Menteri di Jabatan Perdana, T Murugiah memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa Chin telah menyerahkan surat peletakan jawatannya, yang bertarikh 16 Julai, kepada Yang di-Pertuan Agong.
"Beliau akan meletakkan jawatan pada 1 Disember 2008. Pada masa ini, beliau sedang bercuti sejak 1 Ogos lalu sehingga 30 November depan," katanya.Murugiah menjawab soalan Datuk Mukhriz Mahathir (BN-Jerlun) sekiranya sebarang tindakan akan diambil terhadap hakim berkenaan kerana mendakwa berlaku campurtangan kerajaan dalam bidang kehakiman.
Soalan yang sama juga dikemukakan oleh Tian Chua (PKR-Batu).
Murugiah berkata, memandangkan Chin telah menyerahkan surat peletakan jawatannya, maka tidak perlu sebarang tindakan diambil terhadap Mahkamah Tinggi Sarawak itu.
Iklan Istimewa
http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

"Mereka ini mempunyai hubungan rapat dengan menantu Abdullah dan tingkat empat, bahkan mereka adalah daripada kumpulan yang sama," katanya.




