Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Tuesday, November 4, 2008

Bapa Altantuya gesa AG fail rayuan

KUALA LUMPUR, 4 NOV (MPO2) - Bapa Altantuya Shaariibuu, Dr Shaariibuu Setev, telah menghantar surat kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menggesa beliau mengemukakan rayuan terhadap pembebasan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda.

Karpal Singh yang merupakan peguam pemerhati bagi keluarga wanita Mongolia itu, berkata beliau menyerahkan surat itu bagi pihak Dr Shaariibuu, kepada Abdul Gani tengah semalam.

Katanya beliau turut menghantar surat itu melalui faksimili ke Pejabat Peguam Negara Jumaat lalu.

Mengikut undang-undang, pendakwaan diberi tempoh 14 hari untuk mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan. Tempoh itu tamat 17 November, lapor Bernama.

Abdul Razak, 48, dibebaskan tanpa dipanggil membela diri terhadap pertuduhan bersubahat dalam pembunuhan Altantuya oleh Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yasin pada Jumaat lalu.

Abdul Razak, pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia, dituduh bersubahat dengan dua anggota polis daripada Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Insp Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, dalam pembunuhan Altantuya di Wilayah Persekutuan antara jam 9.54 pagi 18 Oktober 2006 dan 9.45 malam
keesokannya.

Azilah, dan Sirul Azhar diperintah membela diri terhadap pertuduhan membunuh ibu dua anak lelaki yang berumur 28 tahun itu di Mukim Bukit Raja, Selangor, antara jam 10 malam 19 Okt 2006, dan 1 pagi keesokannya. Mereka menghadapi hukuman mati jika sabit kesalahan.

Semasa memutuskan pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadap Abdul Razak, mahkamah menerima afidavit Abdul Razak yang mengandungi kenyataan pembuktian tidak bersalah yang menurut mahkamah telah menyangkal dan membatalkan
tuduhan bersubahat yang dihadapinya.

‘Boleh direman'

shaariibuu setev altantuya mongol 150607 relaxedSementara itu, dalam surat tersebut, Karpal Singh berkata, Shaariibuu (foto) dan Setiausaha Kedua Kedutaan Mongolia di Thailand, Siizkhuu Sainbileg, bertemu dengannya tengah hari keputusan itu disampaikan, memintanya menulis surat kepada Abdul Gani memintanya memfailkan rayuan.

"Kami berpendapat wujud kes prima facie terhadap Abdul Razak Baginda dan beliau patut diperintah membela diri.

"Oleh kerana kes perbicaraan ini telah menarik perhatian antarabangsa dan dalam negara, kami amat berbesar hati jika notis rayuan difailkan secepat mungkin," katanya dalam surat itu.

Sementara itu, Karpal berkata, Abdul Razak menghadapi kemungkinan ditahan semula dan direman sementara menunggu keputusan sekiranya pendakwaan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap pembebasannya.

Katanya, pendakwaan boleh membuat permohonan itu mengikut Seksyen 56A Akta Mahkamah Kehakiman 1964 untuk menghalang Abdul Razak daripada melarikan diri.

Katanya peruntukan itu membenarkan pendakwaan memohon kepada Mahkamah Rayuan untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Abdul Razak dan meremannya sementara menunggu keputusan rayuan itu.

Seksyen itu juga membenarkan pendakwaan mengemukakan permohonan untuk membebaskan Abdul Razak dengan ikat jamin sementara menunggu keputusan rayuan itu, katanya.

Iklan Istimewa


http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Suruhanjaya Diraja perlu ditubuhkan siasat pembelian helicopter Eurocopter

KUALA LUMPUR, 4 NOV (MPO2) - Kerajaan perlu telus dengan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat pembelian helicopter Eurocopter sebagaimana disarankan beberapa ahli parlimen pembangkang di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Ia bertujuan bagi mempastikan semua prosedur pembelian berjalan dengan betul dan tiada unsur-unsur penyelewengan berlaku.

Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang pernah menggesa kerajaan berbuat demikian di Persidangan dewan itu.

Bagaimanapun Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) mendapati tidak berlaku sebarang penyelewengan dalam urusan pembelian helicopter Eurocopter yang telah digantung, kata Pengerusinya, Datuk Azmi Khalid semalam.

Beliau memberitahu pemberita di Parlimen bahawa mesyuarat PAC mendapati tidak berlaku sebarang penyelewengan prosedur dalam proses tender pembelian Eurocopter.

PAC memandang berat pemeriksaan fizikal tidak dilakukan ke atas 12 helikopter Eurocopter yang hendak dibeli oleh kerajaan itu.

Azmi juga berkata, jawatankuasa itu mahu kerajaan lebih telus pada masa hadapan, dan menyarankan supaya panel semakan bebas ditubuhkan untuk pembelian-pembelian yang membabitkan perbelanjaan yang besar.

Menurutnya, PAC akan terus memantau urusan pembelian Eurocopter.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising