Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, February 9, 2009

Arumugam letak jawatan Exco Kedah, kekal PKR

ADUN Bukit Selambau mahu kekal dalam PKR

MENTERI Besar Kedah, Datuk Azizan Abdul Razak bersama V. Arumugam pada satu majlis di Alor Setar, Kedah pada Oktober lalu.

[DIKEMAS KINI, 4.30 PETANG] ALOR SETAR: Anggota Exco Kedah, V. Arumugam mengosongkan jawatan sebagai exco tetapi masih terus menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Selambau.

Demikian diumumkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di sini hari ini.

Arumugam merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri.

Beliau menjadi perhatian banyak pihak ekoran cakap-cakap bahawa akan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menyertai Barisan Nasional (BN).

BERITA TERDAHULU

Arumugam mahu lepas jawatan Exco Kedah

ALOR SETAR: Di sebalik desas-desus bahawa Kedah kini menjadi sasaran Barisan Nasional (BN) untuk ditumbangkan, Exco Kerajaan Negeri itu, V. Arumugam mahu melepaskan kedudukannya dalam kerajaan pimpinan PAS di Kedah.

Namun beliau berikrar akan mengekalkan keanggotaan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau itu telah memaklumkan mengenai perkara tersebut kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu mesyuarat di Ipoh semalam.

Pengerusi Biro Latihan negeri, Zambri Yusuf memberitahu bahawa Arumugam telah menerangkan hasratnya kepada Anwar.

"Arumugam telah memutuskan untuk berhenti daripada kedudukannya sebagai Exco kerana menerima tekanan termasuk ke atas anggota keluarganya supaya berpaling tadah kepada Barisan Nasional (BN)," katanya.

Arumugam merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri.

Bagaimanapun sehingga kini Arumugam masih belum memaklumkan peletakan jawatannya secara rasmi kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).

Special Ads

http://suhaimi60.salehoo.hop.clickbank.net/

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising