Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Thursday, November 13, 2008

Pembangkang anjur kaukus kebebasan kehakiman hari ini

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kaukus mengenai kebebasan dan kewibawaan badan kehakiman akan ditubuhkan bagi mengkaji dan menilai integriti badan kehakiman di negara ini.

Menurut beliau, cadangan tersebut telah dikemukan kepada semua Ahli Parlimen pembangkang dan Barisan Nasional.

"Kita jemput semua Ahli Parlimen ke mesyuarat pertama yang akan diadakan esok pada pukul 1 tengah hari di sini," kata beliau sidang media di lobi Parlimen semalam, lapor MStar Online.

Tambah beliau, menyedari mengenai badan kehakiman yang menjadi tunggak penting dalam negara, isu integriti badan kehakiman perlu dibahaskan di Parlimen.

Jelas beliau, penubuhan kaukus berkenaan juga telah dimaklumkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

"Kita sudah maklumkan kepada menteri yang bertanggungjawab uruskan Parlimen, ia perlu dianggotai oleh kedua-dua pihak... itu prosedur biasa," katanya.

Anwar turut memaklumkan bahawa kaukus berkenaan juga sedang menunggu kertas cadangan rang undang-undang mengenai suruhanjaya kehakiman kerana cadangan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi itu dilihat begitu bertepatan dengan kehendak masyarakat.

"Kita sedang menunggu kertas cadangan tersebut kerana ia dianggap sebagai satu langkah penting serta turut boleh dibahaskan oleh kaukus itu nanti," katanya.

Ditanya siapa yang akan mempengerusikan kaukus tersebut, Anwar berkata, perkara tersebut akan diputuskan dalam mesyuarat yang akan diadakan hari ini.

"Itu kita akan tentukan esok, ahli yang menganggotai kaukus tersebut akan membuat pilihan mengenai siapa yang akan menerajuinya nanti," katanya.

Sementara itu Pengerusi DAP, Karpal Singh yang turut hadir dalam sidang media tersebut berkata, penubuhan kaukus tersebut sangat penting bagi memastikan integriti badan kehakiman negara terus terpelihara.

"Kaukus untuk pastikan badan kehakiman kita bebas daripada sebarang pengaruh adalah sangat bertepatan terutamanya dengan isu terkini yang melibatkan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Azmi yang mengaku terlibat dengan rasuah semasa menjadi peguam dahulu," katanya.

Tambah beliau, perkara seumpama itu perlu diberi perhatian serius oleh kaukus itu nanti bagi menjadikan institusi kehakiman negara bebas dari amalan tidak sihat.



Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

ADUN Kuala Nerang muflis, kemungkinan pilihan raya kecil?

ALOR STAR, 13 Nov (MPO2) - Kedah kemungkinan menyaksikan pilihan raya kecil, yang pertama sejak pilihan raya umum ke-12, berikutan keputusan mahkamah mengisytiharkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim muflis.

Timbalan Pendaftar Najwa Che Mat telah mengisytiharkan Syed Sobri sebagai muflis 3 November lalu, lapor MStar Online.

Syed Sobri dikatakan gagal menjelaskan hutang bank berjumlah RM100,000.

Bagaimanapun Syed Sobri telah mengemukakan rayuan dan permohonannya akan didengar pada 1 Disember ini.

Beliau enggan mengulas apa-apa mengenainya.Sumber-sumber Barisan Nasional (BN) pula memberitahu kes tersebut telah diselesaikan bagi mengelakkan pilihan raya kecil.

Pada 8 Mac lalu, Syed Sobri menewaskan calon PAS, Zawawi Ahmad dengan kelebihan 805 undi.

Syed Sobri memperoleh 7,856 undi.Speaker Dewan Undangan Negeri, Dr. Abdul Isa Ismail telah mengemukakan surat makluman mengenainya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman ketika dihubungi The Star di Indonesia mengesahkan ada dimaklumkan perkara tersebut dan ia sedang diteliti.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, adalah baik jika perkara tersebut diselesaikan.

"Kita tidak perlu membazirkan wang dengan mengadakan pilihan raya. Kita boleh fokus kepada soal pembangunan negeri," katanya.



Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Jangan jadi 'binatang'

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Hrkh) - Menyentuh kebebasan individu membuat atau bertindak apa sahaja mengikut dia suka sehingga bebas mengamalkan amalan manusia yang tidak bertamaddun dan tidak bermoral seperti pengkid, tomboy, homoseksual, lesbian dan seumpamanya seharusnya ada manusia malu untuk berdemonstrasi secara sedar bahawa semua tindakan itu cukup songsang dan memualkan.

Kewarasan akal fikiran seharusnya menjadi pertimbangan manusia jika mahu meletakkan dirinya di status normal. Sikap membantah, mengkritik bukan satu sikap yang terlarang tetapi perbuatan menyokong perbuatan tidak bermoral dengan tindakan demonstrasi adalah suatu tindakan menterbalikkan dunia ini menjadi dunia kebinatangan.

Justeru, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) memandang berat tindakan pihak-pihak tertentu menganjurkan protes umum atau membuat kritikan terbuka terhadap fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai pengharaman perlakuan tomboy atau pengkid serta fatwa mengenai Yoga yang sedang dipertimbangkan.

Presiden Abim, Yusri Mohamad berkata, Majlis Fatwa Kebangssaan merupakan sumber rujuk utama bagi umat Islam di negara ini untuk mencari penyelesaian tentang sebarang kemusykilan mengenai hal-hal agama.

"Fatwa yang dikeluarkan, akan melalui proses perbincangan yang teliti dan bersandarkan kepada sumber-sumber hukum sahih serta kaedah-kaedah perundangan Islam yang muktabar.

"Oleh sebab itu, fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tidak patut dipertikaikan dengan mudah," katanya dalam satu kenyataan semalam, lapor Malaysiakini.

Jika pertikian tetap timbul, tambahnya, ia hendaklah disalurkan ke proses perbincangan yang tertutup.

Yusri berkata ia sama sekali tidak sesuai menjadi perbahasan di kalangan masyarakat awam, lebih-lebih lagi jika dijadikan bahan untuk menganjurkan protes umum atau demonstrasi.

"Abim juga khuatir tindakan pihak-pihak tertentu, terutama sekali pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan bukan Islam, melakukan protes terbuka terhadap fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan, akan mencetuskan suasana ketegangan dan perselisihan di kalangan umat Islam khususnya dan masyarakat amnya di negara ini," katanya.

Abim, tambah Yusri, berpendapat bahawa pendekatan terbaik untuk menangani sebarang kemusykilan dan pertikaian mengenai fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan adalah dengan disalurkan secara sihat melalui perbincangan ilmiah tertutup yang disertai oleh pihak ataupun individu yang mempunyai kepakaran dalam isu yang dibincangkan.

"Pada yang sama, Abim mencadangkan agar Majlis Fatwa Kebangsaan atau pihak berkuasa agama yang berkenaan, mengambil inisiatif lebih agresif untuk menjelaskan kepada masyarakat umum, rasional fatwa pengharaman tomboy atau pengkid, untuk meningkatkan kefahaman masyarakat pelbagai agama di negara ini mengenai isu tersebut.


Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising