Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, October 27, 2008

Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud tidak ikut spesifikasi?


Cita-cita untuk membuktikan tidak ada pembangunan yang tidak pernah dilihat sebelum ini di Terengganu menurut kehendak bekas Menteri Besarnya, Datuk Seri Idris Jusoh mungkin sudah menjadi kenyataan bukan berbentuk positif tetapi sebaliknya.

Ini termasuk Pembangunan Taman Tamaddun Islam (TTI) di Pulau Wan Man, Pulau Duyong dan terbaru Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud Kuala Terengganu.

Pualu Wan Man dan Pulau Duyong menjadi tapak perlaksanaan projek menghabiskan (membazir) duit rakyat untuk keuntungan kroni Perdana Menteri Datuk Seri Adullah Ahmad Badawi tidak kurang dari RM7 bilion sejak empat tahun lalu.

Projek pembesaran lapangan terbang Sultan Mahmud sekaligus untuk menaik taraf kepada lapangan terbang antarbangsa, satu lagi projek dikatakan bermasalah dari segi struktur dan spesifikasinya.

Menurut satu sumber difahamkan ia dikendalikan oleh sebuah jabatan kerajaan di peringkat pusat kerana projek berkenaan di bawah kerajaan pusat.

Ia dikatakan tidak mengikut speksifikasi sebuah lapagan terbang antarabangsa dan pembinaannya didakwa hanya sekadar untuk kelihatan cantik semata-mata.

Dipercayai struktur bumbung bermasalah apabila didakwa ia sentiasa bocor ketika hujan lebat. Manakala struktur tiang yang besar dan terlalu banyak tidak memenuhi spesifikasi sebagai sebuah lapangan terbang.

Sistem pengurusannya juga dikatakan masih tidak teratur, tidak menggambarkan sebuah lapangan terbang bertaraf antarabangsa.

Ia dipercayai sebuah lapangan terbang yang tidak efektif untuk menarik pelancong ke dalam negeri dan membawa penumpang domestik ke luar negara kerana tidak ramai yang ingin menjadikan lapangan terbang Sultan Mahmud sebagai 'platform' kemudahan perhubungan perniagaan ke luar negara.

Cuma aktiviti pengangkutan jamaah haji dari lapangan terbang itu ke Jedah boleh dikatakan sebagai satu percubaan Tabung Haji untuk melihat sejauh mana keberkesanan dan positifnya penggunaan lapangan terbang itu bagi tujuan tersebut mulai tahun hadapan.

Untuk menarik pelaburan dalam dan luar negara, faktor strategik perniagaan semua diambil kira. Ramai yang bertanya apa strategik dan keuntungan yang boleh diperolehi berniaga di negeri Terengganu?

"Ada Expo Perdagangan Bertaraf Antarabangsa seperti Expo Di China ke?," soal Haji Solehan Ismail (bukan nama sebenar), seorang peniaga tempatan yang sempat ditemui di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Kos penerbangan ke luar negara mesti diambil kira. Apakah ada syarikat penerbangan yang sanggup menanggung kerugian kerana kos 'over head' penerbangan lebih tinggi dari pulangan hasil penerbangan ke luar negara melalui lapangan terbang tersebut?

Apakah berbaloi sekadar dua atau tiga orang menggunakan kapal terbang di lapangan terbang itu untuk keluar negara sedangkan kos mengisi minyak sahaja dipercayai berjumlah beribu-ribu ringgit untuk satu-satu penerbangan.

Apakah keistimewaan negeri Terengganu untuk mendorong pedagang antarabangsa melabur wang mereka di negeri itu? Apakah Monsoon Cup yang diadakan setiap tahun di musim tengkujuh boleh menarik beribu-ribu pelancong untuk melihat pertandingan perahu layar yang diumpamakan seperti bermain perahu dalam kolam tanpa ada sebarang cabaran itu?

Apakah ada Kilang-kilang besar untuk kereta mewah seperti kereta berjenama Mercedes Benz sebagai satu-satunya kilang untuk Asia Tenggara, tidak ada kilang seumpama itu melainkan ada di Terengganu sahaja?

"Apa jenis perniagaan yang menjadi di negeri Terengganu sehingga pelabur sanggup datang ke negeri ini untuk berbuat demikian," soal peniaga itu lagi.

Jika tidak ada sebarang perniagaan yang bertaraf antarabangsa boleh diketengahkan dari negeri Terengganu, apa relevannya dibina lapangan terbang bertaraf antarabangsa di negeri tersebut?

Ia akan menjadi projek gajah putih, hanya sekadar untuk memberi kerja kontrak kepada syarikat-syarikat yang masih berkepit di celah ketiak Umno dan pemimpinnya.

Sama ada ia bertepatan dengan piawaian sebuah lapangan terbang antarabangsa atau tidak bukan satu perkiraan yang diberi keutamaan. Yang penting ialah projek masuk ke Terengganu tidak kira bagaimana atau apakah ia dilaksanakan mengikut spekfikasi sepatutnya, ia tidak lagi diambil kira.

Justeru, sekian banyak projek mega kerajaan Barisan Nasional (BN), ia tidak memberi impak besar untuk kebaikan rakyat tetapi ia sekadar untuk penyedap kempen parti itu dalam mana-mana pilihan raya semata-mata.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising