Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, January 10, 2009

Polis Bercuti Jumaat dan Sabtu: Permohonan Permit Tidak diterima?

Begitu ramai polis di Kuala Terengganu dalam musim pilihan raya P36, masih menimbulkan soal polis bercuti hari Jumaat dan Sabtu.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat Tian Chuadalam satu sidang akhbar di Kuala Terengganu berkata, Pakatan Rakyat cuba memohon permit ceramah pada hari berkenaan tetapi pihak polis menjelaskan hari berkenaan polis bercuti sekaligus permohonan permit tidak diterima.

Mengikut peraturannya dalm musim pilihan raya kelulusan permit polis tidak diperlukan tetapi ceramah hanya perlu dimaklumkan kepada polis. Lainlah di luar musim pilihan raya.

Persoalannya jika apa-apa berlaku kejadian jenayah bolehkah pihak polis memberitahu sesiapa yang ingin membuat laporan polis, bahawa laporan tidak boleh dibuat kerana polis mahu bercuti hari Jumaat dan Sabtu.

Jika ia tidak menjadi masalah kepada polis menerima laporan itu mengapa soal memohon permit menjadi maslah pada hari berkenaan? Polis mesti bersikap profesional dan rasional bukan mempunyai agenda tertentu dalam pilihanraya ini untuk membantu memenangkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan salleh.

Apa guna polis dari seluruh negara dikerah berjumlah 10,000 orang untuk ke kawasan pilihan raya berkenaan sehingga semua lorong dan jalan utama didirikan khemah polis dan majlis-majlis ceramah terutama sekali pakatan rakyat dipenuhi tidak kurang 10 orang polis?

Apakah tidak boleh digilirkan masa bercuti di kalangan anggota polis untuk pastikan pilihan raya kecil tersebut berjalan lancar?

Ataukah tindakn itu sengaja dibuat untuk menimbulkan kemarahan awam terhadap polis sekaligus mengajak petugas pakatan rakyat bertembung dengan polis bukan dengan BN.

Ingat orang ramai sudah cerdik dan bijak sekarang, mereka tahu taktik dan strategi BN menggunakan polis.
Yang pentingnya ialah Pakatan Rakyat akan pastikan segala halangan yang sengaja diadakan oleh pihak polis dan BN sendiri dapat diatasi sehingga calon PAS mencapai kemenangan dalam pilihan raya P 36, 17 Januari nanti.

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising