Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Tuesday, November 11, 2008

Krisis Umno Terengganu : Yahya Khatib vs Ahmad Said

KALAU betul-betul Menteri Besar (MB) Terengganu, Dato' Ahmad Said bertindak menggugurkan Yahya Khatib Mohamad dari kedudukan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, kerana degil dan tidak mendengar nasihatnya supaya jangan bertanding menentang Ketua Umno Bahagian Marang, Dato' Abdul Rahman Bakar, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan dalam politik Umno.

Ia bukan hanya berlaku di Negeri Terengganu, malahan, Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah menggugurkan Tengku Putera Awang dari kedudukannya sebagai Timbalan Menteri Kewangan, beberapa bulan selepas Tengku Putera menang kerusi Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Tidak ada apa-apa alasan yang diberi, kerana kuasa melantik dan memecat Menteri dan Timbalan Menteri adalah kuasa mutlak Perdana Menteri. Tengku Putera yang merupakan Ahli Parlimen Hulu Terengganu ketika itu, terpingga-pingga dan menjawab kepada wartawan, mungkin Perdana Menteri mahukan tiga Timbalan Menteri Kewangan, dengan menamakan Dato' Dr Awang Adek Hussein dan mengekalkan Dr. Ng Yen Yen di situ.

Padahal, ketika itu, Tengku Putera sudah digugurkan tanpa sebarang notis, sama juga ketika dilantik, tanpa sebarang signal.

Ramai juga yang tertanya-tanya. Kedudukan Tengku Putera sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu tidak pula tergugat, hinggalah dia digugurkan sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu. Dalam era Ahmad, Tengku Putera dilantik menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri.

Sebenarnya, kedudukan dalam Umno memanglah tidak menjanjikan apa-apa. Beberapa penyandang ketua bahagian di Terengganu �dikorbankan� dalam PRU 12 yang lalu.

Padahal, mereka itu, semuanya orang yang terlibat memenangkan semula Umno/BN di Terengganu. Ketua Bahagian Dungun, Dato' Rosli Mat Hassan, Tengku Putera (Hulu Terengganu), Rahman (Marang) dan Dato' Wan Farid (Kuala Terengganu) tidak disenaraikan.
Dengan pergolakan ini, Yahya Khatib sepatutnya boleh belajar dari politik Umno ini.

Walaupun dia kini adalah Ketua Umno Bahagian Marang, tetapi dia tidak dijanjikan kekal sebagai Exco Kerajaan Negeri, walaupun berjaya menumbangkan Rahman yang juga bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia dan Ahli MT Umno.

Cuma, ketika memberikan komen kepada wartawan, Perdana Menteri menegur cara Ahmad mengeluarkan kenyataan, Yahya Khatib akan dipecat dari kedudukan Exco kerana bertanding jawatan Ketua Bahagian Marang.

Padahal, kalau Yahya dilantik menjadi Exco, bukan kerana dia menyandang jawatan ketua bahagian.

Samalah dengan Perdana Menteri sendiri. Dia boleh melantik sesiapa sahaja membarisi kabinetnya, tanpa perlu bertanya dan merujuk sesiapa terlebih dahulu.

Dalam kabinet Abdullah, ada Tan Sri Nor Mohamad Yakcob, bukan seorang ketua bahagian dan bukan seorang Ahli MT. Begitu juga dengan Amirsham A. Aziz, bukan ketua bahagian dan bukan Ahli MT, termasuk Dato' Zaid Ibrahim (yang sudah pun meletakkan jawatan).

Kalau Yahya Khatib sedar hal ini, dia tidak akan berkecil hati dengan Ahmad. Cuma, jika dia merasakan Ahmad seperti tidak menghormatinya, bolehlah dia bertindak meninggalkan Umno dan menyertai mana-mana parti pembangkang, PAS, KeADILan ataupun DAP.

Kebetulan DAP kurang berpengaruh di Terengganu. Jika Yahya Khatib mempunyai keberanian, apalah salahnya mencuba sesuatu yang baru, menjadi orang Melayu pertama di Terengganu menjulang bendera roket.

Bunyinya seperti 'mengejek' tetapi inilah politik. Ahmad mungkin tidak hairan jika Yahya Khatib hanya berani bersungut dan membebel di kedai-kedai kopi apabila dipecat dari kedudukan Exco.

Tetapi kalau Yahya ada keberanian, sama dengan keberanian dia menentang Rahman walaupun dilarang oleh Menteri Besar, mulakan satu langkah 'paling drastik' supaya Ahmad boleh dikejutkan dari lenanya yang panjang.

Hari ini, bila bercakap pasal politik Terengganu, orang hanya memandingkan Ahmad dengan Idris Jusoh.

Tetapi, sekiranya Yahya Khatib berani bertindak, dia bakal menjadi satu lagi figur besar dalam politik Terengganu, yang merupakan negeri Pantai Timur yang pernah melahirkan nama-nama besar dalam politik negara, antaranya Tan Sri Wan Mokhtar Mohamad, Dato' Zubir Embong, Allahyarham Dato' Abu Bakar Daud, Dato' Dr Tengku Mahmud Mansor dan Dato' Ibrahim Azmi Hassan.

Namun, senarai nama-nama itu, hanya hanyut bersama-sama gelora musim tengkujuh yang tidak meninggalkan sebarang bekas kepada politik Terengganu, kerana mereka tidak mempunyai keberanian seperti keberanian Dato' Zakaria Abdul Rahman dan Dato' Abd Manan Osman yang pernah menjadi Menteri Pertanian dan kemudian meninggalkan Umno kerana menyertai Parti Melayu Semangat 46.

Lebih hebat jika Yahya Khatib bertindak pro aktif dengan meninggalkan Umno sebelum dia dipecat.

Lepaskanlah jawatan Exco yang menjadi kegilaan ramai orang, kerana jika kena perhitungannya, tidak mustahil Yahya Khatib bukan sahaja boleh kembali menjadi Exco kalah Pakatan Rakyat mampu memenangi Pilihan Raya Umum 13 akan datang, malahan, tidak mustahil dialah Menteri Besar pertama dari kalangan PKR atau DAP di Terengganu, jika dia tidak kekal dalam Umno yang sudah mula mahu menghinanya.

Dalam politik Umno, Yahya Khatib boleh melihat bagaimana Susilo Bambang Yudoyoeno (SBY) akhirnya menjadi Presiden Indonesia setelah berundur selangkah ke belakang dari kabinet Megawati.

SBY bukan sahaja menjadi Presiden kesan tekanan sebaliknya mengalahkan Megawati yang dikatakan mendapat sokongan kuat dari rakyat Indonesia.
Iklan Istimewa

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising