Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, October 20, 2008

Ucapan Melucukan Abdullah mengenai ekonomi Malaysia

Melucukan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bercakap tentang undang-udang dan prasarana yang baik semacam meminta simpati agar pelabur asing kembali semula pelaburan mereka di negara ini.

Katanya, Pelabur asing dan komuniti penyelesaian pertikaian antarabangsa boleh mendapat jaminan bahawa Malaysia bukan sahaja memiliki prasarana yang sangat baik, tetapi juga undang-undang yang perniagaan mahukan untuk menyelesaikan pertikaian mereka.

Abdullah berkata Malaysia faham bahawa pelabur asing memerlukan kepastian undang-undang dan keyakinan dalam sistem penyelesaian pertikaian, dan dengan kerancakan aktiviti ekonomi termasuk usaha sama rentas sempadan, pertikaian pasti akan timbul.

"Rakyat Malaysia berkeupayaan menyelesaikan pertikaian seumpama itu," kata beliau dalam ucap tamanya di Persidangan Penyelesaian Pertikaian Antarabangsa "Membuat Pilihan Yang Betul" anjuran Chartered Institute of Arbitrators (CIArb), cawangan Malaysia di sini 20 Oktober lepas.

Nampak sangat, Abdullah merayu agar pelaburan asing kekal di Malaysia selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan pelaburan asing berjumlah berbilion-bilion ringgit telah keluar dari pasaran Bursa Saham Malaysia sejak krisis ekonomi Amerika Syarikat (AS) menimbulkan kekalutan pasaran saham di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Abdullah berkata, Malaysia merupakan tempat yang sangat menarik bagi penyelesaian pertikaian antarabangsa kerana kos perjalanan yang kompetitif, sambil menambah undang-undang negara tidak mengenakan sekatan bagi penimbang tara, pengantara atau peguam asing menghadiri proses penimbangtaraan dan pengantaraan.

Beliau berkata model Akta Timbang Tara Malaysia dan Konvensyen New York bagi Penguatkuasaan Penganugerahan Timbang Tara yang diguna pakai negara menyediakan sokongan yang diperlukan bagi penimbangtaraan.

"Mahkamah kita, juga, mempunyai penilaian yang baik kepada pilihan forum pihak-pihak," katanya.

Abdullah agaknya lupa dengan kesungguhan Kerajaan Barisan Nasional (BN) mempertahankan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kononnya ia masih relevan untuk menjaga keselamatan negara sedangkan udang-undnag tyersebut mendapat tentangan menyeluruh dari rakyat Malaysia berbilang kaum kerana ia undang-undang zalim, tidak berperi kemanusiaan.

Jika mahu melihat dan memberi pandangan dari sudut undang-undang kononnya bersifat mesra pelabur dan warga asing, ISA merupakan satu lubang 'pincang' dan hodoh dalam warna warni perundangan negara.

Ingat, pelabur asing tidak buta menyaksikan pergolakan politik dan ekonomi negara sepanjang masa kerana mereka mahu suasana kondusif untuk pelaburan mereka termasuk soal pengkanunan undang-undang dan kebersihan atau ketelusan institusi kehakiman.

Abdullah berkata, meskipun kebimbangan yang menyelubungi ekonomi dunia, perdagangan antarabangsa dan pelaburan langsung asing ke Malaysia masih ketara kerana pasaran kewangan negara dikawal atur dan dipantau dengan ketat.

Beliau menambah kata bahawa Malaysia masih stabil dan kukuh dengan sektor swasta yang cergas dan dasar kerajaan yang mantap, ia juga sedar akan komitmennya kepada pelabur asing termasuk yang dari Timur Tengah.

Kenyataan sebegini hanya retorik semata kerana hakikatnya tidak demikian. Abdullah tidak boleh membutakan mata pelabur asing dengan ucapan sedemikian kerana mereka sudah mengkaji lama susana politik di Malaysia.

Kalau tidak masakan pelabur tidak berminat melabur di Malaysia bahkan pebaur Malaysia pun turut membawa keluar pelaburan mereka dari Malaysia, jika merujuk kenyataan Anwar di Parlimen.

Abdullah seterusnya berkata, "sehubungan ini, Malaysia berhasrat untuk memainkan peranan utama dalam kewangan Islam antarabangsa dan saya gembira untuk memerhati sesi pilihan mengenai Perbankan Islam di persidangan ini.

Abdullah yang juga mengalu-alukan pihak asing untuk melawat, melabur dan menyelesaikan pertikaian mereka di Malaysia menyatakan bahawa seawal 1978, Kuala Lumpur diiktiraf sebagai sangat sesuai bagi menempatkan Pusat Serantau Asia Pasifik untuk penyelesaian pertikaian.

Tidak usahlah Abdullah menampakkan dirinya bijak mentadbir soal ekonomi kerana sebelum ini terbukti beliau gagal mengurus ekonomi malaysia dengan baik.

Harga minyak tinggi melambung, harga barang naik mendadak berpunca dari kenaikan harga minyak dan perniagaan berjalan lembab di kebanyakan negeri, menandakan kerajaan di bawah Abdullah gagal mengurus ekonomi dengan baik.

Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising