Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Wednesday, October 22, 2008

Rakyat Sarawak dan Sabah perlu desak ahli parlimen bentuk kerajaan baru

Sayang seribu kali sayang rakyat Sarawak dan Sabah masih menjadi rakyat terpinggir dari segi pembangunan walaupun 51 tahun Barisan Nasional (BN) memerintah Malaysia.

Ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak di sidang Dewan Rakyat hari ini (22 Oktober 2008), bertubi-tubi bangun menjelaskan pelbagai cadangan dan rasa tidak puashati pentadbiran terhadap kemajuan di kedua-dua negeri tersebut khususnya mengenai pendaftaran kad pengenalan dan surat beranak ketika membahas Ucapan Belanjawan 2009.

Persoalan tidak cukup kenderaan dan pegawai, sering ditimbulkan ahli-ahli parlimen dari kedua-dua negara tersebutbukan sahaja hari ini tetapi setiap penggal persidangan dewan itu.

Difahamkan ini kerana status kehidupan rakyat negeri-negeri berkenaan tidak ubah seperti kehidupan rakyat di Semenanjung dalam dalam era 1970-an walaupun sekarang tahun 2008.

Sayang seribu kali sayang rakyat Sabah dan Sarawak masih mundur di bawah BN sehingga banyak perkara penting seperti masalah pendaftaran kelahiran dan kad pengenalan akibat kekurangan kakitangan dan kemudahan infrastruktur termasuk jalan raya, elektrik, telefon, internet dan pengangkutan untuk kakitangan kerajaan bertugas, masih berlaku dengan berleluasa.

Ada ahli parlimen menyalahkan pegawai kerajaan kerana tidak melaksanakan tugas dengan betul. Dipercayai kakitangan kerajaan akan melaksanakan tugas dengan sempurna sekiranya kemudahan infrastruktur disediakan dengan sempurna.

Jelasnya, rakyat Sarawak dan Sabah tersisih dari pembangunan negara dalam ertikata sebenar. Ahli-ahli parlimen dari negeri-negeri tersebut tidak sepatutnya menyalahkan pegawai atau kakitangan kerajaan kerana mereka hanya mengikut arahan perkhidmatan sahaja.

Kerajaan Pusat perlu menyediakan peruntukan mencukupi antara lain kepada Kementerian Pembanguan Wilayah dan Pembangunan Luar Bandar dan kementerian tersebutantara lain perlu menunaikan tanggungjawab sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah yang 'basic' (asas) iaitu menyediakan prasarana selengkapnya bagi mengetasi masalah berkenaan.

Negeri-negeri tersebut masih lagi kekuarangan jalan raya terutama di kawasan luar bandar dan kini sungai masih lagi menjadi alat perhubungan yang relatif untuk kegunaan penduduk.

Difahamkan ada projek infrastruktur di negeri-negeri tersebut telah diluluskan sejak tahun 2000 tetapi sehingga hari ini ia masih tidak dilaksanakan.

Soalnya adakah peruntukan untuk projek tersebut telah disediakan kerajaan sehingga kakitangan kerajaan dipersalahkan kerana tidak melaksanakan tugas menjalankan projek berkenaan?

Biasanya kakitangan kerajaan akan melaksanakan tugas masing-masing apabila ada arahan dari kementerian untuk berbuat demikian.

Sayang seribu kali sayang rakyat Sarawak dan Sabah disisihkan begitu rupa oleh kerajan BN sehingga dikatakan beribu-ribu rakyat negeri itu masih tidak mempunyai surat beranak dan kad pengenalan.

Semacam mereka diidentifikasikan sebagai rakyat kelas ketiga di mana selepas rakyat negeri-negeri lain sudah jauh ke depan dari segi pembangunannya, rakyat Sarawak dan Sabah masih lagi tidak menerima pembangunan dan kemajuan sebaik rakyat semenanjung.

Pokoknya mereka masih dianaktirikan. Mereka hanya diberi janji oleh BN ketika kempen pilihan raya bahawa kehidupan mereka akan berubah dengan mendapat kemudahan infrstruktur mencukupi sekiranya mereka mengundi BN dalam pilihan raya tetapi apabila pari itu menang mereka tetap tersisih dari arus pembangunan.

Cukuplah rakyat Sarawak dan sabah menelan gula-gula dari BN, ubahlah segera dengan mendesak ahli-ahli parlimen mereka membentuk kerajaan baru di bawah Pakatan Rakyat untuk mengembelingkan hasil bumi dan kekayaan negeri mereka sendiri untuk membina penghidupan Sarawak dan Sabah Baru sehingga masalah kemudahan asas penduduk di bandar dan luar bandar, tidak timbul lagi.

Sabah dan Sarawak mempunyai hasil bumi, petroleum tetapi ke mana royalti petroleum itu diagihkan sehingga rakyat kedua-dua negeri terbeban dengan masalah kemudahan asas begitu lama?

Dimanakah kecekapan pentadbiran kerajaan BN selama ini? Apakah rakyat kedua-dua negeri tersebut masih mahu mempertaruhkan maruah dan jati diri mereka untuk memperolehi janji kosong dari BN?

Mereka perlu membuka mata bertindak cepat untuk kebaikan diri mereka sendiri dengan mendesak ahli-ahli parlimen mereka berbuat demikian.

Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty


Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising