Operasi SAR Dihentikan Sementara Berikutan Pergerakan Kuat
KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) -- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, dekat sini, dihentikan buat sementara sejak awal pagi ini berikutan pergerakan kuat dikesan berlaku di lereng bukit dan kawasan tanah runtuh pagi ini, kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.
"Ini adalah demi keselamatan anggota pasukan penyelamat. Ini turut melibatkan kerja-kerja pembinaan jambatan sementara," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Khalid berkata operasi SAR itu akan disambung semula setelah mendapat kebenaran Institut Kementerian Kerja Raya Malaysia (Ikram).
"Keputusan sama ada operasi ini dapat diteruskan atau tidak akan diperolehi pada bila-bila masa," katanya.
Katanya bilangan anggota terlibat dalam operasi SAR itu dikekalkan bagi mengelakkan kesesakan.
Dilaporkan kira-kira 500 anggota pasukan keselamatan iaitu polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berada di kawasan kejadian bagi membantu usaha-usaha mencari, menyelamat serta membersihkan runtuhan.
Empat orang terkorban manakala seorang lagi dikhuatiri masih terperangkap setelah 14 buah banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di kawasan Bukit Antarabangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh awal pagi Sabtu.
Insiden itu berlaku kira-kira 1.5 kilometer dari tempat berlakunya runtuhan satu daripada tiga blok Highland Towers pada 11 Dis 1993, yang mengorbankan 48 nyawa.
Khalid berkata pasukan mencari dan menyelamat amat bergantung kepada alat pengesan mangsa bagi mengesan seorang lagi mangsa, dipercayai masih terperangkap dalam runtuhan itu.
"Menyelamatkan nyawa mangsa adalah misi dan objektif polis. Walaupun terdapat percanggahan maklumat mengenai mangsa yang terperangkap itu semalam, polis masih berusaha membuat penyiasatan rapi sama ada masih ada mangsa atau tidak yang terlibat dalam runtuhan itu," katanya.
Khalid berkata usaha membina jambatan yang dihentikan semalam kerana beberapa masalah teknikal diteruskan pagi ini.
Jambatan sepanjang lima meter dibina untuk menghubungkan tapak operasi ke kawasan perumahan berdekatan. Penduduk kawasan setempat buat masa kini terpaksa menggunakan paip besar sebagai laluan untuk menyeberang.
Kejadian tanah runtuh itu mengakibatkan jalan utama ke kawasan perumahan terbabit terputus, menyebabkan beratus-ratus orang terperangkap di kawasan Bukit Antarabangsa.
Khalid berkata penduduk yang meninggalkan kediaman mereka tidak perlu berasa bimbang mengenai harta benda mereka kerana pasukan Pasukan Gerakan Am (PGA) akan mengawal kediaman mereka 24 jam.
Beliau berkata bantuan bekalan makanan turut dihulurkan kepada kira-kira 20 penghuni yang masih enggan mengosongkan kediaman mereka
-- BERNAMA
http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty
Mayat tersebut ditemui lewat petang ini.
Katanya, pasukan penyelamat baru mengesan empat mangsa tertimbus melalui peralatan yang digunakan.
"Mereka boleh mendapat perlindungan sementara di Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang. Tempat tidur dan makan minum disediakan di sana," katanya.
Sebelum itu, jurucakap Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) yang berada di empat kejadian berkata terdapat empat mangsa korban dalam insiden kira-kira jam 4 pagi tadi.
Salah sebuah banglo terlibat ialah milik ketua setiausaha sulit Perdana Menteri Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab.
Mangsa insiden termasuk yang mengalami kecederaan menerima rawatan di Surau Addinniah sebelum dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan susulan dengan tidak kurang daripada 12 ambulans.
Mohamed Thajudeen berkata beliau bersama empat anggota keluarganya tinggal di rumah ibunya pada malam itu selepas beliau pulang lewat kerana menjalankan urusan rasmi.




