Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, January 31, 2009

–KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA–
Ipoh, 31 Januari 2009

Kami ingin memaklumkan dua orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak dari Parti Keadilan Rakyat; YB Jamaluddin Mat Radzi dan YB Osman Bin Jailu tidak dapat dihubungi sejak empat hari yang lalu, bukan sahaja oleh parti tetapi juga oleh ahli keluarga mereka.

Kami percaya kehilangan mereka ada hubungan rapat dengan pertuduhan kes rasuah yang sedang mereka hadapi dan perbicaraan kes tersebut akan bermula pada 10hb Februari 2009.

Dari awal lagi kami amat yakin pertuduhan dalam kes tersebut adalah satu pertuduhan palsu yang direkacipta oleh UMNO dan BN sebagai satu ugutan politik.

Kami percaya ada usaha dari Barisan Nasional untuk memujuk kedua-dua Exco ini bagi menyertai BN dan sebagai imbuhan terdesak Dato’ Seri Najib termasuk menggugurkan kes rasuah mereka.

Namun kami berharap kedua-dua pemimpin ini berada dalam keadaan selamat dan berpegang teguh kepada prinsip perjuangan parti selama ini dan tidak terperangkap dengan muslihat UMNO-BN yang kononnya inginkan penyertaan mereka untuk membela nasib Melayu.

HAJI OSMAN ABDUL RAHMAN
Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Perak

31
Jan

Taib Erdogan menzahirkan pendirian umat dan pencinta keadilan. Beliau menunjukkan sikap tegas meninggalkan omongan sia-sia manakala umat Ghazza dibedil dan ditindas. Syabas kami ucapkan. Beliau memberi harapan baru di tengah kelesuan pimpinan Arab dan dunia Islam.

Tambah hebat dan terserlah sikap beliau lantara adegan meninggalkan sidang istimewa Davos! Beliau bertarung di tengah gelanggang. Ini berbeda sekali dengan lagak pimpinan yang menyalak menentang Amerika di kampung halaman tetapi kelu membisu tatkala di Amerika. Malah ada yang sanggup membayar berjuta dolar kepada pelobi Yahudi Jack Abramoff semata-mata untuk berkesempatan melutut di hadapan Presiden Bush!

Maka selaku sahabat, saya salut kepada PM Taib!

ANWAR IBRAHIM

30
Jan

Saya di Bangkok utamanya untuk membincangkan beberapa isu penting diantara lain dengan sahabat lama Putera Sukhumband Paribata. Saya mengucapkan tahniah buat beliau kerana dipilih sebagai Gabenor Bandaraya Bangkok dalam pilihanraya 11 Januari lalu. Kemenangan tersebut disambut gembira di kalangan rakan-rakan kerana beliau dikenali sebagai cedekiawan dan tokoh politik yang berperinsip.

Tatkala saya dipenjarakan, Sukhumbhand adalah timbalan menteri luar Thailand ketika itu dan ternyata berani mengkritik kezaliman pemerintah Malaysia. Hubungan kami terjalin sejak dari satu dekad lalu; di saat beliau masih bertugas sebagai professor di Universiti Chulalongkorn. Sukhumbhand adalah penulis utama kepada laporan bertajuk “Shared Destiny” yang mana sebahagian dari konsep dan cadangan itu kini menjadi Piagam Asean.

Manakala kedudukan ekonomi yang tidak memberansangkan, sahabat saya menggariskan beberapa keutamaan dasar yang dirasakan amat perlu buat penduduk Bangkok. Di antaranya penciptaan peluang pekerjaan bagi penduduk Bangkok, meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan memperbaiki lain-lain kemudahan asas. Beliau juga menyatakan hasratnya untuk menjadikan Bangkok bandar berkembar dengan beberapa bandaraya Islam seperti Istanbul serta Dubai. Mengetahui hubungan rapat saya dengan Perdana Menteri Turki dan lain-lain pemimpin negara Islam di Timur Tengah beliau memohon kerjasama untuk menjayakan hasrat tersebut.

ANWAR IBRAHIM

30
Jan

Pakatan Rakyat terus menggasak!

Alhamdulillah, kejutan 8 Mac 2008, Pilihan Raya Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu, kebangkitan Dayak Sarawak (termasuk penyertaan YB Gabriel Adit) dan kini dengan keberanian YB Dato’ Nasaruddin bersama Keadilan tambah meyakinkan kita bahawa perubahan pasti berlaku, inshaallah.

Namun kita harus terus istiqamah dan waspada dengan muslihat pihak penguasa. Perhatikan cara mereka memutarkan kes jenayah terhadap A. Kugan dengan imbasan pertelagahan kaum, penguasaan media dan keangkuhan nada suara mereka.

Arakian, berwaspadalah dengan tekanan atau keganasan baru, ugutan dan sogokan. Pimpinan dan aktivis yang lemah atau punyai masalah akan menjadi tumpuan kalangan tersebut. Kita sudah mara jauh dari kegetiran pengalaman dilanyak dan dibantai oleh sang penguasa zalim lebih satu dasawarsa lalu. Ketika itu kita mampu bertahan. Dan kini kita diminta bersabar, istiqamah dan berjuang ditahap akhir dengan pecutan pantas, berhikmah dan yakin.

ANWAR IBRAHIM

27
Jan

Kehadiran Dato’ Nasaruddin amat membanggakan kita. Kelayakan akademik, pengalaman pentadbiran dan politik serta sosok peribadi sederhana dan berhemah tambah memantapkan pimpinan KeADILan Perak khususnya.

Beliau dipelawa dan dijanjikan dengan kedudukan terbaik asal bersedia kembali ke Umno. Pelawaan pertemuan dengan PM dan ajakan serta desakan berulangkali olih Dato’ Seri Najib ditolak dengan sopan. Syabas Dato’ Nasa dan Datin Umi!

Perihal dikumpul wakil-wakil rakyat Umno, ulangi angkat sumpah (sumpah lagi!) di depan Najib (kaedah apa pula?) biasa saja dalam tradisi mereka. Tetapi lantaran penyesalan mereka akan kehilangan tokoh Perak, apakah muslihat terhenti di situ?

Ikutilah babak drama berikutnya, ugutan atau sogokan. Didoakan semoga Allah SWT memberikan kita hidayah dan kekuatan yang berterusan.

ANWAR IBRAHIM

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising