Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Friday, October 17, 2008

"Dah ada rancangan untuk sekat Najib" Mahathir

KL: Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata sudah ada usaha pihak tertentu untuk memburukkan imej Datuk Seri Mohd. Najib Razak, seolah-olah mahu menggagalkan langkah Timbalan Presiden Umno itu untuk mengisi jawatan Presiden.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, apa yang dihadapi Najib sekarang sama dengan pengalaman beliau sendiri yang dilempar dengan pelbagai tuduhan setelah bersara Oktober 2003 untuk menimbulkan kebencian rakyat terhadapnya.

Kata Dr. Mahathir, tindakan membuat bermacam-macam tohmahan yang tidak dapat dibuktikan terhadap Najib itu tidak menghairankan beliau kerana memang itulah pendakatan yang digunakan pihak tertentu untuk menghakis kepercayaan rakyat terhadap Timbalan Perdana Menteri itu.

"Saya pun menghadapi perkara yang sama. Saya dilabelkan dengan macam-macam nama dan banyak tohmahan dan tuduhan dilemparkan terhadap saya, sehingga ke peringkat menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja bagi mencari kesalahan saya, tetapi tidak satu pun yang dapat dibuktikan.

"Akhbar juga digunakan untuk memburuk-burukkan saya.

"Saya tahu akhbar diberi arahan oleh pihak tertentu untuk buat begitu," kata beliau kepada mStar Online di pejabatnya di sini, hari ini.

Najib setakat ini telah mendapat pencalonan untuk bertanding jawatan presiden parti daripada kesemua 30 bahagian Umno yang telah pun bermesyuarat.

Dua minggu lalu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno.

Ditanya sama ada beliau kini rasa "terbela" kerana tidak lagi disisihkan oleh pemimpin-pemimpin Umno dan pemimpin kerajaan seperti yang terbukti dengan kehadiran ramai pemimpin Umno dan anggota Kabinet pada satu majlis rumah terbuka di mana beliau adalah tetamu kehormat tiga hari lalu, Dr. Mahathir berkata, perkara seperti itu tidak sepatutnya menjadi satu isu besar.

Katanya, ia menjadi satu isu apabila arahan dikeluarkan oleh pihak tertentu menghalang pemimpin-pemimpin Umno dan anggota-anggota Kabinet daripada menghadiri program di mana beliau sendiri akan hadir.

"Mereka diarah jangan dekat dan berjumpa dengan saya.

"Saya juga tidak diberikan platform untuk memberikan pendapat. Media pun disekat. Ini tidak sepatutnya berlaku.

"Ia tidak pernah berlaku pada pemimpin-pemimpin sebelum saya," katanya.

Jelas bekas Presiden Umno itu, "apabila (Allahyarham) Tunku Abdul Rahman bersara, beliau terus bebas untuk berjumpa dan bertemu dengan pemimpin-pemimpin Umno dan anggota-anggota Kabinet ketika itu."

"Beliau malah mempunyai satu ruangan khas di akhbar. Begitu juga dengan pemimpin lain yang telah bersara, mereka tidak pernah dihalang berjumpa dengan sesiapa," tambah Dr. Mahathir yang Mei lalu keluar daripada Umno.

Beliau telah menyatakan kesediaan untuk ke pangkuan Umno bulan lalu.

Dr. Mahathir berkata, sepanjang menjadi Perdana Menteri beliau sentiasa bersikap terbuka terutama apabila berhadapan dengan media dengan tidak melarikan diri atau enggan menjawab sebarang soalan yang dikemukakan.

Katanya, sikap yang sama juga beliau amalkan selepas bersara walaupun tidak disenangi sesetengah pihak.

"Mereka cuba sekat platform saya untuk bercakap. Tetapi kalau saya nampak sesuatu tidak betul, takkan saya hendak diam," katanya.

Dr. Mahathir mendakwa, langkah menyekat beliau daripada bertemu pemimpin-pemimpin Umno dan kerajaan serta campurtangan dalam urusan media itu adalah sebahagian daripada usaha orang-orang di sekeliling Abdullah yang mahu menonjolkan beliau sebagai seorang Perdana Menteri yang lebih baik.

"Mereka bukan mementingkan pentadbiran negara, tetapi mahu menunjukkan bahawa beliau (Abdullah) adalah seorang Perdana Menteri yang lebih baik daripada saya.

"Mereka bukan sahaja mahu pastikan Abdullah akan meninggalkan legasinya sendiri, tetapi juga mahu memusnahkan apa yang saya telah buat selama menjadi perdana menteri," tambahnya.

Dr. Mahathir bagaimanapun tidak mahu apa yang beliau terpaksa lalui apabila disisih oleh pemimpin-pemimpin Umno dan kerajaan sebaik bersara turut menimpa Abdullah apabila beliau bersara kelak.

"Ia tidak patut berlaku kerana perbuatan seperti itu tidak bagus," katanya.

Iklan Istimewa


http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Sidang Pemuda Umno Rantau Panjang kecoh, unit antirusuhan dipanggil


BEBERAPA individu yang bertindak agresif dengan menjerit dan membantah jumlah perwakilan yang didakwa tidak sah ditenangkan oleh individu yang lain ketika mesyuarat Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Rantau Panjang di Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang, Rantau Panjang hari ini. - foto BERNAMA

[DIKEMAS KINI] RANTAU PANJANG: Persidangan perwakilan Pemuda Umno Bahagian Rantau Panjang hari ini kecoh apabila sekumpulan individu bertindak agresif dengan menjerit dan melaungkan rasa tidak puas hati bagi membantah jumlah perwakilan yang didakwa tidak sah.

Suasana kecoh itu bermula pada 9.30 pagi apabila mesyuarat berkenaan bermula di Sekolah Kebangsaan Seri Kiambang di sini dan berikutan keadaan itu berlarutan selama sejam, Polis Daerah Pasir Mas terpaksa menggunakan Unit Tindakan Ringan Antirusuhan untuk mententeramkan keadaan.

Suasana tegang itu berlaku apabila Pengerusi Tetap mesyuarat berkenaan Nordin Ibrahim mengumumkan seramai 461 perwakilan daripada 144 cawangan layak mengundi.

Sejurus selepas pengumuman itu, seorang wakil dari kumpulan membantah itu, yang juga merupakan Ketua Cawangan Umno Taman Seri, mendakwa jumlah perwakilan berkenaan tidak sah kerana kemungkinan wujudnya anggota hantu.

Beliau yang dikenali sebagai Suhaimi Che Hussin juga mendakwa jumlah berkenaan mungkin tidak betul memandangkan masih ada bantahan terhadap mesyuarat cawangan yang belum selesai seperti Cawangan Tepi Sungai.

Ketua Pemuda Umno Rantau Panjang, Affendi Yusof cuba mententeramkan keadaan dengan menjelaskan perkara berkenaan tidak seharusnya timbul kerana jumlah perwakilan itu telah disahkan oleh Jawatankuasa Pemilihan dan Pemantau Badan Perhubungan Umno Kelantan.

Affendi berkata, kekecohan berkenaan sudah dijangka memandangkan beliau sendiri sudah maklum dengan perancangan dan strategi yang dilakukan oleh pihak tertentu untuk mengganggu mesyuarat.

"Saya sudah jangka perkara ini akan berlaku terutamanya setelah empat anggota Umno Rantau Panjang digantung keahliannya," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya bersyukur kerana tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini walaupun penyokong beliau cuba diprovokasi oleh pihak yang tidak berpuas hati.

Ketua Umno Bahagian, Abdullah Mat Yasin ketika ditemui menyifatkan kekecohan berkenaan hanya kerana salah faham memandangkan ada anggota yang tidak tahu cawangan mereka bertukar perwakilan.

"Ada sesetengah cawangan terpaksa diadakan mesyuarat sebanyak dua kali dengan mesyuarat kali kedua dikendalikan oleh Jawatankuasa Pemantau," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Abdullah berkata, jumlah 461 perwakilan berkenaan adalah betul dan telah disahkan oleh Badan Perhubungan Umno Negeri.

"Masalah ini kita percaya wujud kerana penyokong bekas Ketua Bahagian dulu yang tidak berpuashati dengan tindakan Lembaga Disiplin Umno yang mengantung keahlian beliau," katanya.

Mesyuarat berkenaan kemudiannya disambung selepas solat Jumaat ini. BERNAMA


Sykt Seruan Gemilang Fail Permohonan Mandamus Terhadap Menteri Besar Pahang

KUANTAN, (Hrkh) Bernama melaporkan, sebuah syarikat pembalakan, Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd memfailkan permohonan mandamus terhadap Menteri Besar Pahang di Mahkamah Tinggi di sini 15 Oktober lalu bagi menuntut pembayaran saman RM60 juta.

Syarikat itu melalui Tetuan Peter Lai Rajoo & Aiza dalam pernyataannya mendakwa telah menuntut pembayaran amaun penghakiman dan faedah melalui surat peguamcara pada 27 Ogos tahun lepas, namun tidak mendapat sebarang bayaran.

Syarikat itu juga mendakwa pada 7 April lepas, telah menyerahkan surat perakuan mengikut Seksyen 33 Akta Prosiding Kerajaan 1956 dan menuntut bayaran tetapi kerajaan negeri masih gagal membuat bayaran.

Pada 9 Dis 2002, Seruan Gemilang memfailkan saman terhadap Kerajaan Negeri Pahang dan Pengarah Perhutanan Negeri kerana didakwa melanggar perjanjian kontrak konsesi pembalakan berhubung pengeluaran kayu balak di atas tanah seluas 10,000 ekar (4,000 hektar) di Mukim Bebar, Daerah Pekan.

Syarikat pembalakan itu memfailkan tuntutan saman bagi kerugian yang terpaksa ditanggungnya selepas mendakwa berlaku pencerobohan oleh pihak ketiga ke atas baki tanah seluas 3,000 ekar (1,200 hektar) milik Umno Pahang itu.

Pada 17 Sept lepas, Kerajaan Pahang diperintah membayar sejumlah RM60 juta kepada syarikat tersebut selepas ia gagal dalam usaha terakhirnya di Mahkamah Persekutuan untuk mendapat kebenaran merayu.

Mahkamah Persekutuan dengan itu mengekalkan keputusan asal oleh Mahkamah Tinggi Kuantan pada 25 Mei 2007 yang memerintahkan Kerajaan Pahang membayar RM37,127,471.60 beserta faedah lapan peratus setahun mulai 31 Dis 2000.


Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Sembilan AJK Pemuda Gelang Patah Ancam Letak Jawatan

JOHOR BAHARU, 17 Okt (Bernama) -- Sembilan orang anggota jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Gelang Patah mengancam untuk meletak jawatan jika mesyuarat perwakilan Pemuda bahagian terbabit yang diadakan pada minggu lepas tidak diadakan semula.

Jurucakap anggota jawatankuasa terbabit, Faisal Supada berkata, cara pengiraan undi bagi pertandingan dan pencalonan jawatan pada mesyuarat terbabit dijalankan secara tidak telus dan melanggar peraturan parti.

"Aduan rasmi telah pun dibuat kepada Jawatankuasa Disiplin Badan Perhubungan Umno Johor dan kami meminta supaya mereka mengarahkan supaya mesyuarat perwakilan itu diadakan semula."

"Jika mesyuarat perwakilan tidak diadakan semula, kami akan meletak jawatan," katanya yang juga merupakan Ketua Pemuda Umno cawangan Kampung Kangkar Pulai kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata, kebanyakan perwakilan tidak berpuashati dengan proses pengiraan undi oleh pasukan penyelaras mesyuarat dari Pemuda Umno Bahagian Pulai yang diketuai oleh Ketua Pemudanya Abdullah Yusof, yang dilakukan di dalam bilik hotel tanpa sebarang pengawasan daripada wakil-wakil calon.

"Bukan sahaja pengiraan undi dilakukan secara rahsia di dalam bilik hotel, tetapi apa yang memeranjatkan kami adalah ia (undi) dikira di atas katil bilik tersebut," dakwanya.

Faisal turut mempersoalkan tempoh lima jam yang diambil oleh pasukan penyelaras diketuai oleh Abdullah untuk mengira undi yang dilakukan oleh 146 perwakilan Pemuda Umno Bahagian Gelang Patah.

Proses pengiraan undi sepatutnya diadakan secara telus di hadapan para perwakilan dan wakil calon, katanya sambil menambah, Abdullah juga didakwa bersikap kasar terhadap anggota perwakilan Pemuda Bahagian.

Ketua Pemuda Umno Pulai itu, katanya, turut meninggalkan persidangan secara tergesa-gesa sejurus selepas Pengerusi Tetap Umno Bahagian mengumumkan keputusan pengundian dan pencalonan tanpa mengendahkan bantahan oleh perwakilan.

Malam tadi, kira-kira 100 anggota Pemuda Umno Bahagian hadir pada satu majlis untuk menyatakan sokongan kepada Faisal dan sembilan anggota jawatankuasa Pemuda bahagian itu.

Media minggu lepas melaporan kekecohan yang berlaku pada mesyuarat Pemuda Umno bahagian terbabit, berikutan ketidakpuashati perwakilan terhadap keputusan pertandingan bagi jawatan Ketua Pemuda bahagian dan pencalonan bagi jawatan Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda pusat.


Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Tubuh Suruhanjaya Diraja siasat Najib




KUALA LUMPUR, 17 Okt (Hrkh) - Kerajaan digesa menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat segala dakwaan dan tuduhan terhadap calon Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang berkata, negara dan rakyat tidak mahu mempunyai sorang Perdana Menteri yang menjadi bahan bualan dan ketawa masyarakat antarabangsa terhadap tuduhan yang belum lagi dibersihkan oleh beliau sendiri mahupun kerajaan sedia ada.

Katanya, tidak pernah berlaku dalam sejarah seorang Timbalan Perdana Menteri yang bakal memimpin negara mempunyai tuduhan sebanyak itu malahan segala dakwaan terhadapnya dianggap menakutkan.

"Mahukah kita ada seorang Perdana Menteri apabila menghadiri sidang antarabangsa menjadi objek ketawa, objek whisper (bisikan).

"Oh, itu orang terlibat dengan pembunuhan Mongolian Altantuya. Itu orang adalah commission submarine Scorpene. Itu adalah terlibat dengan komisen Sukhoi. Kita mahu ini dibersihkan," tegasnya sewaktu membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2009 (bajet)di dewan rakyat baru-baru ini.

Beliau di samping itu, turut mencabar ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN) supaya bersetuju untuk menubuhkan suruhanjaya terbabit bagi membersihkan imej Najib sekaligus mengundang rasa hormat terhadap bakal Perdana Menteri itu.

"Kita mahu mengadakan siasatan terbuka royal commission enquiry terhadap segala tuduhan yang dibuat terhadap Timbalan Perdana Menteri supaya apabila beliau menjadi Perdana Menteri kita semua boleh merasa bangga ada seorang Perdana Menteri yang bersih seratus peratus atau sebaliknya," katanya.

Penasihat DAP itu juga turut mencadangkan supaya Parlimen membenarkan masa yang panjang untuk membahasakan isu nama baik Najib yang juga merangkapa Menteri Kewangan itu.

"Ini sangat serius. Sebab sebenarnya kita patut ada sesi satu atau dua hari untuk perbahasan satu perkara sahaja. Nama baik Dato' Seri Haji Mohd Najib. Nama baik dia. Sepatutnya full day debate bukan sesingkat ini," katanya.


LAYAKKAH NAJIB TUN RAZAK KE SERI PERDANA?-SIRI 1

Oleh : Tun Telanai

Assala’mualaikum wm.wrt,

SAH pada 8 Oktober lalu, Abdullah Ahmad Badawi [Abdullah], Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri [PM] Malaysia ke-5 telah mengambil keputusan tidak akan mempertahankan jawatan presiden yang beliau menang tanpa bertanding pada tahun 2005. Beliau turut mengumumkan yang beliau juga akan melepaskan jawatan PM dan akan menyerahkan kuasa kepada timbalannya apabila Najib Tun Razak dipilih sebagai presiden baru parti itu [Rujuk : http://www.malaysiakini.com/news/90860]


Sekiranya pelan kedua ini berjaya [pelan pertama peralihan kuasa pada Jun 2010 gagal] dan Najib ditabalkan sebagai PM ke-6, maka tunggu dan lihatlah sendiri bencana dan mala petaka amat dasyat akan melanda negara ini. Survival agama, bangsa dan negara akan musnah ditangan Najib dan isterinya Rosmah Mansor serta kuncu-kuncunya. Bak kata orang tua-tua : Keluar daripada mulut harimau masuk ke dalam mulut buaya. Najib adalah pelengkap kepada kemusnahan agama,bangsa dan negara. Percayalah.


Kita telah melalui pemerintahan di bawah 5 orang PM. PM pertama, Tunku Abdul Rahman Putra mempunyai personaliti yang baik dan dihormati oleh kawan dan lawan, walau pun sedikit sebanyak Tunku ada kelemahannya, majoriti rakyat dapat menerima pemerintahannya sehingga tercetusnya peristewa 13 Mei 1969. Diikuti oleh Tun Abdul Razak Dato’ Hussein, Tun Hussein Onn dan Tun Dr.Mahathir Mohamad. Mereka masing-masing membawa imej yang bersih tidak dikotori dengan berbagai tuduhan dan dakwaan yang mencemarkan nama baik agama, bangsa dan negara.


Mereka melangkah masuk dan duduk di kerusi PM tanpa ada sebarang isu kontroversi yang melibatkan moral dan akhlak apatah lagi untuk menuduh mereka mengamalkan rasuah jauh sekali. Mereka diterima oleh rakyat tanpa ada perasaan was-was, mereka yakin dan menaruh harapan yang tinggi agar nasib mereka akan lebih terbela. Malah, PM ke-5, Abdullah juga mempunyai personaliti dan imej yang baik daripada baka keturunan ulama sehinggakan ada setengah golongan memberi jolokan ‘Mr Clean’ kepadanya. Imej Abdullah menjadi buruk ketika ia mempunyai kuasa dan menggunakan kuasa tersebut untuk kepentingan keluarga dan kroni-kroninya.


Hal seumpama itu tidak wujud di dalam diri Najib. Persepsi rakyat terhadap Najib ialah beliau pembawa imej ‘kotor’ dalam sistem pentadbiran negara berlawanan dengan imej yang dibawa oleh Abdullah dan PM-PM yang lepas. Najib dilahirkan pada 23 Julai 1953 dan beliau muda 14 tahun daripada Abdullah, merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang dilantik sejak 7 Januari 2004 dan beliau ialah Ahli Parlimen Pekan, Pahang. Najib adalah anak lelaki sulung kepada bekas PM ke-2, Tun Razak.


Personaliti dan imej yang dibawanya itu sukar untuk diperbaiki kerana beliau menghadapi banyak dakwaan sama ada palsu atau benar yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu yang sudah melekat kukuh di minda rakyat. Rakyat mahukan imej seorang PM yang bersih dan kelihatan bersih menandingi imej yang dibawa oleh Abdullah. Najib tidak memenuhi kriteria tersebut. Di muka Najib terdapat banyak tombok-tombok jerawat yang besar yang berkerutu seperti katak puru, tetapi mukanya kelihatan lincin dan cantik kerana dilindungi oleh alat make-up yang mahal-mahal. Tanpa alat make-up tersebut, kita akan dapat melihat wajah sebenar Najib. Huduh dan berkerutu.


Akhlak dan moral Najib bukanlah baik sangat. Ia bukan menjadi satu rahsia umum lagi. Semua rakyat tahu bahawa Najib perosak kehidupan rumahtangga orang. Najib merampas Rosmah daripada tangan orang yang bergelar suami. Skandal ini menyebabkan rumahtangga Najib dengan kerabat Di Raja Kelantan musnah. Rosmah sendiri sanggup memusnahkan mahligai yang dibina bersama suami pertamanya kerana tergila-gilakan Najib. Rosmah berazam mahu menjadi ‘wanita pertama’ Malaysia kerana beliau amat yakin bahawa Najib akan menjadi PM pada suatu hari nanti.


Perangai yang dibawa Rosmah ini sangat merbahaya jika diaplikasikan ke atas sistem pentadbiran negara lebih merbahaya daripada apa yang dilakukan oleh Abdullah sekarang ini. Rosmah suka berbelanja besar setiap kali ke luar negara dengan menggunakan wang rakyat. Rosmah sesuai diberi jolokan sebagai ‘Imelda Marcos jr’. Peribadi Rosmah bukan orang yang kuat beragama. Beliau pernah berpelukan dan berciuman dengan pemain hoki negara dan pelakon Bolleywood di hadapan Najib. Rosmah adalah ‘Queen controll’. Beliau mengawal segala tingkah laku Najib. Najib tunduk dan patuh kepada segala arahan yang Rosmah keluarkan. Takut kepada bini bukan cerita bohong atau fitnah, tanyalah orang-orang yang rapat dengan Najib, semua mereka tahu hal Najib takutkan bini ini.


Najib juga pernah dituduh ditangkap khalwat dengan seorang penyanyi bernama Ziana Zain di Port Dickson, Negeri sembilan, tetapi kes tersebut diselesai melalui pintu belakang kerana ia melibatkan pembesar UMNO. Walaupun berita ini tidak dapat disahkan kebenarannya, tetapi di minda rakyat tetap menilai tahap akhlak dan moral yang dibawanya amat tidak sesuai sebagai bakal PM.


Najib juga dikaitkan dengan pelantikan syarikat bekas Menteri Penerangan, Adib Adam sebagai broker pembelian jet pejuang Sukhoi Russia yang melibatkan pembayaran komisyen berjumlah RM400 juta. Najib juga dengan kuasa yang dimilikinya telah melantik syarikat milik Abdul Razak Baginda [Perimekar Sdn. Bhd dimiliki oleh Ombak Laut] sebagai agen menguruskan pembelian kapal selam daripada Perancis. Pembelian kapal selam Scorpene dan Agosta dari Perancis itu oleh kerajaan Malaysia bernilai RM4.6 bilion dengan komisyen berjumlah RM520 juta.


Persepsi rakyat terhadap Najib ialah pemimpin yang mengamalkan rasuah dan penyelewengan jika terus diberi berkuasa [walau pun dalam bentuk tuduhan tanpa bukti] akan memusnahkan negara dan sanggup menjual agama dan bangsa demi kepentingan peribadi.


Kes pembunuhan model berbangsa Mongolia, Altantuya Sharibuu akan tetap menghantui sepanjang tempoh pemerintahnya [jika diizinkan oleh Allah] sebagai PM ke-6 nanti. Walaupun secara konsisten dan sanggup bersumpah junjung al-Quran dalam kempen pilihan raya kecil di Permatang Pauh lalu, beliau menafikan penglibatan beliau dan isterinya dalam kes pembunuhan tersebut, namun majoriti rakyat tidak mempercayainya.


Persepsi rakyat kuat mengatakan beliau terlibat. Ini berlaku kerana beberapa faktor. Pertama, Abdul Razak Baginda yang diketahui umum sebagai ketua kumpulan pemikir adalah penasihat politik kepada Najib dihadapkan dengan pertuduhan bersubahat membunuh Altantuya Sharibuu. Andaian ramai bahawa Najib dan Razak pastinya merupakan kenalan rapat dan mesra. Kedua, pembabitan dua anggota Unit Tindakan Khas [UTK] yang bertugas di pejabat Timbalan Perdana Menteri. Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dituduh membunuh Altantuya Sharibuu. Persepsi rakyat Najib pasti tahu perkara ini, kalau tidak masakan mereka bertiga ini berani bertindak sedemikian rupa. Lebih kejam daripada harimau lapar kerana terpaksa melaksanakan arahan daripada siapa [?]. Ketiga, penggunaan bahan letupan C4 yang memerlukan kelulusan peringkat tertinggi dan keempat pertukaran hakim serta merta dari Hakim K.N Segara kepada hakim yang kurang pengalaman iaitu, Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Zaki Md Yasin. Tenguk dari sudut perbicaraannya sahaja sudah cukup memualkan dan memudahkan rakyat membuat kesimpulannya. Kes ini samalah apa yang yang dilakukan oleh sistem kehakiman kita terhadap kes Memali dan Kerpan sehingga kini kedua-dua kes itu tidak dapat diselesaikan, tersadai di mahkamah.


Ini diperkuatkan lagi dengan dakwaan melalui akuan berkanun yang dibuat oleh Raja Petra Kamruddin [kini ditahan di bawah ISA] pada 20 Jun dan oleh penyiasat persendirian, P Balasubramaniam pada 3 Julai lalu. Sungguh pun, P Balasubramaniam menarik balik akuan berkanunnya itu pada keesukan hari tidak sampai 24 jam, kemudian terus lenyap hilang entah ke mana menimbulkan pelbagai spekulasi , maka ini memperkuatkan persepsi rakyat bahawa Najib terlibat dalam komplot pembunuhan itu yang dilakukan oleh dua orang pegawai polis tadi dan Abdul Razak Baginda bersubahat dalam pembunuhan tersebut.


Berlatarbelakang itulah, laluan Najib ke Seri Perdana mesti disekat dengan apa cara sekali pun demi kepentingan agama, bangsa dan negara. Kita masih ada tempoh 6 bulan untuk tujuan tesebut. Dalam tempoh tersebut, nasib Najib untuk menjadi PM ke-6 masih samar-samar lagi.


Bagaimana caranya, bersambung pada siri ke-2 nanti. Insyaallah.


Ada banyak bahan yang boleh dijadikan pengetahuan dan hiburan diblog saya satu lagi: http://demang.blogmas.com/


“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian. Wallahu'alam dan terima kasih

Nik Aziz yakin tubuh kerajaan baru pusat, Pakatan setuju pilih Anwar


Tuan Guru Nik Aziz

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nikmat


KOTA BAHRU: Murysidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang mengetuai Kelantan sejak 1990, masih yakin Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan pusat sambil menekankan bahawa pihaknya akan tetap memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.Keputusan memilih Anwar jika pembangkang berkuasa di peringkat persekutuan, kata Nik Aziz, sudah lama dipersetujui oleh pembangkang.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, pembangkang telah memutuskan demikian semasa pihaknya bersetuju untuk mewujudkan barisan alternatif sembilan tahun lalu.

“Cerita Anwar (dipilih sebagai Perdana Menteri) sudah lama… belum pada ini kita ada APU (Angkatan Perpaduan Ummah), lepas itu Barisan Alternatif, masa kita buat (bentuk) BA, kita dah buat keputusan, Perdana Menterinya Anwar… bukan cerita baru,” kata beliau ketika ditemui di kediaman beliau di sini baru-baru ini.Barisan alternatif dibentuk oleh pembangkang ketika menghadapi pilihan raya umum 1999 dan 2004.Selepas pilihan raya umum Mac lalu pihaknya menamakan ikatan pembangkang sebagai Pakatan Rakyat.

Nama itu diumumkan pada 1 April lalu dengan menyasarkan 16 September bagi membentuk kerajaan baru persekutuan.

Bagaimanapun pada tarikh tersebut kerajaan baru tidak dibentuk, sebaliknya Anwar selaku Ketua Umum Pakatan Rakyat meminta diadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Malah Anwar juga meminta supaya diadakan sidang khas Parlimen untuk membincangkan sokongan anggota Dewan Rakyat pada 23 September lalu.Kedua-dua permintaan itu telah ditolak oleh Abdulllah.

Ketika ditanya tentang peluang dan kemungkinan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan pusat, Nik Aziz berkata: “Kami mesti ambil alih kecuali dia (kerajaan) kacau, diguna ISA, ditangkap, itu lainlah.”Tambah beliau, jika demokrasi dilaksana dengan sepenuhnya, sudah lama Umno digantikan dengan kerajaan baru.“Kami yakin, syaratnya demokrasi diberi peluang penuh, tiada gangguan ISA, tiada ditangkap, kecuali dia ditangkap macam komunis,” katanya.Apabila ditanya mengenai perbezaan pandangan dan tidak puas hati dalam isu pembentukan kerajaan oleh Pakatan Rakyat dan diketuai Anwar jika menjadi, Nik Aziz berkata, masalah itu tidak wujud secara keseluruhan.Cuma, jelas Nik Aziz, wujud sedikit perasaan ragu-ragu memandangkan Anwar dituduh kerana dituduh liwat sedangkan mahkamah sudah lepaskan beliau.Anwar, kini Ketua Pembangkang di Parlimen, pernah berhadapan dengan kes liwat 10 tahun lalu tetapi dibebaskan dan berhadapan dengan tuduhan buat kali kedua Ogos lalu.

Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising