Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Friday, October 24, 2008

50,000 pekerja kontrak k'jaan mungkin diberhenti

KUALA LUMPUR, 24 Okt (MPO2) - Kira-kira 50,000 kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak menghadapi kemungkinan besar ditamatkan perkhidmatan akhir tahun ini,
kata Presiden Cuepacs, Omar Osman.

Beliau berkata, pihaknya telah maklumkan oleh ramai kakitangan terbabit bahawa kontrak mereka tidak disambung.

Malaysiakini melaporkan, Omar sebagai berkata, penamatan kontrak mereka ditamatkan atas alasan prestasi dan produktiviti pekerja.

Ditanya sama ada ianya kerana kerajaan menghadapi kekangan kewangan, beliau
berkata, ia mungkin disebabkan tiada lagi peruntukan gaji untuk kakitangan awam kontrak.

Bagaimanapun, katanya, Cuepacs tidak boleh menerima alasan kekangan kewangan, kerana yakin kerajaan masih mampu mengekalkan perkhidmatan mereka.

Sehubungan itu, katanya, pihak Cuepacs akan menemui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perkara itu.

Bagaimanapun, tambah Omar, pihak akan menemui JPA selepas mengadakan kongres khas
Cuepacs di Kota Kinabalu pada 14 hingga 16 November depan.

Golongan ini merupakan kakitangan yang kontrak perkhidmatan mereka disambungkan dari setahun ke setahun.

"Cuepacs juga akan mengadakan perjumpaan dengan kakitangan kontrak di Kelantan
pada 6 November depan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya,"
katanya.

Selepas itu, kata Omar, perjumpaan yang sama akan diadakan dengan pekerja awam kontrak di negeri-negeri lain.

Sebelum itu, kata beliau, pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan JPA untuk
menyerapkan kakitangan awam kontrak menjadi kakitangan tetap.

Tetapi, kata Omar, ia perlu kebenaran dan kelulusan dari jabatan tempat mereka bekerja sekarang.

Cuepacs juga, katanya, telah mendapat tahu bahawa kakitangan kontrak yang belum
menerima surat ditamat perkhidmatan, telah ditukar status kepada
pekerja awam sambilan.

"Cuepacs merasakan ia adalah satu tindakan bagi memudahkan pihak jabatan menamatkan perkhidmatan mereka kemudiannya," katanya.

Pekerja kontrak yang diberhentikan itu, tambahnya, masing-masing telah lama berkhidmat antara lima hingga 15 tahun.

Bagi menyelesaikan masalah ini, Omar menegakan, Cuepacs mencadangkan supaya
mereka dikekalkan sebagai sebagai kontrak untuk selama-lamanya dan
tidak diserapkan sebagai kakitangan tetap.


Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Sasaran Pakatan: Masa belum sesuai atau masa emas sudah terlepas



ANALISIS: SELEPAS dua minggu Dewan Rakyat bersidang, semalam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sebelum ini lantang mendakwa Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan pusat menekankan bahawa masanya belum sesuai untuk berbuat demikian.

Dua minggu lalu ketika ditemui di Kota Bharu, Ketua Umum Pakatan Rakyat itu meminta penyokong-penyokongnya supaya bersabar, kemungkinan sasaran tersebut akan menjadi kenyataan sebelum sambutan Aidiladha ini.

Jika sebelum Parlimen bersidang kembali ramai menganggap Pakatan Rakyat akan merealisasikan matlamat tersebut ketika Dewan Rakyat mengadakan persidangannya, tumpuan kembali kepada Anwar apabila beliau mula membahaskan ucapan Bajet 2009 pada 13 Oktober lalu.

Ia merupakan ucapan pertama beliau sebagai Ketua Pembangkang, jawatan yang disandangnya selepas memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh 26 Ogos lalu.

Pada 13 dan 14 Oktober lalu Anwar berucap hampir enam jam. Ucapannya menyentuh banyak isu tetapi ramai melihat ia kurang menyengat, malah kurang menyentuh naluri kebanyakan pihak.

Semalam, ketika masih ramai penyokong meletakkan harapan menggunung tinggi pada Anwar dan pemerhati ingin melihat sejauh Anwar akan menggerakan caturan politik di Parlimen, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, sekarang bukan masa yang sesuai untuk membincangkan usaha pembangkang mengambil alih kerajaan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

"Cukuplah membincangkan perkara itu... kami sedang berusaha ke arah itu... Kami mahu ia menjadi satu kejutan," katanya.

Malah semalam beliau memberikan taklimat mengenai Saranan Pakatan Rakyat Untuk Belanjawan 2009 di Bangunan Parlimen.

Anwar mendakwa pihak kerajaan seolah-olah mempersendakan rancangan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kerajaan secara aman dan sah mengikut saluran perlembagaan yang betul.

Di sebalik perkembangan itu, beberapa penganalisis politik berpendapat isu-isu yang disuarakan oleh parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) lewat kebelakangan ini memberi kelebihan Anwar.

Prof. Madya Dr Admad Nidzammudin Sulaiman berpendapat Anwar akan mengeksploitasi isu-isu tersebut untuk memancing mereka menyertai Pakatan Rakyat dalam usaha merealisasikan usaha membentuk kerajaan perikatan pembangkang itu.

Jelasnya, parti seperti MCA mahu Akta Keselamatan Dalam Negeri dihapuskan manakala MIC mahu pemimpin Hindraf dibebaskan.

Kedua-dua itu, katanya, menunjukkan tiada kesepakatan dalam BN.

"Isu-isu sebegini memberi kelebihan Anwar kerana dia pasti akan cuba memujuk wakil-wakil rakyat BN ini untuk menyertai mereka dengan menjanjikan kesaksamaan dan keadilan dalam pentadbiran mereka kelak," kata beliau kepada mStar Online.

Ditanya adakah isu-isu berkenaan memberi kesan kepada Anwar dan Pakatan Rakyat, Ahmad berkata: "Sudah pasti ia memberi kesan secara tidak langsung. Apabila isu-isu tersebut diluahkan secara vokal ia jelas menunjukkan keretakan yang timbul akibat rasa tidak puas hati parti-parti komponen dalam BN."

Tambahnya, isu-isu tersebut menjadi faktor yang memberi kelebihan kepada Anwar dalam usahanya merealisasikan misi membentuk kerajaan Pakatan Rakyat.

"Anwar ibarat menangguk di air yang keruh. Peluang sebegini memang dinanti-nantikannya," katanya.

Pensyarah sains politik dari Universti Sains Malaysia, Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk juga berpendapat isu-isu yang diketengahkan oleh parti komponen BN akan menjadi duri dalam daging yang akan memusnahkan BN.

"Isu-isu tersebut menunjukkan BN tidak lagi mempunyai kesepakatan dalam menyelesaikan perbalahan sesama mereka," katanya.

Jelas beliau, perkara sebegitu akan memberi kelebihan kepada Anwar kerana memerlukan isu seperti itu untuk menutup kelemahannya selama ini.

Ditanya apa kelemahan yang dimaksudkan itu, Azeem berkata:

"Isu lompat parti dan bentuk kerajaan hanyalah gimik politik Anwar... jadi bila timbul isu ISA dan Hindraf, dia akan memanfaatkannya untuk menarik sokongan daripada parti komponen BN tersebut."

Menurutnya, Anwar sedang bermain perang saraf dengan penyokongnya dalam usaha meyakinkan pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat.

"Ini satu bentuk perang saraf yang dicipta Anwar untuk meyakinkan penyokongya tentang proses menukar kerajaan BN," katanya.

Tambah Azeem, isu-isu yang diketengahkan oleh parti-parti komponen BN memberi political milege kepada Anwar.

Tambahnya, keadaaan sedemikian menunjukkan kedudukan BN sudah rapuh kerana tiada lagi mampu mencapai kata sepakat dalam isu yang diketengahkan. "Di sini Anwar punya kelebihan dalam usaha merealisasikan kerajaan yang diperkatakannya selama ini," katanya.

Di sebalik perkembangan-perkembangan sejak 16 September lalu ramai juga sudah mula mempersoalkan sama ada Anwar benar-benar mempunyai angka dan jumlah sokongan.

Adakah Anwar mempunyai cukup bilangan untuk mengubah kedudukan di Parlimen.

Anwar dan Pakatan Rakyat mahu membantu kerajaan menyelamatkan ekonomi daripada kesan kemelesetan global. Anwar mempunyai peranan. Begitu juga Pakatan Rakyat yang sudah menguasai pemerintahan di lima kerajaan negeri.

Anwar dan Pakatan Rakyat perlu membuktikan kepimpinan di Parlimen dan di kelima-lima negeri berkenaan. Anwar dan Pakatan Rakyat mungkin sudah menyedari keperluan ini daripada membentuk kerajaan menerusi jalan belakang.

Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty


Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising