Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Thursday, November 6, 2008

BTN Dakyah Umno

KUALA LUMPUR, 6 Nov (MPO2) - Parlimen hari ini menyentuh soal perlunya Biro Tata Negara (BTN) dibedah dan dikaji semula, modul dan kurikulum yang digunapakai kerana BTN selama ini di peralatkan parti pemerintah untuk kempen memburuk-burukkan pemimpin pembangkang dan kerajaan Pakatan Rakyat (PR).

BTN didakwa digunakan untuk meniupkan sentimen sempit perkauman dengan memberi gambaran kepada peserta-pesertanya bahawa seolah-olah ketuanan Melayu semakin terhakis dalam semua aspek termasuk politik dan ekonomi.

Ada ahli parlimen pembangkang menjelaskan bahawa terdapat anak mereka balik ke rumah menangis mempercayai apa yang didakwa oleh penceramah dalam progran BTN mengenai dakyah itu.

Ahli-ahli parlimen pembangkang akan membuktikan fakta sekiranya kerajaan mencabar untuk buktikan dakyah perkauman disebarkan pihak BTN.

Ahli Parlimen kawasan Ipoh Timur, Encik Lem Kit Siang melahirkan rasa dukacita dengan aktiviti BTN itu kerana membentuk bakal-bakal kepimpinan negara dengan suatu propaganda jahat Umno untuk memecahbelahkan rakyat berbilang kaum dengan sogokan semangat perkauman sempit tersebut.

Antara propapaganda yang dijelaskan ialah orang Melayu tersisih dari ekonomi, bangsa China dan India monopoli ekonomi negara.

Nama-nama pemimpin-pemimpin pembangkang disebut dan peserta BTN dihasut mengiayakan bahawa pemimpin terbabit sebagai pengkhianat negara.

Justeru, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Encik Salahuddin Ayub mencadangkan agar kurikulum dan modul BTN dikaji semula supaya ia bersesuaian dengan semangat Malaysia sebagais ebuah negara berbilang kaum.

Penulis melihat BTN memang diperalatkan oleh Umno sebagai teras politik kerajaan hari ini untuk meniupkan semangat perkauman Melayu secara tersembunyi agar orang Melayu tetap melihat Umno sebagai pejuang Melayu tulin bukan parti-parti lain.

Ahli-ahli Parlimen pembangkang menegaskan tidak sepatutnya BTN diperalatkan begitu rupa untuk kepentingan Umno kerana peruntukan besar diberikan kepada biro tersebut iaitu lebih RM70 juta dalam bajet 2009 perlu dimanfaatkan untuk kepentingan perpaduan rakyat berbilang kaum bukan meniupkan sentimen perkauman sempit.

Jika BTN gagal berperanan untuk menjaga kedamaian hidup antara kaum, penulis mencadangkan ia dibubarkan sahaja supaya wang lebih RM70 juta itu dapat dimanfaatkan untuk program lain bagi kesejahteraan rakyat.

Dewan Rakyat hari ini juga menyentuh soal perlunya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansukhkan dan digantikan dengan akta lain yang lebih bersifat menegakkan keadilan dengan memberi hak yang dituduh untuk membela diri dan dibicarakan di mahkamah terbuka negara.

Ini kerana setiap individu perlu diberi peluang untuk dibuktikan sama ada bersalah atau sebaliknya di mahkamah sehingga pesalah dibuktikan kesalahannya dengan seadil-adilnya mengikut undang-undang bukan dikurung tanpa bicara di bawah akta zalim itu.

Encik Salahuddin yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, bersedia dan bersikap terbuka untuk berbincang dan mengemukakan cadangan alternatif kepada akta tersebut selagi kerajaan Pusat bersedia memansukhkan akta berkenaan.

Kesediaan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu menampakkan keseriusan PAS untuk menyelesaiakan permasalahan keadilan di kalangan rakyat.

PAS tidak mahu melihat undang-undang tidak bertamaddun itu terus bertapak kemas dalam pentadbiran dan sistem undang-undang negara di zaman semua pihak menuntut perubahan berlaku di mana-mana termasuk di Amerika Syarikat sendiri.

Akta ISA jelas bertentangan dengan roh undang-undang untuk perlihatkan keadilan itu dinikmati oeh semua lapisan mesyarakat.

Persoalannya ialah Barisan Nasional (BN) masih mempertahankan ISA yang disifatkan kononyan sebagai satu akta yang boleh menjaga keselamatan negara dari ancaman anasir yang tidak diingini.

Yang jelas pembangkang menyifatkan akta itu tidak berperikemanusiaan kerana pratikalitinya anti perbicaraan dan boleh di 'abuse of power' (salahgunakuasa) oleh kementerian berkenaan bagi mempastikan Umno terus utuh walaupun umum melihat parti itu tidak 'gentleman' apabila berdepan dengan permasalahan rakyat.

Setakat ini Ahli Parlimen Kerajaan tidak akan bersedia untuk berdepan dengan keluarga mangsa ISA kerana mereka takut melihat kesengsaraan yang ditanggung akibat kejahatan akta terbabit.

Mereka juga sudah tentu takut dimarahi oleh keluarga mangsa kerana Umno menjadi punca kenapa ketua keluarga masing-masing ditahan di bawah ISA.




Iklan Istimewa


http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Masalah Giant-MB T'ganu kekal misteri

KEMAMAN, 6 Nov (MPO2) - Status sama ada Giant berjaya beroperasi di Kerteh terus menjadi tanda tanya apabila Menteri besar Terengganu memanjangkan lagi teka-teki masalah kelewatan pembukaan pasar raya besar itu selepas mesyuarat exco kerajaan negeri semalam.

Datuk Ahmad Said tidak menghuraikan dengan jelas isu tersebut, malah menggesa media mendapatkan maklum balas daripada pegawai tinggi GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd sebelum beliau sendiri memberikan ulasan lanjut.

Malaysiakini minggu lepas mendedahkan Giant gagal beroperasi di Mesra Mall lebih sebulan akibat gagal mendapatkan kelulusan daripada Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), didakwa akibat campur tangan Ahmad.

Sumber-sumber pasar raya itu dan MPK memberitahu, ia bercadang membuka premis barunya itu di Jalan Kemaman-Dungun sejak 24 September tetapi gagal mendapat lesen.

giant hypermarket and mesra mall terengganu 281008 buildingRangkaian pasar raya milik GCH Retail (Malaysia), yang berusia 60 tahun, difahamkan ingin dibuka selewat-lewatnya 15 Oktober tetapi hingga sekarang tidak jelas kenapa belum menjalankan perniagaan.

Sumber di pihak berkuasa tempatan itu berkata, masalah lesen Giant itu "berkaitan dengan Datuk Ahmad", yang juga wakil rakyat Kijal.

Usaha Malaysiakini banyak kali sejak Selasa minggu lepas gagal mendapatkan reaksi menteri besar berkenaan.

Bercakap kepada akhbar Sinar Harian selepas pulang dari luar negara Khamis lepas, Ahmad dilaporkan bersedia memberi penjelasan mengenai perkara itu ketika bertemu media selepas mesyuarat mingguan exco tadi.

Dalam sidang media hari ini, difahamkan Ahmad menyatakan Giant "tidak boleh buka dulu, baru buat permohonan."

Beliau juga mengakui pernah berunding dengan pegawai tinggi pasar raya besar sebelum ini.

Sumber di Giant sebelumnya bagaimanapun mendakwa ia telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan untuk menjalankan operasinya termasuk mendapat pengiktirafan keselamatan daripada jabatan bomba dan mengikuti garis panduan pengubahsuaian bangunan MPK.

Mesra Mall, yang dibangunkan oleh KLCC (Holdings) Sdn Bhd di atas tanah seluas 12 hektar dan diurus oleh Suria KLCC Sdn Bhd, telah dirasmikan oleh exco pembangunan luar bandar, usahawan dan koperasi Datuk Mohamed Awang Tera pada 10 Oktober lepas.

Difahamkan Giant merupakan penyewa utama kompleks membeli-belah yang diberikan jolokan "mutiara timur anda."

Menurut pelan lantai Mesra Mall, Giant ditempatkan di penghujung kanan dan kiri bahagian depan kompleks itu.

Iklan Istimewa


http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising