Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Sunday, January 11, 2009

Wan Farid arah tembak dalam Peristiwa Batu Burok?





Apa rasionalnya polis menahan 21 peserta demonstrasi di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur membantah serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza, Palestin?



Kerana kesalahan melanggar arahan bersurai? Satu alasan boleh diadakan dan boleh ditiadakan bila-bila masa. Suatu alasan kecil dan remeh temeh.



Sejak Barisan Nasional (BN) di bawah menteri-menterinya mutakhir ini, terlalu banyak isu yang sukar diterima rakyat dan tidak profesional dibuat.



Seluruh dunia membantah serangan Yahudi Israel itu, tiba-tiba pemimpin BN mengarahkan 200 penunjuk perasaan anti Israel dikepong dan menangkap 21 orang peserta berkenaan termasuk Ahli Parlimen Klang Charles Santiago dari parti DAP dan Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani dari Parti Keadilan Rakyat. Turut ditahan ahli Dewan Undangan Negeri Kota Damansara Dr Nasir Hashim dari Parti Sosialis Malaysia.



Apakah kita mahu tunjukkan kepada Amerika Syarikat bahawa Malaysia turut mendokong serangan itu dengan menghalang penunjuk perasaan berdemonstrasi atas alasan tidak ada permit polis.



Satu lagi usaha BN untuk memberi kesan tidak langsung untuk memanaskan pilihanraya kecil P36 Kuala Terengganu apabila menjolok Pakatan Rakyat menimbulkan isu itu dalam banyak majlis dan pertemuan.





Ini antara provokasi BN dengan memperalatkan polis bagi tujuan mengalahkan calon PAS apabila penyokong dan kepimpinan Pakatan Rakyat bertindak menyerang polis sekurang-kurangnya melalui ucapan mereka.



Polis ketika itu akan bertindak menahan mereka di kawasan pilihanraya berkenaan.



Sekurang-kurangnya BN berjaya menimbulkan suasana tidak selesa di kalangan pengundi di kawasan itu sehingga undian untuk calon PAS Haji Mohd Abdul Wahid Endut ketara berkurangan sekaligus calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berjaya mengalahkannya pada 17 Januari ini.



Bagaimanpun saya ingin melaporkan satu maklumat yang diterima berhubung dengan calon BN. Ingatkah lagi Peristiwa Berdarah Batu Burok, 8 September 2007, bagaimana polis diarah untuk menembak mereka yang menyertai peristiwa tersebut dengan peluru hidup?



Saya diberitahu oleh satu sumber yang mendakwa Wan Ahmad Farid sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu mengarahkan polis menembak orang awam dalam peristiwa tersebut, suatu peristiwa menjadi antara sejarah hitam dalam sejarah politik negeri Terengganu.



Suwandi dan Azman tertembak dalam peristiwa tersebut dan kes ini masih lagi dibicarakan di mahkmah.



Jika benar dakwaan itu, jelaslah bahawa orang yang seperti Wan Ahmad Farid tidak sesuai dipilih untuk mewakili rakyat di kawasan parlimen tersebut bahkan tidak layak dipilih menjadi pemimpin rakyat kerana tindakan sedemikian boleh disifatkan sebagai tidak bijak dan boleh menimbulkan suasana huru hara dalam negara di masa hadapan.



Saya cukup kesal dengan tindakan sedemikian rupa kerana manusia rasional tidak akan mengambil pertimbangan tidak wajar seumpama itu jika benar laporan yang saya terima.



Iklan Istimewa



http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising