mendakwa, antara lain, terdapat percubaan untuk menculiknya.

Arumugam juga mendakwa beliau dan pegawainya telah menerima banyak ugutan.

"Semua ini dilakukan untuk memaksa saya meninggalkan PKR dan menyertai BN," dakwanya dalam laporan polisnya itu.

Katanya, selain ugutan, beliau juga ditawarkan dengan tawaran lumayan untuk memujuknya meninggalkan PKR.

Beliau didakwa turut ditawarkan rasuah wang berjumlah RM5 juta dari Umno sekiranya megisytiharkan diri keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menyentuh insiden ini, tindakan ancaman dan ugutan serta rasuah, suatu strategi yang tidak bermoral kerana mewarnakan politik negara dengan elemen tindak tanduk membelakangi undang-undang dan menyekat kebebasan seseorang untuk memilih dan bersuara di bawah sistem demokrasi berparlimen.

Jika melompat parti menjadi budaya biarlah budaya itu memihak kepada kebebasan bersuara dan memilih untuk melihat masa depan negara dan rakyat lebih baik di bawah sesuatu gabungan politik yang bermaruah bukan terus dicengkam politik adu domba, perkauman, nasionalisme sempit, rasuah dan tiada integriti seperti Barisan Nasional (BN).

Anwar ketika ditanya wartawan berhubung soal lompat parti baru-baru ini menjelaskan bahawa beliau mengajak ahli-ahli parlimen dan ADUN BN menyeberang bukan dengan cara ugutan, ancaman, tawaran rasuah dan menculik mereka.

Tawaran menyeberang dengan rela hati tanpa sebarang syarat. Jika menyeberang mereka diterima sebagai anggota seperti ahli-ahli parlimen dan ADUN Pakatan Rakyat yang lain.

Keputusan dilantik menjadi Exco, pengerusi Syarikat kerajaan bergantung kelayakan dan kemampuan masing-masing bukan kerana lompat parti.

Begitulah dasar dan pra syarat yang diberikan oleh Pakatan Rakyat kepada mereka terbabit. Yang penting membina masa depan negara dan rakyat yang lebih baik di bawah Pakatan Rakyat setelah ternyata Umno/BN gagal membawa negara ke tahap memuaskan dan berjaya dalam semua aspek sejak 51 tahun parti itu memerintah negara.

Apa yang berlaku di Perak adalah satu lagi titik hitam dicipta Umno dalam politik negara apabila institusi raja Perak diperalatkan untuk menaikkan imej Umno yang hancur akibat korupsi dan penyelewengan kuasa serta pengabaian membela nasib rakyat semua kaum.

Keutuhan undang-undang Tubuh Negeri Perak tercemar dengan perlantikan Menteri Besar dan Exco baru BN selepas Dewan Undangan Negei Perak dibiarkan tidak berfungsi untuk menentukan hala tuju politik negeri itu.

Ini bermakna kuasa rakyat dikesampingkan untuk memenuhi tuntutan nafsu serakah politik pemimpin Umno yang rakus kuasa dan bagaikan ayam gila mengeram.

Dalam suasana demikian tiba-tiba Allah mentakdirkan akan berlaku dua pilihanraya kecil termasuk di Perak dan Kedah apabila Ahli Parlimen (PAS) Bukit Gantang, Roslan Sharum meninggal dunia sementara V Arumugam meletak jawatan di Bukit Selambau Kedah.

Tentunya ia medan ujian paling hangat antara kehendak rakyat dengan kehendak Umno yang kelaparan kuasa dan maruah. Ia medan terbaik untuk memberi pukulan maut kepada Umno dan memulihkan semula imej rakyat yang tercemar akibat perancangan jahat Umno dan pemimpinnya.

Kedua-duanya adalah kerusi menyebelahi Pakatan Rakyat dan amatlah diharapkan kedua-dua kerusi itu dipertahankan dan sewajarnya ia mendapat kemenangan membanggakan Pakatan Rakyat.

Rakyat jangan lagi terpengaruh dengan politik haru biru Umno/BN dan berjuanglah sehingga kuasa rakyat dan kedaulatan undang-undang serta kemurniaan institusi raja dipulihkan dan diperlihara dengan jayanya.


No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising