Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Tuesday, October 21, 2008

Majlis Media Kebangsaan Dibentuk Tidak Lama Lagi

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Sebuah majlis media kebangsaan akan ditubuhkan tidak lama lagi bagi mengenalpasti kelemahan-kelemahan dalam media, selain mencari jalan bagi menghasilkan pemberitaan tepat, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini.

Beliau berkata idea penubuhan majlis itu telahpun dibawa ke kabinet dan disambut baik.

"Pelbagai aspek perlu dikaji dan satu siri perbincangan sedang berjalan sebelum kita dapat menggubal dasar berkenaan.

"Saya percaya ini adalah platform yang tepat, pada masa yang tepat untuk memperkukuh hubungan antara kerajaan dengan organisasi media," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kolokium mengenai Dasar Media di Malaysia di sini, Isnin.

Kolokium dua hari itu, anjuran Institut bagi Pembangunan Komunikasi (Aidcom) dan Suruhanjaya Tinggi Kanada bagi membincangkan isu-isu mengenai dasar dan kebebasan media, diikuti oleh 50 peserta.

Syed Hamid berkata penubuhan majlis itu tidak harus dilihat sebagai langkah untuk mempertingkat sekatan ke atas media, oleh kerana masa depan di negara ini ditentukan menerusi usaha kolektif.

"Menjadi tanggungjawab kita untuk menggubal satu dasar media kebangsaan yang mencerminkan identiti, nilai dan kepercayaan kita sebagai warga Malaysia.

"Satu dasar media baru perlu dikemaskini sejajar dengan trend global semasa yang memberi nilai tinggi terhadap liberalisasi dan kemajuan teknologi.

"Kita boleh bincangkan dan kenalpasti reform yang sesuai di samping mustahaknya memperkenalkan majlis media kebangsaan dengan minda terbuka," kata Syed Hamid.

Menyentuh berita ruang siber, Syed Hamid berkata: "Kita tidak boleh lagi mengenalpasti kumpulan ini sebagai media alternatif, memandangkan permintaan bagi berita-berita mereka lebih luas dari media arus perdana.

"Ruang siber adalah platform bebas dan generasi muda lebih menyukai berita online. Malahan, media arus perdana kini turut memfokus kepada memuatkan berita mereka secara online," ujar beliau.

Komen saya:

Kerajaan Barisan Nasional (BN), mempunyai niat tertentu khususnya terhadap media internet kerana parti itu percaya media tersebut mempunyai pengaruh terbesar mencetuskan idealisme rakyat hari ini sehingga mencapai tahap menggugat kuasa politik parti itu.

Kemenangan besar parti-parti yang kini masih dinaggap pembangkang dalam pilihan raya umum ke 12, 8 Mac lalu sebagai bukti antara lain cetusan kempen media internet memberi kesan secara tidak langsung terhadap kemenangan tersebut.

Justeru Kabinet Kerajaan BN merasa bimbang dengan perkembangan ini sejak dari awal lagi sehingga antara lain mengambil tindakan terhadap pengendali-pengendali blog popular seperti Raja Petra Kamaruddin dan lain-lain atas dakwaan kononnya tulisan mereka mengancam keselamatan negara.

Dipercayai idea penubuhan Majlis Media Kebangsaan satu fenomena ketakutan BN terhadap perkembangan tersebut.

Idea dan komitment majlis berkenaan dikatakan akan menjurus ke arah mencari jalan bagaimana media internet boleh dikawal secara efektif dengan apa cara sekalipun, sehingga tidak ada lagi media internet bermusuh dengan BN/Umno (kalau boleh).

Dilihat secara umumnya idealisme ini agak mustahil boleh berlaku kerana ruang siber terbuka luas bagaikan langit membumbungi bumi, tidak ada siapa yang boleh membuat sekatan.

Jika ada sekatan dibuat terhadap blog atau web yang dikendalikan oleh mereka terbabit sekalipun, ada jalan lain boleh diperolehi untuk membebaskan diri dari halangan tersebut.

Adalah diharapkan pembentukan majlis media kebangsaan itu suatu idea positif ke arah mengiktiraf kebebasan media termasuk mengizinkan kritikan dibuat kepada mana-mana pertubuhan politik sama ada berorientasikan kerajaan ataupun pembangkang sebagai 'second opinion' untuk dikaji dan dinilai parti-parti terbabit.

Tidak dinafikan tulisan atau pandangan berbentuk perkauman dan subversif seharusnya dibendung melalui akta-akta tertentu dan ia menjadi etika kepada media terbabit.

Ertinya media sama ada internet, bercetak atau elektronik tidak lepas dari tanggungjawab menjaga atau turut menyumbang kepada keselamatan dan ketenteraman awam lebih dari segala-galanya. Ia adalah antara kontrak sosial yang perlu dijaga dan dipatuhi bersama untuk mengekal keharmonian negara dan rakyat berpanjangan.

Yang penting majlis media kebangsaan yang ingin dibentuk itu memberi kebebasan sepatutnya kepada media berinteraksi dan melontarkan idea untuk tatapan umum selagi ideanya tidak melangkaui batas undang-udang.

Etika kewartawan seharusnya digunapakai secara berkesan dalam melakari idea dan lontaran pemikiran serta menerbitkan maklumat untuk tatapan umum. Dipercayai terdapat blog atau web tertentu yang pengendalinya tidak berlatarbelakangkan bidang kewartawanan, tidak menitikberatkan soal etika tersebut.

Pemilik blog atau web seharusnya mengetahui etika berkenaan agar segala tidak tanduknya tidak dipertikaikan dari segi undang-undang atau dengan kata lain mereka terlepas dari tindakan undang-undang jika ada orang tidak berpuas hati dengan isi kandungan media masing-masing.


Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising