Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, January 19, 2009

Mesej jelas rakyat tak nak BN

Pilihanraya Kecil Parlimen P036 Kuala Terengganu berakhir dengan memberi kemenangan besar kepada Calon Pakatan Rakyat Haji Mohd. Abdul Wahid Endut mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dalam pertandingan tiga penjuru dengan majoriti 2,631 undi.

Mohd Abdul Wahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam memperoleh 32,883 undi, Wan Ahmad Farid mendapat 30,252 undi, manakala calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam hanya meraih 193 undi, sekali gus hilang wang pertaruhan.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Wan Mustafa Wan Hassan di pusat penjumlahan undi di Stadium Negeri, di sini, jam 9.25 malam 17 Januari lalu.


Seramai 63,993 atau 79.9 peratus daripada 80,229 pemilih mengundi pada pilihan raya kecil itu yang diadakan berikutan kematian bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Allahyarham Datuk Razali Ismail ketika bermain badminton di Institut Aminudin Baki (IAB), Genting Highlands pada 28 November 2008.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan proses penamaan calon pada 6 Januari lalu dan pembuangan undi 17 Januari selepas 11 hari berkempen. Parlimen Kuala Terengganu yang mempunyai 80,229 pemilih adalah kawasan majoriti Melayu, manakala Cina (8,744) dan India (480).

Dengan kemenangan ini jelas rakyat menghantar mesej bahawa BN tidak lagi relevan untuk terus memerintah negara ini di masa hadapan kerana dua pilihan raya kecil peringkat parlimen berturut-turut dimenangi Pakatan Rakyat termasuk Permatang Pauh sebelum ini.

Sejauh ini suatu fenomena menuju ke Putrajaya perlu dihidup dan diteruskan dengan perancangan dan strategi berganda dari Pakatan Rakyat sehingga hasrat rakyat itu berjaya dicapai di waktu terdekat atau selewat-lewatnya pilihanraya umum ke 13 nanti yang dijangka akan diadakan tahun 2012 atau lebih awal dari itu.

Pembentukan sekritari pentadbiran bersama Pakatan Rakyat baru-baru ini menggambarkan kesungguhan kerajaan pakatan rakyat untuk merealisasikan kehendak rakyat dan mentadbir negeri untuk kebaikan rakyat melangkaui pelbagai kaum dan kefahaman politik tanpa sebarang diskriminasi, rasuah dan penyelahgunaan kuasa sebagaiman dilakukan oleh BN sebelum ini dan diimplementasikan setiap kali pilihanraya diadakan di negara ini.

Rakyat sudah muak dengan propaganda BN dengan memperalatkan Media milik kerajaan khususnya RTM kononnya untuk merakyatkan pembangunan dan demi kebaikan rakyat dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu 17 Januari lalu.

Namun propaganda itu tidak termakan sehingga rakyat Kuala Terengganu mengajar BN supaya cuba berpijak di bumi nyata bukan hanya pandai menabur janji merata-rata tetapi hakikatnya ia hanyalah pembohongan BN semata-mata.

Ini termasuk soal pengembalian semula royalti petroleum dan gas ke Terengganu. Rakyat negeri itu tetap tidak percaya BN sudah mengembalikan wang rakyat itu kepada negeri Terengganu kerana mereka mengetahui dan merasa serik dengan tindak tanduk BN selama ini khususnya dalam soal pengagihan royalti petroleum lima peratus itu sejak 50 tahun lalu kerana ia tidak memberi apa-apa makna kepada rakyat.

Rakyat tidak berubah, mereka masih tergolong dalam kelompok rakyat negeri termiskin kedua di Malaysia walaupun hasil itu diperolehi sebelum ini.

Apa gunanya BN mengembalikan semula wang royalti (jika benar-benar berlaku) jika ia tidak dapat merubah corak kehidupan mereka dari termiskin kepada kaya dan senang dengan wang itu.

Mereka mengetahui siapa sebenar UMNO/BN. Adalah diharapkan 'mood' ini berterusan sehingga dipastikan BN tidak lagi berupaya menerajui negara sedikit masa lagi dengan kepimpinan sedia ada yang lemah dan penuh korupsi dan penyelewengan.

Ketika itu Pakatan Rakyat denagn jayanya menjadi parti baru rakyat dan mempunyai visi dan misi lebih jelas dan bermakna untuk semua lapisan masyarakat dan kaum di negara ini.

Inilah yang ditunggu-tunggu rakyat ketika ini.

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising