Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Thursday, November 20, 2008

Kes Altantuya: Malaysia boleh terjerumus di bawah kancah perang

Kes perbicaraan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Sharibuu telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam baru-baru ini bahawa penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dibebaskan dari pertuduhan bersubahat membunuh wanita tersebut.

Terbaru Abdul Razak menjelaskan bahawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor tidak terbabit dalam kes tersebut, ia menunjukkan bahawa Abdul Razak mengetahui siapa sebenar pembunuh wanita berkenaan.

Yang penting di sini ialah jenayah berprofil tinggi ini mendorong keselamatan negara dipertaruhkan di peringkat antarabangsa seolah-olah mengundang negara terbabit bermusuh dengan Malaysia.

Pembunuhan itu tidak diambilkira lansung soal pertentangan dan permusuhan di peringkat antarabangsa atau perkiraan juga tidak diambil terhadap insiden yang boleh mengundang perang antara Malaysia dengan negara luar.

Kes ini bukan boleh dibicarakan dan diputuskan seperti kes-kes lain tanpa mengambil kira kesan jangka panjang terhadap keselamatan negara.

Manusia-manusia yang cuba bermain api sedemikian rupa sudah pasti tidak boleh sama sekali dibiarkan bebas kerana keselamatan negara sudah tidak dipertanggungjawabkan untuk dijaga secara moral dan berwaspada.


Bila-bila masa sahaja kerajaan Mongolia boleh bertindak ke atas Malaysia kerana rakyatnya sudah diperlakukan begitu kejam dengan pembunuhan menggunakan C4 untuk meletupkan badan mangsa tersebut.

Tidak cukup mereka terbabit dijatuhkan hukuman setimpal tetapi satu delegasi negara untuk melahirkan rasa dukacita terhadap kejadian pembunuhan itu mestilah dibuat oleh kerajaan Malaysia dan dihantar secara diplomatik dan penuh dukacita terhadao insiden yang berlaku.

Kerajaan Mongolia mempunyai maruah dan sedikit sebanyak kerajaan negara itu terhina dengan peristiwa pembunuhan tersebut.

Keputusan mahkamah terbabit pula tidak memuaskan hati kerajaan itu sendiri. Penyelesaian secara terhormat, kerajaan Mongolia akan membuat permohonan di Mahkamah Antarabangsa untuk mendapatkan perbicaraan yang dipercayai agak adil dalam erti kata tidak memihak kepada mana-mana pihak.

Sekaligus kerajaan itu sudah pertikaikan undang-undang Malaysia. Sekaligus juga kerajaan Malaysia sudah memulakan satu siri konfrantasi secara tidak langsung dengan Mongolia walaupun tidak disangka kejadian pembunuhan rakyat asing oleh rakyat Malaysia boleh berlaku dalam negara ini.

Persoalan keselamatan negara ini memang sangat-sangat tidak dikehendaki oleh sesiapapun di saat semua mahukan negara ini berada dalam keadaan harmoni, aman dan damai. Hatta Penjenayah sendiri mahukan semua itu wujud supaya mereka lebih selesa melakukan jenayah dan selesa untuk melanggari undang-undang.

Siapapun tidak mahu melihat negara ini terancam keselamatannya tetapi dengan kejadian buruk itu tidak ada siapa boleh menduga kerajaan Mongolia boleh bertindak ke atas Malaysia mengikut caranya sendiri.

Mithal kata, dipercayai Altantuya menjadi perisik negara tertentu untuk menggugat keamanan negara ini sekalipun, tidak sepatutnya insiden itu dilakukan oleh rakyat Malaysia yang bertamadun.

Kerajaan Mongolia dipercayai tidak akan berdiam diri melihat maruah rakyat dan negara dipermainkan oleh sesebuah negara atau rakyatnya dan dicabul sebegitu rupa dengan pembunuhan kejam seumpama itu.

Jenayah terburuk Malaysia itu, menjuruskan keselamatan negara berada di hujung tanduk. Tersilap gaya, negara boleh terjerumus di bawah kancah perang dengan Monglia. Inilah apa yang semua orang tidak mahu melihatnya berlaku di negara ini.



MAKE MONEY on your PROFILE - ProfileDough.com

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising