Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, January 10, 2009

BN bimbang kalah lagi

Maaf agak lama juga saya tidak 'update' blog kesayangan ini kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.
Saya berhasrat untuk menceritakan tentang perkembangan terbaru berhubung dengan pilihanraya kecil P36 Kuala Terengganu.
Pertama, menurut sumber saya kehadiran kira-kira 10,000 anggota polis dari pelbagai peringkat termasuk komando dan unit 69 mempunyai tujuan tertentu.
Ia dijadikan bahan pemanas pilihan raya kali ini. Yang penting polis dipercayai akan digunakan untuk mengundi bagi pihak Barisan Nasional (BN) sekiranya parti itu terdesak setelah bilik gerakannya melaporkan parti itu akan kalah tanpa bertindak sesuatu termasuk menggunakan polis untuk tujuan tersebut.
Kedua, krisis dalaman Umno begitu ketara dan dipamerkan sejak hari penamaan calon lagi apabila kelompok Menteri Besar Dato' Ahmad Said dilihat berada berasingan dengan kelompok bekas menteri besar Terengganu Dato' Seri Idris Jusoh.
Ia semakin ketara apabila dipercayai jawatan pengarah pilihan raya kecil itu bertukar tangan dari Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi.
Semasa penamaan calon situasi persekitaran kelihatan agak jauh berbeza antara penyokong BN dan Pakatan Rakyat.
Penyokong BN lebih suka berkelompok membincangkan pemilihan Umno sementara penyokong PR menumpukan perhatian untuk menyokong calon PAS dalam pilihan raya tersebut.
Ketiga, beberapa tindakan tidak demokratik dilaporkan berlaku termasuk agen-agen BN memaksa kakitangan kerajaan persekutuan mengundi parti itu secara pos.
Mengundi secara pos biasanya dibuat di hadapan ketua jabatan masing-masing sebelum dihantar ke tempat mengundi.
Dengan cara demikian sahaja kakitangan kerajaan dipastikan mengundi BN. Seperti juga kakitangan kerajaan persekutuan, guru-guru yang mengundi dalam pilihan raya tersebut dikumpulkan di tempat tertentu untuk dibrainstorming oleh agen BN bagi memaksa mereka mengundi parti itu.
Saya melihat perkembangan tidak sihat ini sebagai suatu tindakan terdesak BN kerana parti itu mengetahui P36 Kuala Terengganu adalah kubu kuat pembangkang di Terengganu apabila tiga dari empat Dewan Undangan Negeri (DUN) berjaya dimenangi dalam pilihan raya umum ke 12 yang lalu.
Ini termasuk Batu Burok, Wakaf Mempelam dan Ladang. Manakala Bandar dimenangi BN. Calon PAS di parlimen tersebut, Haji Mohamad Sabu kalah dengan majoriti tipis sekitar 600 undi sahaja.
Arwah Datuk Razali Ismail calon BN memenagi kerusi parlimen tersebut sementara calon bebas yang dikenali dengan Tok Mun hilang wang pertaruhannya. Beliau tidak bertanding dalam pilihan raya kecil itu kerana tidak ada penaja.
Kali ini calos PAS yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut bertanding menentang calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan seorang calon bebas.
Saya juga mendapat laporan di kalangan ahli Umno bahawa Wan Farid sendiri dikatakan tidak begitu mesra dan agak sombong dengan kelompok Ahmad Said, menunjukkan krisis dalam Umno menghantui parti itu dalam pilihanraya tersebut.
Ia menjejaskan gerak kerja kempen secara kolektif di kalangan ahli Umno. Laporan terbaru, jika tidak ada aral melintang calon PAS boleh memenangi pilihan raya ini dengan majoriti sekitar 5,000 undi.
Kita tunggu dan lihat keputusannya pada 17 Januari ini dan diharapkan pengundi mengggunakan kuasa mereka dengan bijak untuk membawa suara mereka ke parlimen melalui calon pakatan rakyat yang dilihat semakin berkesan di parlimen sekarang.
BN terpaksa akur desakan Pakatan Rakyat di Parlimen untuk 'cool down' kemarahan rakyat terhadap kerajan itu kerana BN tahu suara ahli parlimen pembangkang adalah suara rakyat sebenar.
Justeru itulah, BN mula membuka kempen dalam pilihan raya kecil itu dengan selogan "Dari Rakyat, Untuk Rakyat," bimbang mereka diketepikan lagi dalam pilihanraya kecil itu setelah mereka kalah besar dalam pilihan kecil Permatang Pauh.

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising