Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Tuesday, February 10, 2009

Abdullah: Setakat Ini Tiada Cadangan Guna ISA Terhadap Karpal

PUTRAJAYA, 10 Feb (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata setakat ini tiada cadangan untuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh.

Bagaimanapun, katanya, siasatan terhadap Karpal telahpun dimulakan dan ketika ini, siasatan masih berjalan.

"Dan apabila siasatan itu selesai, laporan siasatan akan dikemukakan kepada Peguam Negara untuk apa jua tindakan yang wajar yang boleh diambil terhadap Karpal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Eksekutif Muda Khidmat Awam 2009: Kepimpinan Masa Depan Sektor Awam dan Misi Nasional di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan pelbagai pihak yang mahu tindakan segera diambil terhadap Karpal termasuk di bawah ISA bagi mempertahan ketenteraman awam di seluruh negara.

Karpal Singh sebelum ini memberi amaran kepada mana-mana pihak yang membuat laporan polis terhadapnya berhubung tindakan mahu memfailkan saman terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah agar bersedia dengan apa juga akibatnya.

Mengenai sama ada perlu mengenakan tindakan terhadap bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang enggan keluar dari pejabat dan kediaman rasmi menteri besar, Abdullah berkata ia tidak perlu kerana Nizar boleh dinasihati dengan tegas agar berbuat demikian.

Bagaimanapun, katanya, beliau percaya Mohammad Nizar akan keluar akhirnya dan tidak akan mengambil masa yang panjang kerana pihak kerajaan negeri telah mengingatkannya berulang kali bahawa beliau mesti meninggalkan rumah dan kediaman rasmi tersebut berikutan menteri besar yang baru telahpun dilantik.

Special Ads

http://suhaimi60.salehoo.hop.clickbank.net/



No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising