Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, February 9, 2009

Bukit Gantang: SPR putus tarikh pilihan raya kecil sebaik dimaklum Parlimen

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memutuskan soal pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak sebaik sahaja menerima notis makluman kekosongan daripada Parlimen.

"Sebaik sahaja SPR dimaklumkan oleh Speaker Parlimen mengenai kekosongan yang wujud, kami akan memanggil mesyuarat dan memutuskan langkah-langkah sewajarnya termasuk tarikh pilihan raya kecil," kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusuf ketika dihubungi sebentar tadi.

Pilihan raya akan diadakan dalam tempoh 60 hari selepas kekosongan wujud.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Roslan Shaharum dari PAS meninggal dunia pagi ini ketika sedang menunggang basikal dipercayai kerana sakit jantung.

Ia merupakan pilihan raya kecil yang ketiga sejak pilihan raya umum Mac lalu - selepas kerusi Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

Kerusi Permatang Pauh dimenangi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dari PKR dan Kuala Terengganu pula oleh PAS menerusi Mohd. Abdul Wahid Endut.

Kedua-duanya wakil Pakatan Rakyat.

Pilihan raya kecil Kuala Terengganu diadakan bulan lalu.

Pada pilihan raya unmum ke-12 8 Mac lalu, Roslan memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,566 undi.

Allahyarham memperoleh 20,015 undi manakala calon BN, Abdul Azim Mohd Zabidi (Umno) menerima 18,449 dan calon Bebas, M. Morgan mendapat 872 undi.

Bahagian Parlimen Bukit Gantang terdiri daripada tiga kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Changkat Jering, Kuala Sapetang dan Trong.

Di Perak, BN menguasai 13 kerusi Parlimen manakala Pakatan Rakyat pula 11 kawasan.


Special Ads

http://suhaimi60.salehoo.hop.clickbank.net/


No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising