Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, October 25, 2008

RM7 bilion habis bukan untuk kerajaan Terengganu

KUALA TERENGGANU, 25 Okt (MPO2) - Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh didakwa antara orang yang bertanggungjawab mengakibatkan kira-kira lebih RM7 bilion wang sepatutnya dibelanjakan untuk rakyat negeri Terengganu disalahgunakan untuk projek mewah termasuk Taman Tamaddun Islam (TTI) dan Monsoon cup.

Difahamkan perbelanjaan tersebut menyebabkan Kerajaan Terengganu kekeringan wang untuk dibelanjakan bagi kepentingan negeri tersebut sehingga hari ini.

Berikutan itu Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam, Haji Mohd. Abdul Wahid Endut mendakwa bekas menteri besar itu sebagai pengkhianat kepada rakyat dan negeri Terengganu.

Beliau membuat dakwaan itu ketika berucap di Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu baru-baru ini. Idris yang juga Adun Jerteh dikatakan tidak mencelah untuk menafikan dakwaan Haji Mohd. Abdul Wahid dalam persidangan tersebut.

Difahamkan juga pegawai-pegawai kerajaan negeri Terengganu terpaksa berulang alik ke Putrajaya bagi membincangkan urusan kewangan negeri Terenganu.

Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menyerahkan wang royalti petroleum dan gas kepada kerajaan negeri itu dalam bulan September lalu tetapi sehingga hari ini wang tersebut belum diserahkan secara rasmi.

Haji Mohd. Abdul Wahid yang juga Bendahari Perhubungan PAS Terengganu ketika berucap di satu majlis ceramah di Kuala Terengganu baru-baru ini mendakwa, Idris antara pemimpin Umno Terengganu yang bertanggungjawab mengeringkan kantong kerajaan negeri untuk projek pusat.

"Wang kerajaan negeri digunakan untuk projek pusat ketika Idris memerintah Terengganu. Ini suatu penggunaan wang yang tidak betul. Rakyat tidak dapat manfaat sepatutnya dari projek berkenaan," jelasnya.

Bagaimanapun beliau merasa hairan kenapa rakyat Terengganu tidak terkesan dengan tidakan Idris itu sehingga mereka terus memilih Barisan Nasional (BN) memerintah Terengganu dalam pilihan raya umum ke 12 yang lalu ketika negeri-negeri pantai Barat menolak parti itu sebagai kerajaan.

Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty



Lim: Penjelasan Chamil tidak boleh diterima...

Penjelasan penulis cerpen 'Politik Baru YB J', Datuk Chamil Wariya tidak boleh diterima kerana terdapat sekurang-kurang lima persamaan antara ahli Parlimen Teresa Kok dengan watak wakil rakyat Josephine dalam cerpen tersebut, kata pemimpin kanan DAP, Lim Kit Siang.

Isnin lalu, Chamil yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Insitut Akhbar Malaysia (MPI) menjelaskan bahawa cerpen beliau dalam Utusan Malaysia awal minggu lalu itu adalah "rekaan dan tidak ada kena mengena dengan Teresa".

politik baru yb j newscut 241008Bercakap dalam sebuah forum khas yang membincangkan cerpen kontoversi itu, Lim yang juga ahli Parlimen Ipoh Timur, menyifatkan menyifatkan karya tersebut sebagai "kewartawanan yang mencetuskan kebencian".

"Ini kali pertama, (ada) contoh serius kewartawanan yang mencetuskan kebencian. Kebebasan media tidak boleh menjadi kewartawanan yang mencetuskan kebencian," katanya dalam sebuah forum tentang kebebasan media anjuran parti itu di ibukota malam tadi.

Pandangan yang hampir sama turut disokong seorang lagi ahli panel, penulis blog terkenal Haris Ibrahim.

"Daripada semakan segera saya, terdapat sekurang-kurangnya lima persamaan dengan Teresa," katanya.

Menurut beliau, kebebasan media mestilah tidak menggunakan "bahasa kebencian" kepada orang lain.

Dalam kes Teresa itu, tambahnya, wakil rakyat itu mestilah diberikan hak menjawab di penerbitan yang sama atau penerbitan lain yang mencapai pembacanya.

Katanya, walaupun terdapat media lain di Internet yang memberi ruang kepada Teresa, namun "ia tidak sampai pembaca Utusan Malaysia".

Jangan rosak reputasi

Ketua Editor Roket - akhbar rasmi DAP - Wan Hamidi Hamid pula berkata, pertikaian dalam kes "rumit" itu pada babak akhirnya sahaja.

"Jika pengakhirannya tiada kena mengena dengan pembunuhan, saya sendiri akan cadangkan Teresa jangan saman beliau (Chamil)," jelasnya.

"Di seluruh dunia, kebebasan akhbar tidak bermakna hak untuk memasukkan kebencian dan keganasan," tambahnya.

Babak akhir 'Politik baru YB J' memuatkan babak seorang anak muda membunuh wakil rakyat Alam Maya, Josephine.

Wan Hamidi yang berpengalaman 20 tahun berkhidmat di akhbar arus perdana, menolak tanggapan bahawa tidak adil menyalahkan Utusan Malaysia kerana akhbar organ pembangkang seperti Roket dan akhbar rasmi PKR, Suara Keadilan juga membuat tuduhan tidak berasas.

"Kamu tidak boleh bandingkan epal dan oren. Akhbar-akhbar dikeluarkan dua kali seminggu dan untuk ahli sahaja; atau kerajaan patut bagi lesen supaya kita boleh jadikannya sebuah akhbar arus perdana," katanya.

Teresa yang turut menjadi ahli panel dalam forum kira-kira dua jam itu berkata, media tidak patut menyiarkan sesuatu yang boleh merosakkan reputasi seseorang.

"Mereka mungkin terlepas pandang sesuatu. Tetapi mereka mesti mengesahkannya.

"Itu patut berlaku. Sebab kita boleh lihat kadang-kadang permintaan maaf dibuat. Itu tanggungjawab," katanya.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan pensyarah Universiti Malaya (UM), Dr Azmi Sharom turut menjadi ahli panel dalam program anjuran DAP itu. (Malaysiakini)

Iklan Istimewa


http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Syed Hamid: Utusan 'telah diberi amaran'

S Pathmawathy, Malaysiakini

Utusan Malaysia telah "diberi amaran" oleh kerajaan berhubung beberapa artikel kontroversi yang disiarkan dalam akhbar milik Umno itu, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Syed Hamid Albar.

syed hamid interview 05  221008Beliau bagaimanapun, tidak menjelaskan lebih lanjut mengenainya, apabila ditanya mengapa tindakan diambil terhadap beberapa akhbar, tetapi tidak terhadap Utusan.

Akhbar tersebut menjadi sasaran kritikan hebat kerana menyiarkan satu cerpen mengenai pembunuhan seorang ahli politik yang didakwa oleh DAP dimaksudkankepada ahli parlimennya, Teresa Kok.

Syed Hamid juga berkata, polis juga sedang menyiasat bekas ketua Umno bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail atas dakwaan hasutan dan tindakan akan diambil terhadapnya tidak lama lagi.

Sekali lagi, beliau tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai siasatan yang dijalankan terhadap Ahmad, dengan menyatakan biarlah pihak polis menjalankan tugas mereka.

Menteri Dalam Negeri itu mempertahankan tindakan polis mengendalikan kontroversi tersebut yang tercetus apabila Ahmad didakwa membuat kenyataan berunsur perkauman terhadap masyarakat Cina sewaktu kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh, Ogos lalu.

Selepas bantahan umum, Ahmad telah digantung dari Umno untuk tempoh tiga tahun September lalu.

"Umno telah mengambil tindakan terhadap Ahmad dan sekarang beliau sedang disiasat di bawah Akta Hasutan," kata Syed Hamid dalam wawancara dengan Malaysiakini di pejabatnya di Putrajaya Selasa lalu.

isa 3 teresa raja petra tan hoon chengBeliau menjawab soalan mengapa tindakan tidak diambil terhadap Ahmad sedangkan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana melaporkan kenyatan Ahmad itu.

"Jangan tanya kenapa orang ini tidak ditahan dan kenapa orang itu ditahan. Dalam hal ini, pihak polis mempunyai alasan mereka sendiri...," kata Syed Hamid.

Tan ditahan pada 12 September lalu dan dibebaskan kurang daripada 24 jam kemudiannya.

Pada masa itu, Syed Hamid dilaporkan berkata, Tan ditahan demi keselamatan dirinya dan untuk menjaga ketenteraman awam.

Bagaimanapun, kata menteri itu, kenyataannya mengenai alasan "demi keselamatan Tan", telah menjadi bahan ketawa banyak pihak.

Ditanya mengenainya, Syed Hami menyalahkan media kerana memperbesar-besarkan perkara tersebut.

"Saya rasa saya juga akan ketawa, tetapi saya mahu memberitahu anda bahawa itu bukanlah alasan utama (dia ditahan).

syed hamid albar exclusive interview larger pix 231008 03“Itulah alasan yang diperbesar-besarkan oleh pihak media. Jika anda dengar apa yang saya katakan - terdapat ugutan dan persepsi polis terhadap ugutan itu kepada ketenteraman awam, kepada keselamatan.

"Mungkin mereka mahu menahannya untuk memastikan tidak ada apa yang berlaku terhadapnya. Maksud saya ini bukanlah (satu-satunya) alasan - sudah tentu kamu sudah cukup matang untuk mengetahui bahawa ia bukanlah sebabnya.

"Orang seperti saya tidak akan menggunakan alasan yang tidak rasional (seperti ini) tetapi saya menjadi sasaran teruk dengan berkata 'Oh, ini adalah untuk keselamatan dirinya', sedangkan ia bukannya isu asas dan utama penahanannya," kata Syed Hamid mempertahankan dirinya.

Syed Hamid mengulangi bahawa penahanan Tan adalah untuk menjamin ketenteraman awam dan keselamatan.

"Keadaan menjadi tegang, kerana setiap orang bercakap tentang perkara itu dan ia menjadi isu yang begitu dipolitikkan dan polemik ini tidak produktif dan tidak memberikan kesan (terhadap situasi itu)," katanya.

Syed Hamid mengakhir wawancara tersebut dengan merayu kepada rakyat Malaysia supaya memahami tugas yang sukar sebagai menteri dalam negeri

"Saya menjadi sasaran kritikan, saya tidak perlukan simpati. Saya perlukan kefahamanan dari rakyat, itu saja," katanya.


Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising