Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, October 18, 2008

Pena perlu nilai kepentingan umum

Persatuan Penulis Nasional (Pena) mempertahankan dua penulis kontroversi yang dikritik oleh DAP – Datuk Chamil Wariya dan Dr Ibrahim Ghafar atas alasan "hak penulis untuk berkreatif".

"Pena mempertahankan Dr Ibrahim dan Datuk Chamil atas dasar karya kreatif yang tidak menyatakan secara spesifik kepada apa dan siapa.

"Itu merupakan hak penulis untuk berkreatif," kata setiausahanya Syed Mohd Zakir Syed Othman.

Beliau diminta mengulas cerpen Chamil 'Politik Baru YB J' dan puisi Dr Ibrahim, yang juga ahli jawatankuasa persatuan itu, 'Ratu Anjing; Yang Melengking Itu' yang dipertikaikan oleh DAP di Dewan Rakyat.

Baru-baru ini DAP juga membuat aduan polis terhadap penulis cerpen tersebut, yang mengisahkan seorang wakil rakyat wanita Cina mati ditembak akibat usahanya memperkenalkan pembaharuan politik, dan penerbitnya Utusan Melayu Bhd.

Persatuan itu bagaimapun belum memutuskan sama ada akan memberikan bantuan guaman untuk tujuan itu, jika wujud tindakan perundangan, kerana belum diputuskan dalam mesyuarat persatuan itu.

"Bantuan guaman kena dapat keputusan mesyuarat, (kerana) melibatkan duit dan komitmen," katanya.

Mengulas kenyataan ini, dari segi undang-undangnya, tidak ada peruntukan undang-undang yang boleh mensabitkan apa-apa kenyataan atau bahan tulisan di bawah maksud menghina seseorang selagi tidak dinyatakan siapakah orang yang dihina atau ditujukan kenyataan atau tulisan berkenaan.

Dengan kata lain selagi tidak disebut secara jelas nama mereka terbabit. Ini menurut peruntukan undang-undang yang sedia ada. Ia berkait dengan prosedur undang-undang untuk dilihat keadilan itu dilaksanakan tanpa ada sebarang keraguan. Ini adalah soal penting dalam prosedur mana-mana undang-undang sekalipun termasuk undang-undang Islam sendiri.

Bagaimana pun, walaupun kesamaran berlaku dalam mana-mana pembuktian kadang kala ia dapat dibaca oleh masyarakat umum siapakah sebenarnya sesuatu kenyataan, tuduhan atau tulisan itu ditujukan.

Nah, di sini letaknya perkiraan umum dalam banyak isu termasuk isu cerpen Chamil 'Politik Baru YB J' dan puisi Dr Ibrahim, yang juga ahli jawatankuasa persatuan itu, 'Ratu Anjing; Yang Melengking Itu' yang dipertikaikan oleh DAP di Dewan Rakyat.

Penulis tidak berpendapat, tidak perlu kes seumpama itu dibawa ke mahkamah kerana 'evidence' (bukti) dalam kedua-dua tulisan itu tidak jelas atau meragukan.

Dari segi maksud tersiratnya ada ditujukan kepada seseorang tetapi dari segi keadilan ia hendaklah dibukti maksud itu secara tersurat bukan hanya sekadar tersirat. Undang-undang turut mengambil kira maksud tersirat tetapi ia mesti dibuktikan secara tersurat barulah hukuman itu boleh dijatuhkan tanpa sebarang keraguan.

Jika tidak, tuduhan menghina terhadap seseorang melalui kedua-dua tulisan itu seharusnya ditolak kerana tidak cukup bukti untuk disabitkan kesalahan.

Melainkan si penuduh atau penulis terbabit memperakui sendiri, siapakah yang ditujukan tuduhan itu.

Biasa ianya tidak timbul lagi sekiranya si penuduh telah membuat perakuan bersalah, membuktikan semua tuduhan itu benar.

Persoalan penting sekarang ialah hukuman ke atas sesuatu perkara itu perlu dibuat secara adil ke atas siapa sahaja bukan sembrono.

Inilah komplikasinya prosedur undang-undang yang bersih termasuk Islam. Namun demikian pendapat umum dan dengan melihat bukti diketahui umum bahawa apa yang ditulis atau bahan yang dijadikan fitnah itu walaupun tanpa disebut nama yang ditujukan fitnah itu secara jelas, jika hanya orang yang difitnah itu sahaja yang terbabit dengan bahan fitnah tersebut tidak orang lain berdasarkan maklumat umum dan fakta-fakta bukti berkaitan, seharusnya hakim menilai dengan teliti bukti-bukti terbabit.

Apa lagi fitnah itu menimbulkan kesan buruk membabitkan repotasi terhadap kelompok ramai termasuk umat Islam secara keseluruhannya.

Dalam kes buku kontroversi The Satanic Verses tulisan Salman Rushdie menghina insan yang dikenali mempunyai peribadi bersih, amanah, adil, bijaksana seperti nabi-nabi termasuk Nabi Muhamad s.a.w.

Seseorang hakim harus mempertimbangkan keputusan sewajarnya untuk menjatuhkan hukuman kepada orang seperti Salman kerana Setenic Verses, novel khusus menyentuh penghinaan terhadap ayat-ayat al-Quran dan Nabi Muhammad serta isteri-isterinya.

Jika dibaca kandungannya jelas fitnah yang ditaburkan dalam novel tersebut ditujukan kepada al-Quran dan Nabi Muhammad s.a.w. Kedua-duanya adalah asas penting panduan agama Islam yang tidak boleh sama sekali dihina oleh mana-mana orang apa lagi orang yang bernama Islam itu sendiri.

Ayat al-Quran didakwa sebagai ayat syaitan dan direka serta dikait dengan malaikat untuk mensucikannya, sedangkan tidak pernah ada manusia yang berjaya mencabar ayat-ayat dalam al-Quran sebagai bukan ayat-ayat suci dari Allah SWT, sejak dahulu sehingga hari kiamat.

Apa lagi novel tersebut ditulis oleh seorang manusia bernama Islam (Salman Rushdie), Republik Islam Iran telah menjatuhkan hukuman bunuh dan mengisytiharkan Salman sebagai murtad kerana menghina al-Quran dan Nabi Muhammad s.a.w. melalui novelnya itu.

Justeru, Pena perlu membaca semua kes ini dan membuat kajian secara jujur dan berpandangan jauh agar tidak timbul di masa akan datang kes berlaku seperti Setenic Verses. Jangan keluar suatu kenyataan yang akan memberi kesan buruk terhadap masyarakat umum di masa akan datang.

Penilaian yang penting ialah apa-apa tulisan yang dibuat biarlah memberi kebaikan kepada umum bukan sesuatu kelompok masyarakat sahaja.

Bagi penulis perkara ini mustahak perlu difikirkan, bukan tujuan untuk menegakkan benang basah tetapi kepentingan umum lebih penting dari yang lainnya.


Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

RPK tak perlu ditahan ISA -Dr. Mahathir

PUTRAJAYA, 18 Okt (MPO2) - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berpendapat, pemilik blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin (PRK) dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok tidak perlu ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mereka tidak menimbulkan ketegangan dalam negara.

Beliau berkata adalah tidak benar sekiranya kedua-dua individu terbabit didakwa menimbulkan ancaman terhadap keselamatan negara hanya kerana meluahkan pandangan masing-masing, lapor Bernama.

Katanya, keadaan sekarang tidak begitu tegang jika dibandingkan pada 1987 yang menyaksikan 106 ahli politik ditahan dalam Operasi Lalang.

Dr. Mahathir mengeluarkan pandangan tersebut ketika bercakap kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini malam semalam.

Sementara itu, Dr. Mahathir menjelaskan kontroversinya menyertai semula Umno dengan berkata, beliau hanya akan kembali menyertai Umno pada suatu masa yang tepat.

Mahathir yang juga bekas presiden parti itu berkata pelbagai pihak telah berusaha meyakinkan dan memujuknya agar kembali kepada Umno.

"Saya sedang memikirkan untuk menyertai semula Umno, tetapi saya akan menentukan sendiri masa yang sesuai.

"Permohonan (untuk menyertai semula Umno) adalah satu perkara, penerimaan mereka juga harus difikirkan. Jadi saya mahu waktu yang tepat (untuk menyertai semula)," katanya.

Dr Mahathir berkata beliau didatangi oleh banyak pihak yang meyakinkan beliau bahawa beliau boleh membawa kebaikan kepada Umno, parti yang menjadi tulang belakang kerajaan Barisan Nasional, jika menyertainya semula.


Iklan Istimewa


http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising