Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Sunday, February 8, 2009

Ada Individu cuba jadi lanun?

Saya menyokong penuh tindakan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pertahan jawatannya sebagai Menteri Besar Perak selagi mahkamah tidak memutuskan sebaliknya.

Ini kerana pengasahan sesuatu kerajaan hendaklah dibuat mengikut lunas undang-undang bukan mengikut kaedah lanun.

Keputusan dibuat sama ada dengan mengadakan usul undi tidak percaya dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) atau dalam kaedah sekarang memohon mahkamah menentukan keabsahan Kerajaan Pakatan Rakyat sekarang.

Tindakan menubuhkan kerajaan baru di bawah Barisan Nasional (BN) dengan perlantikan menteri besar baru boleh dianggap suatu yang meragukan kerana ia tidak disahkan melalui Persidangan DUN Perak, mengikut undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri itu.

Sebelum ini saya mendapat satu maklumat dari Perak bahawa ada perancangan jahat untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat dibuat individu tertentu dengan kerjasama BN sejak dari 8 Mac 2008 lagi.

Individu berkenaan tidak bersetuju sejak dari mula penubuhan kerajaan tersebut tetapi tidak ada jalan untuk menghalang penubuhannya melainkan dalam suasana sekarang apabila tiga wakil rakyat Pakatan Rakyat mengisytiharkan diri sebagai bebas dan memberi sokongan kepada BN untuk menubuhkan kerajaan baru.

Ini kerana dikatakan individu berkenaan tidak setuju wakil rakyat dari Kaum China DAP menjadi dominan wakil rakyat kerajaan sehingga Nizar dari PAS dianggap menjadi boneka kepada DAP.

Umno dan individu berkenaan meniupkan sentimen ini di kalangan orang awam di Perak supaya rakyat negeri itu menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun sebaliknya berlaku rakyat tidak menyebelahi individu berkenaan dan BN bahkan mereka mendesak supaya pembubaran DUN Perak diperkenankan Sultan Azlan Shah agar mandat menubuhkan kerajan baru diserahkan kepada rakyat.

Sekaligus terlerai semua kemelut melanda Perak dan keputusan pilihanraya nanti akan menjadi penentu arah tuju kerajaan negeri itu di masa hadapan. Bagaimanapun dipercayai Umno/BN takut kalah teruk dalam suasana sekarang jika pilihanraya itu diadakan untuk DUN negeri berkenaan.

Justeru dipercayai Sultan tidak perkenankan pilihan itu diadakan walaupun Nizar pernah memohon ke bawah duli untuk perkenaan pembubaran DUN Perak untuk membolehkan pilihanraya itu diadakan. Inilah letaknya punca kemelut politik Perak.

Laporan dari Perak menyebut sebelum ini individu berkenaan dan BN tidak suka melihat kerajaan Pakatan Rakyat memberi milik tanah kepada kaum bukan Melayu dan penguasaan bukan Melayu ke atas politik Perak amat mengancam individu berkenaan dan Umno sendiri.

Individu berkenaan dianggap lebih cenderung mempertahankan Umno dari terus berkubur dari politik Perak dengan mencari jalan agar komponen BN mendapat peluang secara 'un-institution' untuk membentuk kerajaan sebagaimana berlaku sekarang.

Timbullah konflik mendalam sekaligus membentuk satu krisis perlembagaan di mana ianya perlu diputuskan di mahkamah seberapa segera yang boleh.

Justeru, saya menyokong penuh Pakatan Rakyat terus mentadbir Perak sehingga keputusan mahkamah dibuat. Apa-apa kuasa menghalang penerusan pentadbiran itu bolehlah dianggap ia menyalahi undang-undang dan mencabar kewibawaan undang-undang tubuh negeri Perak.


PERHATIAN

Sekarang musim candat sotong bermula di Terengganu. Saya baru mendapat laporan dari seorang nelayan bahawa sotong mula berkampung di laut Terengganu sekarang. Jika anda berminat untuk mengadakan pesta candat sotong sila klik di sini.



No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising