Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, December 22, 2008

Pemimpin Umno tidak pasti menang

(Malaysiakini) Beberapa pemimpin Umno tempatan berbelah bahagi berhubung peluang calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menang dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu, bulan depan.


Pemimpin Umno di bahagian Kuala Terengganu berkata, personaliti Wan Ahmad Farid yang dianggap "elit" menyebabkan calon itu sukar mendapat sokongan pengundi kampung.

Katanya, yang enggan dikenali, jika hendak dibandingkan senator itu dengan bekas ahli parlimen Datuk Razali Ismail, "ia ibarat langit dengan bumi".

Bekas pemimpin bahagian itu meletakkan peluang kemenangan Wan Ahmad Farid hanyalah 45 peratus.

"Datuk Wan Farid boleh dianggap daripada golongan elit yang kurang bercampur dengan orang.

"Saya mendapat tahu ramai orang yang berniaga di pasar Kuala Terengganu tidak kenal dengan calon BN itu, sebaliknya lebih kenal Menteri Besar, Datuk Ahmad Said," katanya ketika diminta mengulas peluang timbalan menteri itu menang dalam pilihanraya kecil itu yang bermula 6 Januari ini.

"Bayangkan, Datuk Razali yang disenangi oleh semua orang cuma menang dengan majoriti kecil 628 undi." (lihat carta di bawah)

bm version kuala terengganu parliament state seat breakdown 031208Sabtu lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Wan Ahmad Farid sebagai calon BN.

Pemimpin tersebut berkata, satu faktor lagi yang menyebabkan BN sukar menang ialah kedudukan hampir 5,000 guru yang turut mengundi.

"Adakah golongan guru ini akan mengundi Datuk Wan Ahmad Farid sebagaimana mereka mengundi Datuk Razali?" katanya.

Golongan pendidik dikatakan ingin bekas ketua penerangan Umno bahagian Mohd Zuber Embong, seorang pegawai kanan pendidikan negeri - namanya antara lima pemimpin yang turut diura-urakan untuk dicalonkan.

Pengerusi peti undi Kuala Ibai, Sulaiman Ali bagaimanapun yakin golongan guru secara umumnya akan tetap bersama BN dalam pilihanraya kali ini.

"Atas semua faktor itu, saya meramalkan peluang Datuk Wan Farid untuk menang ketika ini ialah 55 peratus," katanya.

Pemilihan Wan Ahmad Farid juga telah menyelesaikan banyak masalah di bahagian tersebut, tambahnya, yang juga ahli jawatankuasa bahagian.

Sulaiman berkata, perebutan mereka yang hendak menjadi calon BN telah selesai dan maklum balas yang diperolehi bahawa mereka akan berdiri di belakang bekas setiausaha politik Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Di peti undi Kuala Ibai, dari bancian awal yang kita buat, mereka tidak ada masalah dengan Datuk Wan Farid.

"Kita juga yakin boleh menang sekurang-kurangnya 300 undi seperti pilihanraya umum lalu daripada lebih 2,000 pengundi dari empat saluran di sini," katanya.

Sementara bekas naib ketua bahagian Hamzah Mohd Zain ketika dihubungi berkata, BN akan menang "jika tiada pengkhianatan dilakukan oleh ahli parti".

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan punca-punca boleh berlaku pengkhianatan tersebut.

Katanya, semua pihak perlu melupakan pergeseran sewaktu pemilihan Umno bahagian baru-baru ini.

"Jika jentera pilihanraya bersatu dan bergerak, Datuk Wan Farid akan menang," katanya.

Beliau berkata BN harus mempertimbangkan kekuatan PAS di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN): Batu Burok, Ladang dan Wakaf Mempelam.

"Ruang untuk menang ada tetapi kena kerja kuat. Tetapi ketika ini peluang adalah 50-50," katanya.

Hamzah berkata, faktor lain ialah pengundi atas pagar dan pengundi Cina.

"Jika mereka mereka mengundi BN, Datuk Wan Farid akan menang," katanya.


Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Pilihanraya Kecil P36 Kuala Terengganu: Polis hantar unit komando dan 69?

KUALA TERENGGANU, 22 Dis (MPO2) - Polis dipercayai akan membuat provokasi dalam Pilihan Raya Kecil P36 Kuala Terengganu supaya ia menjadi panas termasuk menghantar unit komando dan unit 69 yang dikenali agresif dan tahan lasak untuk mengasak dan menggagalkan Pakatan Rakyat (PR), memenangi pilihanraya tersebut.

Menurut satu sumber yang boleh dipercayai, planton komando itu dan unit 69 akan dihantar untuk menggempur gerakkerja PR dan di tempat di seluruh peti undi di kawasan parlimen tersebut mulai sekarang.

Difahamkan gerakerja yang dijalankan ialah mengawal pengundi luar (hantu) untuk bebas masuk mengundi di tempat pembuangan undi, mengintip gerakerja pembangkang, menjadi Special Branch (SB) dan bertindak agresif terhadap pembangkang apabila perlu.

PAS dipercayai sudah menerima maklumat pada dasarnya tentang perancangan gerak gempur dengan memperalatkan komando polis itu dan telah merancang sesuatu untuk mengatasi masalah kehadiran mereka berkenaan.

PAS dan PR bersiap sedia dalam semua aspek termasuk keselamatan bagi mempastikan provokasi berkenaan tidak berkesan dan pilihanraya itu memihak kepada kemenangan calon PAS yang masih dirahsiakan sehingga kini.

Pilihanraya tersebut akan diadakan pada Sabtu, 17 Januari ini dan penamaan calon pula pada 6 Januari dipercayai akan diadakan di Pejabat Daerah Kuala Terengganu mulai jam 9.00 pagi.

Kerusi Parlimen Kuala Terengganu kosong akibat kematian secara mengejut penyandangnya Datuk Razali Ismail baru-baru ini.

Pada pilihan raya umum lalu, Razali berjaya mengekalkan kerusi berkenaan apabila menewaskan Naib Presiden Pas, Haji Mohamad Sabu dan Maimun Yusof dengan majoriti 628 undi.

Razali memperoleh 32,562 undi, manakala Haji Mohamad (31,934 undi) dan Maimun (685 undi).

Bagi pilihan raya kecil kali ini, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan membuka 36 pusat mengundi dengan 143 saluran mengundi bagi seluruh kawasan Parlimen Kuala Terengganu.

SPR turut melantik Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Razali Kassim sebagai pegawai pengurus pilihan raya kecil itu bersama-sama 876 petugas pilihan raya yang lain.

SPR menetapkan bahawa daftar pemilih yang akan digunakan pada pilihan raya kecil kali ini adalah yang diperakui dan disahkan serta diwartakan pada 5 Disember lalu.

Daftar pemilih itu mengandungi 80,229 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 79,194 pemilih biasa dan 1,035 pemilih pos.

Dalam pada itu, SPR turut memberi kebenaran kepada Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya Malaysia (Mafrel) untuk memantau perjalanan pilihan raya kecil itu.

Bagaimanapun, Mafrel perlu mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh SPR dan sebarang pelanggaran akan menyebabkan kebenaran itu akan ditarik serta merta.

Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Pilihan raya kecil: PAS umum calon 1 Januari

KUALA TERENGGANU, 22 Dis (MPO2) - PAS hanya akan mengumumkan calonnya yang bakal bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu 1 Januari ini.

Ia diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat PAS di Kuala Terengganu dan diumumkan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam.

Jawatankuasa tersebut telah mencapai keputusan mengenai calon yang bakal mewakili PAS dan Pakatan Rakyat.Hadi memberitahu wartawan bahawa pihaknya telah memperolehi calon yang lebih layak berbanding calon Barisan Nasional (BN).

"Kita akan mencapai kemenangan," katanya.Jelas beliau, calon berkenaan ialah seorang profesional dan berjiwa rakyat.

Ketika ditanya mengapa tidak diumumkan calon pada hari ini beliau berkata: "tiada masalah dalaman dan kami boleh ambil masa (untuk umum calon), lagipun hari penamaan calon lambat lagi".

Sebelum ini PAS berkata, ia akan mengumumkan nama calon selepas 21 Disember.

Pengumuman calon akan diadakan di stadium tertutup pada 1 Januari.

BN mengumumkan calonnya, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh semalam.Selain Mohamed Sabu yang bertanding di kerusi itu 8 Mac lalu, nama lain disebut bakal mewakili PAS ialah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustapa Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Buruk, Dr. Syed Azman Syed Ahmad.

Di kalangan nama-nama itu, Syed Azman dikatakan mempunyai peluang besar untuk menghadapi calon lain khususnya calon BN.

Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty


Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising