Ketua Wanita Umno Senator Datuk Armani Mahiruddin berkata sudah tiba masanya golongan kaum wanita Islam tidak kira fahaman politik dan kaum untuk mencari kesefahaman dalam menentukan kecemerlangan wanita Islam berada di tahap yang lebih optimum.
"Wanita Umno Sabah percaya menerusi kerjasama ini, Senada dan Dewan Muslimat PAS akan betulkan persepsi golongan bukan Islam agar mereka lebih positif, sekali gus mengetepikan sebarang rasa prejudis dan perbezaan kerana Islam agama yang indah," katanya di sini, Ahad lalu.
Bernama melaporkan Armani mengulas pertemuan antara Pengerusi Senada Shahrizat Abdul Jalil dengan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Nuridah Mohd Salleh pada sesi dialog Senada di Putrajaya, Isnin lepas.
Beliau berkata penyertaan Dewan Muslimat PAS adalah detik bersejarah yang membuktikan bahawa Islam merupakan titik penyatuan kepada semua aspek kehidupan walaupun dengan latar belakang yang berbeza.
"Kerjasama dan perjuangan ini adalah wadah yang akan menyatukan kita di bawah satu agama iaitu Islam.
"Kita akan wujudkan pelbagai program yang melibatkan badan bukan kerajaan dan pihak yang relevan dalam memperkasakan kedudukan wanita Islam," katanya.
Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)
Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)
Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.
Monday, November 17, 2008
Wanita Umno Sabah Sambut Baik Kerjasama Antara PAS Dan Senada
KOTA KINABALU, 17 Nov (MPO2) - Pergerakan Wanita Umno Sabah menyambut baik kesediaan Dewan Muslimat PAS bekerjasama dengan Sekretariat Pembelaan dan Perkasaan Wanita Islam (Senada)untuk memperkasa golongan wanita Islam di negara ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)
'Live' Dari Parlimen
ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?
Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.
TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA
TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA





