Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, November 10, 2008

Usul Karpal terhadap kenyataan media Ketua Hakim Negara

KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP, Karpal Singh, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, hari ini mengemukakan usul tergempar berhubung kenyataan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Azmi bahawa beliau pernah memberi rasuah kepada staf mahkamah ketika bertindak sebagai peguam dua dekad lalu.

Sehubungan itu, Karpal berkata, dari segi moral Zaki sewajarnya telah membuat laporan berhubung kejadian tersebut yang diakui berlaku pada 1987.

Ia merupakan antara dua usul dikemukakan oleh pemimpin DAP dan wakil rakyat veteran parti itu di Dewan Rakyat hari ini.

Zaki dilantik sebagai Ketua Hakim Negara bulan lalu.

Dalam kenyataan itu, Zaki mengakui sedar tentang kewujudan amalan rasuah di bahagian kehakiman.

Bagaimanapun kenyataan Zaki itu yang disiarkan akhbar bahasa Inggeris telah dinafikan oleh beliau keesokan hari.

"Zaki telah melakukan kesalahan serius di bawah Akta Pencegahan Rasuah dan ia memerlukan siasatan mendalam," katanya. (MStar Online)

Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Bala, Raja Petra bakal saksi, kes Altantuya ditunda Januari

P. BALASUBRAMANIAM ketika mengadakan sidang akhbar pada 3 Julai lalu di Kuala Lumpur.

SHAH ALAM: Dua komando polis, Cif Insp Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, perlu menunggu sehingga 15 Januari tahun depan untuk membela diri di Mahkamah Tinggi di sini terhadap pertuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Ini kerana peguam bela masing-masing, Datuk Hazman Ahmad dan Kamarul Hisham Kamaruddin, tidak dapat menghubungi dan menemu bual saksi yang mereka rancang untuk dipanggil memberikan keterangan.

Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin membenarkan permohonan mereka dan memberi tempoh dua bulan untuk mereka membuat persediaan kes.

"Saya hendak kes ini dibicarakan berterusan bermula 15 Januari sehingga selesai," katanya.

Azilah, 32, dan Sirul Azhar, 36, keduaduanya anggota Unit Tindakan Khas(UTK), dijadual membela diri hari ini terhadap pertuduhan membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja antara 10 malam, 19 Oktober 2006 dan 1 pagi keesokkan harinya.

Penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, yang dituduh bersubahat dengan mereka di Wilayah Persekutuan antara 9.54 pagi, 18 Oktober 2006 dan 9.45 malam keesokkan harinya, dibebaskan dan dilepaskan daripada pertuduhan itu pada 31 Oktober tanpa dipanggil membela diri.

Dalam permohonannya hari ini, Hazman berkata, beliau tidak dapat memutuskan untuk memanggil siapa untuk memberikan keterangan kerana beliau tidak dapat menemu bual mereka kerana sesetengah daripada mereka tidak berada di Kuala Lumpur.

Katanya, beliau juga memohon diberikan masa untuk menyelesaikan semua kes yang dikendalikannya dari 2003 hingga 2006 yang masih menunggu perbicaraan, yang telah ditangguhkan untuk memberi laluan kepada perbicaraan kes Altantuya, kerana hakim yang mendengar kes berkenaan semakin hilang sabar dan tidak membenarkan penangguhan.

"Pendakwaan telah mengambil satu tahun setengah untuk pendakwaan kes ini. Kami juga perlu diberikan ruang dan masa untuk menyediakan pembelaan," katanya.

Kamarul Hisham juga memohon diberikan lebih banyak masa untuk menghubungi Raja Petra Raja Kamaruddin dan penyiasat persendirian P. Balasubramaniam yang beliau bercadang untuk panggil sebagai saksi.

"Saya telah menulis surat kepada peguam belanya pada 21 Oktober, tetapi tiada jawapan daripada peguam yang mewakili Raja Petra. Kami juga telah menghantar pesanan kepada peguamnya dan firma guaman mereka, kami masih belum menerima jawapan," katanya.

Raja Petra, yang baru-baru ini dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), telah membuat akuan bersumpah mengaitkan seorang ahli politik kanan dan isterinya dengan pembunuhan itu.

Balasubramaniam juga membuat akuan bersumpah serupa tetapi menarik balik akuan itu tiga hari kemudian dalam satu lagi akuan bersumpah.

Kamarul Hisham berkata beliau dimaklumkan oleh pihak pendakwaan yang pegawai penyiasat Tonny Anak Lunggan tidak dapat mengesan lokasi di mana Balasubramaniam berada dan perkara itu disahkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Tun Abdul Majid Tun Hamzah.

Tun Majid, sementara itu berkata, beliau tiada bantahan dengan penangguhan itu tetapi memaklumkan kepada mahkamah yang beliau akan mengemukakan bantahan mengikut 136 Akta Keterangan berhubung dengan hasrat pihak pembelaan untuk memanggil semula beberapa saksi pendakwaan termasuk Balasubramaniam.

Di luar mahkamah, Hazman memberitahu wakil media yang beliau merancang untuk memanggil sembilan saksi termasuk seorang pakar telekomunikasi dan teman wanita Azilah.

Kamarul Hisham, ketika ditanya mengenai kerelevanan akuan bersumpah Raja Petra itu, berkata, beliau tidak mahu membuat sebarang spekulasi buat masa ini.

"Kita perlu tunggu kerana akuan bersumpah Raja Petra jelas membayangkan yang beliau mempunyai sumber dan sehingga dan kecuali saya telah menemu bualnya, saya tidak tahu siapakan sumber itu, dan sama ada beliau bersedia mendedahkan mereka."

Katanya, beliau juga perlu mengesahkan sama ada Raja Petra bersedia untuk ditemu bual, jika tidak beliau perlu mencari jalan untuk sapina penulis blog itu. BERNAMA

Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Perhimpunan Bersih: 23 ditahan tidak didakwa bawah ISA

ADUN Kampung Tunku Lau Weng San menunjukkan kecederaan dialami semasa ditahan polis malam tadi, di lobi Parlimen hari ini.

KUALA LUMPUR Polis hari ini menafikan khabar angin bahawa 23 orang yang ditahan kerana menyertai satu perhimpunan haram di Petaling Jaya malam semalam, akan didakwa mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, mereka akan disiasat mengikut Seksyen 27 Akta Polis dan “bukannya akan didakwa mengikut ISA seperti yang dilaporkan dalam laman blog dan khidmat pesanan ringkas (SMs).

"Kesemua peserta perhimpunan itu yang ditahan telah dibebaskan pagi tadi dengan jaminan polis.

"Tetapi mereka perlu melaporkan diri pada 24 Oktober ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan agung persatuan Polis Diraja Malaysia di sini hari ini.

Katanya, penganjur perhimpunan semalam itu juga tidak memohon permit bagi mengadakan perhimpunan itu.

Perhimpunan haram yang disertai kira-kira 350 orang di Petaling Jaya malam tadi adalah bagi memperingati ulang tahun pertama perarakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH).

Antara yang ditahan ialah anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua; Ahli Dewan Undangan Negeri Kampung Tunku, Lau Weng San dan juruvideo Malaysiakini, Syukri Mohamad.

Difahamkan seorang peserta berusia 33 tahun tidak dibebaskan kerana dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes rogol.

Ini merupakan kali pertama polis mengambil tindakan setelah empat minggu berturut-turut penyokong Bersih mengadakan perhimpunan haram pada setiap hari Ahad dengan menyalakan lilin.

Dalam pada itu, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, tindakan polis menyurai perhimpunan haram, yang diadakan sempena peringatan ulang tahun pertama Bersih malam tadi, dan menahan lebih 20 orang termasuk tiga pemimpin pembangkang di Pusat Sivik Petaling Jaya, adalah sebahagian daripada tugas memastikan ketenteraman awam terpelihara.

Dalam situasi seperti itu, katanya, polis perlu bertindak untuk mempertahankan peraturan dan undang-undang bagi memastikan ketenteraman awam diberi keutamaan.

Bercakap kepada pemberita lobi Parlimen hari ini, Syed Hamid berkata, beliau belum menerima laporan lengkap berhubung kejadian itu.

"Sekiranya anda ada melakukan sesuatu perkara dan polis mengambil tindakan maka jika anda tidak berpuas hati dengannya, berikan maklumat secara spesifik kepada saya dan saya akan memeriksanya," kata Syed Hamid.

Di Shah Alam, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kerajaan Pakatan Rakyat akan berbincang dengan polis terlebih dahulu sebelum menganjurkan sesuaut perhimpunan supaya kejadian seperti itu tidak berulang. (MStar Online)


Iklan Istimewa


http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Bayaran saguhati: Zaid dukacita tidak dapat kotai janji...

Nov 10, 08 12:54pm

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata beliau kesal dan dukacita kerana tidak dapat mengotakan janji kepada bekas hakim-hakim yang dipecat sewaktu krisis kehakiman pada 1988 untuk tidak mendedahkan jumlah saguhati yang dibayar oleh kerajaan kepada mereka awal tahun ini.

zaid ibrahim pc 111108 01Katanya, beliau selaku menteri yang bertanggunggung jawab dalam hal ehwal kehakiman dan perdana menteri telah bersetuju untuk tidak mendedahkan jumlah yang dibayar kepada hakim-hakim berkenaan atas permintaan hakim-hakim berkenaan yang dianggapnya sebagai wajar.

"Hakim-hakim berkenaan tidak pernah meminta wang ini dan tidak mahu wujud polemik pada kemudian hari dan tidak mahu mengalihkan hasrat murni ini jika perkara in ididedahkan.

"Kami kesal dan dukacita kerana kami tidak dapat mengotakan janji kami kepada hakim-hakim ini.

"Adakah ini bermakna bahawa kata-kata yang lahir dari bibir menteri kerajaan tidak lagi boleh dipandang serius?" katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Minggu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz mengumumkan bahawa kerajaan telah membayar saguhati sejumlah RM10.5 juta kepada enam hakim berkenaan.

Nazri memberitahu Dewan Rakyat bahawa daripada jumlah tersebut, RM5 juta telah dibayar kepada Salleh.

bm version judicial sacking ex gratia payment to former judges 061108Selain Salleh, lima lagi penerima saguhati tersebut ialah lima bekas hakim Mahkamah Agung - Tan Sri Azmi Kamaruddin, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdoolcadeer, Allahyarham Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh, Tan Sri George Seah dan Tan Sri Hamzah Mohamed Salleh.

Wan Suleiman dan Seah masing-masing dibayar RM2 juta manakala Eusoffe, Azmi dan Hamzah, masing-masing mendapat RM500,000.

Menurut Nazri, Salleh menerima bayaran pencen bulanan sebanyak RM5,102, Seah pula menerima RM5,916, Hamzah (RM6,508), Wan Suleiman (RM4,815), Eusoffe (RM4,815) dan Azmi (RM5,916). Lihat video

Berikut adalah kenyataan penuh:

Bayaran pampasan (ex-gratia) dibayar oleh kerajaan Malaysia dan kerajaan-kerajaan lain bila berlaku salah laksana keadilan (Miscarriage of justice). Umpamanya apabila berlaku sabitan salah atau sabitan sesuatu kesalahan terhasil lantaran sesuatu perbicaraan yang tidak adil atau apabila keterangan yang dikemukakan dalam perbicaraan kemudiannya didapati tidak tepat atau tidak boleh dipercayai. Di England, peruntukan di bawah Criminal Justice Act 1988 (Akta Keadilan Jenayah 1988) membenarkan pembayaran ex-gratia dibuat. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengendors pembayaran sedemikian kepada mangsa-mangsa salah laksana keadilan di bawah International Covenant on Civil and Political Rights (Waad Antarabangsa Mengenai Hak Sivil dan Politik).

zaid ibrahim pc 111108 02Episod dalam tahun 1988 sudah jelas kepada ramai rakyat Malaysia dan dunia. Ketua Hakim Negara kita dan dua hakim kanan Mahkamah Agung telah dipecat. Tiga orang hakim kanan yang lain telah digantung kerja tetapi kemudiannya dilepaskan. Hakim-hakim berkenaan bukan sahaja telah mengalami dan menanggung kerugian kewangan bahkan telah turut menanggung pernghinaan dan malu keana mereka dipecat.

Panel Orang Terkemuka (Eminent Persons Group) yang antaranya terdiri daripada mantan Ketua Hakim India, mantan Hakim Mahkamah Agung Pakistan dan mantan Presiden LawAsia dari Australia, membuat kesimpulan bahawa komposisi kedua-dua Tribunal, proses yang diguna pakai oleh kedua-duanya dan hasil/dapatan dan kesimpulan yang dicapai terhadap Tun Salleh, Tan Sri Wan Suleiman dan Datuk George Seah tidak mempunyai justifikasi dan justeru penyingkiran mereka dari jawatan mereka tidak mengikut lunas perlembagaan dan non est.

Sukar untuk memahami bagaimana saat-saat gelap dan mendukacitakan dalam sejarah kita itu boleh terlepas daripada dihalusi oleh menteri undang-undang sekarang apabila beliau mengatakan bahawa hakim- hakim berkenaan telah diminta bersara awal dan tidak dipecat. Betapa orang yang berkuasa boleh memandang remeh soal ini? Terdapat cukup isu dewasa ini untuk kita mempolitikkannya tanpa memutar-belit kebenaran pemecatan hakim-hakim berkenaan pada tahun 1988.

Walaupun tindakan mendedahkan jumlah yang dibayar kepada hakim-hakim adalah sesuatu yang diharapkan daripada mana-mana kerajaan yang mengamalkan ketelusan dan urus tadbir yang baik, cara pendedahan itu dibuat nampaknya mengajak orang ramai supaya memperkatakan lebih daripada persolan itu. Nampaknya orang ramai bukan sahaja diajak untuk mempersoalkan jumlah berkenaan, bahkan timbul persoalan sama ada bayaran berkenaan perlu dibuat atau tidak. Ini kerana kita diberitahu bahawa hakim-hakim telah diminta bersara awal dan bukannya dipecat. Jika mereka tidak dipecat, kenapa pula mereka dibayar ex-gratia? Jumlah pencen yang mereka terima telah ditonjolkan atau dibesar-besarkan. Sekali lagi ini membangkitkan persoalan kenapa pencen dibayar sedangkan mereka tidak berhak mendapat pencen jika mereka dipecat. Orang ramai yang tidak biasa dengan kes ini sudah tentu akan bertanyakan soalan: Adakah hakim-hakim ini tamak? Apakah saya memberi nasihat yang betul kepada Perdana Menteri? Sudahkah kepentingan pembayar cukai diambil kira dengan sewajarnya dalam membuat bayaran berkenaan?

zaid ibrahim pc 111108 03Saya hendak menegaskan hal-hal yang berikut sekali lagi: tidak kira apa yang diperkatakan oleh sesetengah pihak tentang kes berkenaan, bagi saya pemecatan berlaku dan suatu perbuatan mempersendakan keadilan berlaku. Ia merupakan pelanggaran kebebasan badan kehakiman. Pemecatan berkenaan merupakan salah laksana keadilan yang paling berat. Walaupun sebanyak mana penjelasan yang mengatakan bahawa pemecatan hakim-hakim berkenaan adalah mengikut lunas undang-undang, ia tidak mampu menukar kebenaran bahawa hakim-hakim itu dipecat. Bayaran pencen kepada Tun Salleh tidak boleh menukar hakikat bahawa beliau telah dipecat. Jika bayaran pencen itu bukti tidak berlakunya pemecatan, maka bolehlah kerajaan meminta mana-mana hakim supaya bersara lebih awal asalkan pencen dibayar. Bagaimana keadaan ini hendak disesuaikan dengan konsep kebebasan badan kehakiman? Lainlah kalau kita tidak mengiktiraf konsep ini?

Saya telah mengesyorkan kepada Perdana Menteri supaya kerajaan membayar ex-gratia kepada mereka, sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan-kerajaan yang bertanggungjawab, sebagai suatu pampasan kerana keterlanjuran Kerajaan pada tahun 1988. Ia juga menjadi suatu isyarat bahawa Kerajaan sekarang menyokong integriti dan kebebasan institusi yang dihormati yakni badan kehakiman. Ini juga merupakan kemahuan Perdana Menteri supaya kita memperlihatkan ihsan dan ketinggian hati budi kepada hakim-hakim ini.

Saya juga telah bersetuju untuk tidak mendedahkan jumlah yang dibayar kepada hakim-hakim berkenaan. Ini adalah permintaan mereka yang wajar. Hakim-hakim berkenaan tidak pernah meminta wang ini dan tidak mahu wujud polemik pada kemudian hari dan tidak mahu mengalihkan hasrat murni ini jika perkara in ididedahkan. Kami kesal dan dukacita kerana kami tidak dapat mengotakan janji kami kepada hakim-hakim ini. Adakah ini bermakna bahawa kata-kata yang lahir dari bibir menteri kerajaan tidak lagi boleh dipandang serius?

Kita tidak sepatutnya merosakkan usaha murni Perdana Menteri dengan membawa isu-isu yang akan melemahkan niat murni dan kemurahan hati kerana itulah yang merupakan asas bayaran berkenaan dibuat. Anda boleh membayar pencen untuk mempamerkan sifat kemanusiaan anda, tetapi pencen tidak mengalihkan hakikat bahawa hakim-hakim berkenaan telah dipecat. Hakim-hakim ini adalah orang bermaruah dan dihormati. Mereka tidak pernah sekali-kali meminta bayaran ini.

zaid ibrahim pc 111108 04Saya telah secara sukarela bagi pihak kerajaan menawarkan bayaran ini kepada mereka kerana saya merasakan wajar untuk berbuat demikian. Tiada rundingan yang dibuat dengan mereka mengenai jumlah bayaran yang hendak dibuat. Saya dapatkan angka itu berdasarkan apa yang dibayar oleh kerajaan-kerajaan lain yang bertanggungjawab kepada warganegara mereka dalam kes-kes membabitkan salah laksana keadilan walaupun sukar untuk membuat perbandingan kerana tidak ada kerajaan yang bertanggungjawab di mana-mana juga di dunia ini yang memecat hakim-hakim utama mereka 'sekali rentap' sebagaimana yang kita lakukan.

Walau bagaimanapun, England membayar Gerard Conlon dalam pengemboman Guilford Four sebanyak £400,000 (kira-kira RM2.7 juta ketika itu); New Zealand membayar David Dougherty NZD 800,000 (kira-kira RM2 juta) kerana sabitan salah selepas keterangan DNA membersihkan namanya. Kedua-dua kerajaan ini telah memohon maaf kepada mangsa-mangsa berkenaan dan membuat bayaran ex-gratia. Dalam kes kita, ketika itu saya tidak berupaya meminta kerajaan Barisan Nasional memohon maaf.

Saya harap kenyataan dan sindiran mereka yang masih seronok menyelar hakim-hakim berkenaan, sama ada secara langsung atau melalui kata-kata mereka yang mempersenda, menyindir dan mencemuh, yang sememangnya sudah menjadi 'trademark' mereka, tidak akan mengganggu dan menguris hati hakim-hakim yang telah menerima bayaran berkenaan. Rakyat negara ini sentiasa ingat akan khidmat dan keberanian anda. Anda telah selama ini menjadi inspirasi kepada sesetengah hakim Mahkamah Tinggi kita yang akhir-akhir ini telah memperlihatkan bahawa semangat kebebasan untuk menegakkan keadilan masih hidup dan subur. (Malaysikini)


Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Kit Siang fail usul gesa Kabinet tidak rayu pembebasan Raja Petra

KUALA LUMPUR: Penasihat DAP, Lim Kit Siang memfailkan usul tergempar di Dewan Rakyat hari ini menggesa Kabinet tidak memfailkan rayuan terhadap pembebasan pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin.

Usul itu difailkan pagi tadi.

Semalam di Kepala Batas, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan menghormati keputusan mahkamah tetapi akan mengemukakan rayuan dalam masa terdekat.

Menurutnya, perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh Kementerian Dalam Negeri.

Raja Petra dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, Jumaat lalu.

GESAAN GERAKAN, DAP

Malah semalam, DAP dan Gerakan Pulau Pinang meminta kerajaan mengkaji semula pendiriannya untuk memfailkan rayuan berhubung pembebasan Raja Petra.

Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan berkata, keputusan mahkamah minggu lalu menunjukkan sistem kehakiman negara adalah telus.

"Kami berharap kerajaan tidak akan membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah membebaskan Raja Petra dan beliau bukan merupakan satu ugutan kepada negara," katanya di George Town.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, Kabinet seharusnya membatalkan hasrat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar untuk mengemukakan rayuan.

"Perdana Menteri perlu menghalang Syed Hamid daripada mengemukakan rayuan," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan di ibu negara.



Iklan Istimewa


http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Kerusi terbang warnai mesyuarat Umno Seremban, perwakilan cedera


KECOH... Sebahagian daripada anggota perwakilan cuba mententeramkan perwakilan yang bertengkar ketika Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Seremban di dewan Kelab Golf Taman Tuanku Ja'afar pagi semalam. - fotoBERNAMA

[DIKEMAS KINI] SEREMBAN: Mesyuarat peringkat bahagian yang dijadual berakhir semalam 'tercemar' apabila Persidangan Perwakilan Umno Seremban terpaksa ditangguhkan ekoran pergaduhan sehingga menyebabkan dua perwakilan cedera ringan.

Persidangan tersebut akan diadakan minggu depan, kata Setiauasaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Kata beliau, Ibu Pejabat Umno akan menghantar pasukan khas untuk mengendalikan persidangan bahagian itu.

REAKSI PRESIDEN

ABDULLAH Ahmad Badawi menghubungi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai pergaduhan yang terjadi ketika Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Seremban semasa mengadakan sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Kepala Batas hari ini. - fotoBERNAMA

Dalam reaksi segera di Kepala Batas, Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kecewa dengan pergaduhan yang berlaku sambil menyifatkan ia sebagai kejadian yang amat memalukan.

Kejadian itu tidak sepatutnya berlaku dan setiap perwakilan harus mematuhi peraturan dan perjalanan mesyuarat dengan baik, kata beliau.

Tegas beliau, tindakan disiplin boleh diambil terhadap mereka yang terlibat jika didapati bersalah.

Katanya, bukan sahaja politik wang yang boleh dikenakan tindakan disiplin malahan kes yang melibatkan pergaduhan juga boleh diambil tindakan sama.

Sebaik diajukan soalan itu oleh wartawan, beliau terus menghubungi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menerusi telefon bimbit seorang pengawal peribadinya bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian itu.

SEBAHAGIAN daripada anggota perwakilan cuba meleraikan pergaduhan yang tercetus pada Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Seremban di dewan Kelab Golf Taman Tuanku Ja'afar. - fotoBERNAMA

Perdana Menteri berkata, oleh kerana kejadian itu mengakibatkan kecederaan kepada perwakilan, ia juga merupakan satu perbuatan jenayah dan boleh dikenakan tindakan menurut Kanun Keseksaan.

Ketua Umno Cawangan Jalan Kuala Pilah, Abd. Halim Lokman pula membuat laporan di Balai Polis Senawang kerana cedera dipukul seorang pengawal keselamatan.

PUNCA KEJADIAN

Mesyuarat yang dimulakan pada pukul 10 pagi tadi menjadi gamat dengan adegan baling kerusi dan tumbukmenumbuk di dalam dewan Kelab Golf Taman Tuanku Ja'afar.

Keadaan menjadi kecoh selepas kira-kira 20 minit mesyuarat dimulakan apabila salah seorang ahli Umno cawangan bahagian itu enggan balik ke tempat duduk walaupun diarahkan oleh Timbalan Pengerusi Tetap bahagian Othman Senara.

KETUA Cawangan UMNO Sikamat Datuk Md. Yusop Harmain Shah bersetuju dengan Timbalan Pengerusi Tetap menanguhkan Persidangan tersebut apabila keaadaan tidak dapat dikawal sehingga ada perwakilan bertumbuk, membaling kerusi dan mengeluarkan kata-kata kesat. - foto Utusan oleh ABD. RAZAK AID

Apabila seorang ahli jawatankuasa keselamatan cuba meminta lelaki itu duduk, beberapa orang penyokongnya bangun dan menimbulkan kekecohan yang berlarutan selama hampir setengah jam menyebabkan sebahagian daripada perwakilan yang datang melarikan diri.

Ketua Umno Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail kemudian mengeluarkan usul supaya mesyuarat itu ditangguh dan diserahkan perjalanannya kepada Majlis Tertinggi.

Naib Ketua Umno Bahagian Seremban, Mohd Nor Awang kemudian mengadakan sidang akhbar untuk kumpulan yang menimbulkan kekecohan itu selepas melakukan demontrasi di hadapan dewan dengan membawa sepanduk mengutuk Ishak.

Katanya, kumpulan yang menimbulkan kekecohan itu cuma mahu melahirkan rasa tidak puas hati kerana cawangan-cawangan mereka belum lagi bermesyuarat.

"Ishak dengan sewenang-wenangnya menggunakan kuasa untuk mengadakan mesyuarat bahagian walaupun Majlis Tertinggi mahukan semua mesyuarat cawangan diselesaikan dahulu, baru boleh mesyuarat bahagian dibuat," katanya.

RAHIM ELAK WARTAWAN

Pengerusi Jawatankuasa Pemantau Umno Bahagian Seremban yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Rahim Thamby Chik hadir pada mesyuarat itu, tetapi beliau enggan menemui pemberita.

Kelmarin, Mohd. Nor yang telah didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban pada 2 September lepas atas dua tuduhan memberi rasuah kepada perwakilan, telah melakukan demontrasi di hadapan Wisma Umno Negeri Sembilan.

Beliau yang sepatutnya mencabar Ishak gagal bertanding jawatan Ketua Umno Bahagian Seremban selepas Majlis Tertinggi kelmarin membuat pengumuman bahawa beliau tidak layak bertanding jawatan itu kerana masih dalam pertuduhan rasuah.

Ini bukan kali pertama kekecohan disaksikan ketika persidangan perwakilan di peringkat bahagian.

Pada 17 Oktober lalu, Persidangan Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Rantau Panjang kecoh apabila sekumpulan individu bertindak agresif dengan menjerit dan melaungkan rasa tidak puas hati bagi membantah jumlah perwakilan yang didakwa tidak sah.

ULASAN MB

Dalam pada itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, insiden pergaduhan pada persidangan perwakilan Umno Bahagian Seremban pagi ini tidak sepatutnya berlaku.

Sambil melahirkan rasa sedih dengan kejadian itu, Mohamad, yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan, berkata beliau akan meneliti laporan penuh insiden itu daripada jawatankuasa pemantau.

"Setakat ini, saya sedang menunggu laporan jawatankuasa pemantau," katanya kepada pemberita ketika mengulas kejadian iu.



Iklan Istimewa


http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Isu mansuh ISA: Umno beri Zaid surat tunjuk sebab

PETALING JAYA: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim telah diberikan surat tunjuk sebab atas tindakan beliau mengeluarkan surat terbuka kepada Perdana Menteri dan mengadakan pertemuan dengan pembangkang berhubung syor supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan.

Perkara tersebut didedahkan pada satu sidang media di sini sebentar tadi.

Zaid berundur daripada Kabinet September lalu sebagai protes terhadap penahanan seorang wartawan, Ahli Parlimen dan penulis blog di bawah ISA.

Minggu lalu, Zaid berkata, surat perletakan jawatan Senator juga telah diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi beberapa minggu selepas berundur dari Kabinet.

Tindak-tanduk politik Zaid menimbulkan rasa kecewa banyak pemimpin Umno apabila beliau dilihat senada dengan pendekatan politik parti pembangkang terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ditunjangi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Zaid, bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bahru, telah mengeluarkan surat terbuka kepada Datuk Seri Abdullah Ahmmad Badawi meminta beliau agar memasuhkan ISA.

Malah baru-baru ini kenyataan Zaid yang menyentuh konsep ketuanan Melayu juga menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pemimpin Umno.

Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Mahkamah tolak pinda tuduhan hasutan terhadap Raja Petra

PETALING JAYA Mahkamah Sesyen di sini hari ini menolak permohonan pendakwa raya untuk meminda tuduhan hasutan yang dikenakan ke atas pengendali Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin.

Pendakwa raya memohon untuk memasukakn alamat laman web dan tajuk artikel yang didakwa berunsur hasutan dalam lampiran tuduhan yang dikenakan.

Hakim menolak permohonan selepas pasukan pembela membantah.

Pada 10 Oktober lalu, pihak pendakwaan memohon masa untuk mengkaji semula kertas pertuduhan terhadap Raja Petra yang dituduh menerbitkan artikel menghasut dalam sebuah laman web pada perbicaraan hari keempat kes itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusof membuat permohonan itu ekoran pertikaian berhubung lampiran yang didakwa oleh pihak pembelaan sebagai tidak asli.

Peguam Gobind Singh Deo membangkitkan perkara itu dengan menyatakan, lampiran 'A' yang disertakan bersama-sama dengan kertas pertuduhan adalah tidak sama dengan artikel asli yang diterbitkan oleh anak guamnya pada 25 April lalu.

Selain tidak mempunyai judul "Let's Send The Altantuya Murderes to Hell", isi kandungan lampiran itu didakwa pembelaan telah ditaip semula dan gambar Raja Petra dilampiran juga didakwa adalah hasil salinan semula ("cut and paste").

Sehubungan dengan pertikaian itu, Ishak memohon pihaknya diberi masa untuk meneliti dan mempertimbangkan semula kertas pertuduhan.

Terdahulu, pertuduhan ke atas Raja Petra menyebut, penulis blog itu didakwa telah menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman web Malaysia Today yang mempunyai alamat web http://www.malaysia-today.net iaitu satu artikel bertajuk "Let's Send The Altantuya Murderes to Hell" seperti di Lampiran'.'A" yang mengandungi ayat-ayat menghasut seperti yang digariskan.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu pada 25 April lalu dalam sebuah rumah di alamat No; 5, Jalan BRP 5/5, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh.

Kesalahan didakwa di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum bawah Seksyen 4 (1) akta itu di mana hukuman memperuntukkan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya. Raja Petra, 58, dibicarakan selepas mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu.

Pada Jumaat lalu, Raja Petra, 58, telah dibebaskan daripada tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Alasan penahanan Raja Petra di bawah ISA antara lain menyebut, beliau sejak 16 Januari lepas sehingga ditangkap pada 12 September lepas melalui Malaysia Today yang dimiliki dan dikendalikan beliau telah bertindak secara sedar, sengaja dan tidak bertanggungjawab menyiarkan artikelartikel tulisannya dan komen pembaca yang mempersenda dan menghina orang Islam, kesucian agama Islam serta peribadi Nabi Muhammmad s.a.w yang telah membangkitkan kegelisahan dan kemarahan masyarakat Islam di negara ini.


Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Harga minyak turun-harga barang turun, PAS akan pastikan

KUALA TERENGGANU, 9 Nov (Hrkh) - Kerajaan Pusat tidak serius menangani masalah kenaikan harga barangan yang dihadapi oleh rakyat, meski pun harga minyak dunia mulai turun.

Justeru itu, PAS akan memastikan kerajaan akan mengambil tindakan proaktif bagi meringankan beban rakyat akibat kenaikan tersebut.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali berkata penurunan harga minyak yang diumumkan oleh Perdana Menteri dan kerajaan terlalu kecil dan tidak sepadan dengan penurunan harga minyak dunia hari ini.

"Saya lihat kerajaan tidak serius tangani masalah kenaikan harga barang meski pun harga minyak dunia sudah turun dengan banyak dan kerajaan perlulah proaktif.

"Rakyat amat terasa terbeban dengan kenaikan itu walau pun Pak Lah (Perdana Menteri) telah turunkan harga minyak tetapi tidak padan dengan masa minyak dikenaikan," ujarnya yang dipetik oleh Buletin Online.

Menurut Mustafa, dengan penurunan harga minyak dunia hari ini kerajaan sepatutnya dapat menurunkan harga minyak negara lebih banyak lagi.

Katanya, kerajaan juga perlu bijak menangani krisis ekonomi terutama berkaitan harga minyak agar tidak membebankan rakyat.

"Kita (PAS) mahu pastikan kerajaan dapat turunkan harga barangan selari dengan penurunan minyak.

"Kerajaan perlu hati-hati membuat jangkaan berhubung dengan harga minyak dan tidak menaikkan harga minyak secara mendadak kerana 'takut' (bimbang) nanti dikatakan tidak pandai meramal,"ujarnya.

Menurutnya, kerajaan perlu mengambil pengajaran dan pengalaman daripada apa yang berlaku sebelum ini akibat tidak membuat jangkaan tepat terhadap kenaikan harga petrol dan diesel pada April 2008 lalu.

Kesannya, kata beliau rakyat terpaksa menanggung beban kenaikan harga barang dalam tempoh yang lama.

Oleh itu, katanya kerajaan pusat juga perlu serius dalam menangani masalah kenaikan harga barang dan krisis ekonomi.

Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 4 November 2008 lalu telah mengumumkan penurunan harga petrol dan diesel sebanyak 15 sen seliter.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising