Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Sunday, February 8, 2009

'3 Adun bebas tidak berpaling semula'

Feb 7, 09 2:34pm

dikemaskini Tidak wakil rakyat bebas yang kini menyatakan sokongan kepada kerajaan baru BN di Perak tidak akan kembali kepada Pakatan Rakyat semula, tegas Datuk Seri Najib Razak.

Kelihatan tidak selesa apabila ditanya kemungkinan ketiga-tiganya berpaling tadah sekali lagi, timbalan perdana menteri dilaporkan berkata:

"Mengapa anda suka membuat spekulasi. Perkara itu tidak
mungkin terjadi dan jika ia berlaku, saya akan jawab."

Jamaluddin Mohd Radzi (asal PKR-Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Hee Yit Fong (DAP-Jelapang) keluar parti-parti kerajaan campuran itu - yang kemudiannya mencetukan pergolakan politik Perak sekarang.

Bernama melaporkan lagi, Najib berkata kerajaan BN Perak diharapkan akan terus kekal walaupun dengan majoriti satu kerusi.

"Ingat kerajaan PAS di Kelantan (selepas pilihanraya umum 2004) dapat terus kekal untuk beberapa tahun dengan hanya satu majoriti.

"Walaupun dengan satu majoriti, jika anggota itu kekal setia anda boleh kekal. Insya Allah, kami berhasrat untuk terus kekal," katanya selepas merasmikan Hari Kastam Sedunia.

Beliau menambah, proses peralihan kerajaan negeri itu dibuat mengikut lunas-lunas perlembagaan dan "tiada apa yang tidak mengikut perlembagaan".

Sewaktu mengulas pemilihan barisan exco yang boleh mewakili masyarakat kaum India, Najib berkata perkara itu akan diumumkannya kelak, lapor agensi berita itu.

BN masih mempunyai 27 Adun Melayu dan seorang wakil rakyat MCA. Sementara Pakatan mempunyai jumlah yang sama.

Ditanya bantahan penyokong Pakatan Rakyat menjelang dan ketika istiadat angkat sumpah menteri besar baru petang semalam, Najib berkata BN juga boleh berbuat perkara yang sama.

"Kita pun boleh buat tunjuk perasaan, kita pun banyak penyokong, tapi kita hormat undang-undang negara dan budaya yang mulia. Kita tak boleh buat tunjuk perasaan jalanan seperti ini sebab kita pentingkan suasana aman dan keharmonian negara kita," katanya.


PERHATIAN

Sekarang musim candat sotong bermula di Terengganu. Saya baru mendapat laporan dari seorang nelayan bahawa sotong mula berkampung di laut Terengganu sekarang. Jika anda berminat untuk mengadakan pesta candat sotong sila klik di sini.

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising