Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Wednesday, December 17, 2008

Dr Syed Azman lwn Wan Farid di KT?


Muda Mohd Noor (Malaysiakini) | Dec 16, 08 3:38pm

Barisan Nasional (BN) dan PAS sehingga ini kelihatan sukar untuk menentukan calon walaupun masing-masing yakin mampu menang kerusi Parlimen Kuala Terengganu dalam pilihanraya kecil 17 Januari ini.

wan faridSehingga ini, ketua bahagian Kuala Terengganu, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh disebut-sebut akan dipilih menjadi calon BN.

Namun begitu, ada pihak termasuk dari kalangan Umno sendiri, yang meramalkan peluangnya untuk mengekalkan kerusi tersebut masih 50-50.

Ini kerana Kuala Terengganu bukanlah kawasan selamat BN kerana tiga daripada empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dimenangi oleh PAS dalam pilihanraya umum Mac lalu.

Tiga DUN yang dimenangi PAS itu ialah Ladang, Batu Burok dan Wakaf Mempelam. Cuma kerusi DUN Bandar dimenangi BN melalui MCA.

Sejak pilihanraya umum 1986, Parlimen Kuala Terengganu dimenangi silih berganti oleh BN dan pembangkang, menandakan ia bukan milik kekal satu parti sahaja.

Pada tahun berkenaan, kerusi tersebut dimenangi calon BN Datuk Zuber Embong.

Bagaimanapun beliau tewas kepada calon Parti Semangat 46, Datuk Manan Othman pada 1990.

Manakala dalam pilihanraya umum 1995 pula, ia dirampas semula BN melalui calonnya Datuk Abu Bakar Daud.

Bagaimanapun, ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon PAS, Syed Azman Ahmad Nawasi merampas kerusi tersebut pada 1999 sebelum dimenangi Razali dua kali berturut-turut pada 2004 dan 2008.

Itu pun, dalam pilihanraya umum Mac lalu, calon BN, Datuk Razali Ismail mengekalkan kerusi tersebut cuma dengan majoriti 628 undi.

Pemilihan calon

Kerusi Parlimen Kuala Terengganu kosong ekoran kematian mengejut Razali baru-baru ini. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetap tarikh penamaan calon pada 6 Januari dan pengundian pada 17 Januari depan.

Nama-nama lain yang turut disebut mungkin dipilih sebagai calon BN ialah ketua Pemuda negeri yang juga timbalan ketua bahagian, Mohd Sabri Alwi; ketua penerangan negeri Datuk Zuber Embong; bendahari negeri, Senator Datuk Roslan Awang Chik dan bekas ketua penerangan bahagian, Mohd Zuber Embong.

Bagi PAS pula, berdasarkan sejarah pilihanraya bagi kerusisyed azman syed ahmad nawawi berkenaan, jika parti itu meletakkan semula Syed Azman bertanding 17 Januari depan, beliau juga diramalkan berdepan dengan laluan sukar.

Selain Syed Azman, nama-nama lain yang disebut-sebut ialah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali; Timbalan Pesuruhjaya, Datuk Wan Mutalib Embong; Naib Presiden Mohamad Sabu dan muka baru, Mohd Khazani Abdullah, seorang ahli perniagaan.

Walaupun berkeyakinan menang, PAS juga dilaporkan sukar mencapai kata sepakat dalam memilih calonnya, antara muka baru dan tokoh veteran.

Selain itu, agak memeranjatkan juga minat yang ditunjukkan oleh calon bebas kali ini yang dijangka lebih ramai daripada pilihanraya 8 Mac lalu.

Dalam pilihanraya umum lalu, hanya Maimun Yusuf dan beliau telah pun menyatakan minatnya untuk bertanding lagi dalam pilihanraya kecil 17 Januari depan.

Tetapi kali ini, dua orang lagi lagi - Mohd Azlan Ismail, seorang usahawan tempatan dan Isma Airfath Hassanuddin dari Rantau Panjang, Kelantan - telah mengumumkan hasrat mereka untuk bertanding.

Malah presiden parti serpihan PAS, Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Hanafi Hamat, berkata partinya juga akan meletakkan calon bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu itu.

Isu pilihanraya kecil

Mengenai isu-isunya pula, BN dijangka menggunakan isu pembangunan berterusan kerajaan negeri, selain untuk meneruskan program yang dicetuskan oleh Razali di kawasan Parlimen tersebut.

Manakala PAS pula dijangka membangkitkan isu 'Terengganu kaya tetapi rakyatnya miskin'. Ini termasuk pembaziran projek pembangunan taman tamadun Islam, masjid kristal dan piala monsun akan dibangkitkan dalam kempen mereka.

Di samping itu, pilihanraya Parlimen Kuala Terengganu ini juga merupakan ujian kepada bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menjadi pengarah pilihanraya BN dalam pilihanraya kecil tersebut..

BN khususnya Najib tentunya ingin menebus semula kekalahan besar di Parlimen Permatang Pauh kepada pemimpin utama PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun, Kuala Terengganu tidak sama dengan Permatang Pauh. Kuala Terengganu merupakan kawasan yang terbuka dengan kedua-dua pihak tidak boleh mendabik dada.

Selain faktor calon, isu-isu semasa juga boleh menjadi penentu kepada kemenangan calon.

Jumlah pengundi berdaftar di Parlimen Kuala Terengganu ialah 80,229 orang termasuk 1,035 pengundi pos.


Iklan Istimewa


http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising