Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Tuesday, February 10, 2009

Artikel:Nizar bakal dikenakan ISA, lucut gelaran Dato' Seri






Hermansamsudeen

Tue | Feb 10, 09 | 2:30:11 pm MYT

"Dato' Syed Hamid Albar dikatakan sudah menandatangani surat arahan menahan beliau atas sebab alasan menimbulkan huru hara dan menderhaka pada Sultan."

"Sebelum berangkat pulang dari Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak malam tadi seorang teman memaklumkan bahawa Menteri Besar Perak YAB Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan ditahan dibawah Akta ISA tak lama lagi. Dato' Syed Hamid Albar dikatakan sudah menandatangani surat arahan menahan beliau atas sebab alasan menimbulkan huru hara dan menderhaka pada Sultan.

Perkara ini seolah-olah benar-benar akan berlaku dimana petang semalam Menteri Pelancongan, Azalina Othman menyarankan agar Nizar

ditahan di bawah akta ISA atas alasan mengingkari titah Sultan dan enggan melepaskan Jawatan. Semasa membuat kenyataan itu, Menteri Besar Haram, Zambry Abdul Kadir berada di sebelah beliau.

Tidak cukup dengan itu, Ketua Umno Cheras pula mengusulkan agar gelaran Dato' Seri yang dianugerahkan oleh Sultan ditarik balik dalam erti kata lain dilucutkan segera kerana didakwa kononnya menderhaka pada Sultan.

Begitulah permintaan dan kehendak pemimpin Umno yang kini sudah kehabisan modal untuk menghapuskan pengaruh besar Nizar di Perak.

Umno harus memahami bahawa kebangkitan rakyat Perak untuk membela Nizar dan Pakatan Rakyat adalah disebabkan oleh tindakan biadap Umno pada rakyat.

Umno memainkan politik perkauman, menafikan hak kaum lain untuk mendapatkan layanan adil. Walhal Kerajaan Pakatan menjalankan tugas mereka dengan memberikan bantuan pada semua rakyat yang miskin dan tidak terbela tanpa mengira kaum. Ini berbeza dengan BN yang
mengambil untung atas angin melalui program mengkayakan individu tertentu sahaja.

Seandainya gelaran Datuk Seri ditarik atau dilucutkan, ianya tidak mengapa kerana perasaan hormat rakyat pada Nizar bukan datang atas gelaran itu tapi kerana sifat peribadinya yang begitu disanjungi.

Tapi kalau beliau ditahan dibawah akta ISA, maka satu lagi malapetaka besar akan melanda Umno di Perak. Rakyat secara keseluruhannya akan melihat bahawa itulah klimaks kezaliman Umno kepada Kerajaan Pakatan yang dizalimi melalui tindakan Kudeta yang tidak bermaruah.

Ini sekaligus akan memberikan lebih banyak ruang dan peluang untuk Pakatan meraih sokongan khususnya Pas yang banyak berhadapan dengan Umno dikebanyakkan kerusi DUN dan Parlimen. Rakyat kini jelas bahawa ISA adalah senjata terakhir BN untuk menzalimi lawannya.

Maka jika itu yang mereka ingin lakukan, laksanakanlah. Pemimpin Pas tidak takut kerana kami diajar bahawa penjara itu adalah tempat kami beruzla dan mengumpulkan kekuatan. Mati itu cita-cita tertinggi kami.

Kepada ahli PAS dan Pakatan Rakyat diminta untuk bertenang dan tidak bertindak sembarangan. Kita ada pimpinan, dengar arahan mereka. Apa jua yang berlaku kita serahkan pada Allah.

Special Ads

http://suhaimi60.salehoo.hop.clickbank.net/


No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising