Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, January 31, 2009

Erdogan pulang disanjung



Erdogan memberi ucapan kepada ribuan rakyat yang menyambut ketibaan beliau di Lapangan Terbang Ataturk, Istanbul selepas meninggalkan sidang WEF di Davos, semalam.

Rakyat Turki sokong selar Peres, keluar sidang di Davos

ISTANBUL: Perdana Menteri Turki, Tayyip Erdogan semalam disambut sebagai wira sekembalinya ke Istanbul selepas menempelak Presiden Israel, Shimon Peres dan bertindak keluar dari Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos ketika ia sedang hangat berdebat mengenai serangan Israel ke atas Gaza. 

Ribuan orang berkumpul di lapangan terbang Ataturk Istanbul bagi menyambut kepulangan Erdogan, sambil melambaikan bendera Turki dan Palestin serta melaungkan namanya.

Selepas bertikam lidah dengan Peres, Erdogan berkata, beliau mungkin tidak akan menghadiri lagi perjumpaan tahunan negara kaya dan berkuasa itu yang berlangsung di pusat peranginan Switzerland. 

Ketika berdebat mengenai Asia Barat, Peres mempertahankan serangan negaranya ke atas Gaza sejak bulan lalu dan dengan suara yang tinggi dan menuding jarinya, bertanya kepada Erdogan apa yang akan dilakukannya jika roket dibedil ke Istanbul setiap malam. 

"Saya tidak fikir saya akan kembali ke Davos sebab anda tidak membenarkan saya bercakap," kata Perdana Menteri Turki itu, yang marah kerana tidak diberi masa mencukupi untuk menjawab. Beliau berdiri dan terus berjalan keluar dari dewan persidangan.


Datuk bandar Istanbul, Kadir Topbas, daripada Parti AK pimpinan Erdogan, berada di lapangan terbang bagi menyokong perdana menterinya, lapor akhbar Hurriyet Daily. 

Peres bertanya Erdogan: "Apa yang akan anda lakukan jika ada 100 roket dibedil ke Istanbul setiap malam?" 

Erdogan yang jelas kelihatan marah terus menjawab persoalan yang dihujani Peres. 

"Presiden Peres, anda lebih tua daripada saya. Mungkin anda berasa bersalah dan oleh itu begitu keras dalam kenyataan anda. Anda membunuh orang. Saya masih ingat ada kanak-kanak yang mati di tepi pantai," kata Erdogan menerusi penterjemah.

Agensi berita Turki, Anatolia, memetik sumber diplomatik sebagai berkata Peres menelefon Erdogan kemudian bahawa beliau kesal dengan apa yang berlaku ketika berlangsungnya perbincangan panel mengenai Gaza. 

"Saya begitu kesal dengan apa yang berlaku, kawan pun kadangkala bertengkar di kalangan mereka. Saya mempunyai penghormatan tinggi terhadap Republik Turki dan kepada anda sebagai perdana menteri. Saya menganggap diri saya sebagai kawan Turki dan Perdana Menteri Erdogan," Peres memberitahu Erdogan dalam perbualan telefon, kata Anatolia. 

Bagaimanapun, Israel semalam menafikan Peres memohon maaf kepada Erdogan. 

Turki yang mempunyai hubungan rapat dengan Israel dan dunia Arab, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel ke atas Gaza, yang mengorbankan lebih 1,300 orang. Tindakan Erdogan mengejutkan Israel. – Reuters

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising