Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Friday, December 26, 2008

SPR sahkan dua borang pencalonan dibeli setakat ini

Khamis Disember 25, 2008
KUALA TERENGGANU: Dua borang pencalonan bagi pilihan raya Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari depan telah dibeli di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Terengganu setakat ini.

Pengarah Pilihan Raya SPR Terengganu, Mohd Noor Daud berkata dua borang itu dibeli beberapa hari lalu, difahamkan oleh wakil calon yang akan bertanding.

"Bagaimanapun, setakat ini saya tidak dapat mengesahkan wakil itu dari parti mana," katanya di sini, hari sini.

Beliau menjelaskan calon yang akan bertanding pilihan raya kecil itu tidak semestinya membeli borang pencalonan daripada SPR Terengganu, tetapi juga boleh mendapatkannya di ibu pejabat SPR di Putrajaya.

Mohd Noor berkata Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Mat Razali Kassim telah dilantik sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya untuk pilihan raya kecil itu.

Selain itu katanya, SPR juga telah bersedia daripada segi logistik yang diperlukan untuk proses pengundian dan penamaan calon pilihan raya kecil itu pada 6 Jan.

"Selain kira-kira 20 kakitangan SPR di negeri ini, kita juga telah memberi kursus dan taklimat kepada lebih 800 kakitangan sementara terdiri daripada kakitangan kerajaan yang akan bertugas membantu memastikan proses pengundian berjalan dengan lancar," katanya.

Kerusi Parlimen Kuala Terengganu kosong berikutan penyandangnya, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail meninggal dunia secara mengejut akibat serangan jantung ketika bermain badminton di Genting Highlands, Pahang pada 28 November lalu.

Barisan Nasional (BN) mencalonkan Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh manakala PAS yang telah mengesahkan akan bertanding, akan mengumumkan calon mereka pada 1 Januari.

Selain itu, beberapa calon Bebas juga dijangka bertanding iaitu dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), bekas calon Bebas Parlimen Rantau Panjang, Kelantan, Isma Airfath Hassanuddin, 38, dan bekas calon Bebas Parlimen Kuala Terengganu, Maimun Yusof, 89.

Mengikut daftar pemilih setakat September lepas, terdapat 80,229 pengundi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu, dengan 1,035 daripadanya adalah pengundi pos.

Pada pilihan raya umum ke-12 Mac lepas, Razali berjaya mengekalkan kerusi berkenaan apabila menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Maimun dengan majoriti 628 undi.

Kawasan Parlimen Kuala Terengganu meliputi empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Wakaf Mempelam, Bandar, Ladang dan Batu Burok.

DUN Wakaf Mempelam, Ladang dan Batu Burok dikuasai PAS manakala kerusi Bandar dipegang oleh BN.

Mengikut senarai daftar pengundi pilihan raya umum lepas, pengundi Melayu merupakan majoriti di Kuala Terengganu iaitu 88.3 peratus manakala Cina (11.1 peratus), India (0.4 peratus) dan lain-lain (0.2 peratus). BERNAMA

Iklan Istimewa
http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising