Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Thursday, October 16, 2008

Transkrip Perbahasan Belanjawan 2009



Tuan Yang di-Pertua: Saya persilakan Yang Berhormat Permatang Pauh untuk memulakan perbahasan.


Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh, salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya mengucapkan rasa hormat kepada Tuan Yang di-Pertua memberi kesempatan berbahas di hadapan Tuan Yang di-Pertua yang saya kenal sebagai orang yang pendekar dan petah berbicara, berbahas sendiri.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

mempengerusikan Mesyuarat]

Saya juga ingin menyatakan penghargaan kepada bekas Menteri Kewangan, Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana membentangkan Belanjawan Negara bulan lalu. Meskipun terdapat perbezaan dasar yang ketara di antara kami dalam Pakatan Rakyat dan Perdana Menteri, bekas Menteri Kewangan, saya ingin melahirkan rasa hormat dan menghargai usaha beliau sehingga dapat membentangkan satu belanjawan dalam keadaan krisis yang besar yang hampir melanda pada ketika itu.

Hanya setelah setengah purnama berlalu, keadaan negara bertambah meruncing. Keadaan dianggap sudah sampai ke tahap parah. Persoalan yang pertama yang harus kita bahaskan, adakah wajar untuk kita meneruskan perbahasan tentang satu belanjawan yang sudah ketinggalan melihat kepada unjuran, angka, fakta, data, satu setengah purnama yang lalu dengan keadaan sekarang. Apakah wajar Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini diminta untuk terus berbahas satu belanjawan yang sudah tidak realistik, tidak menepati fakta dan tidak mampu mengangkat ekonomi dan menyelamatkan negara kita dari kemelut ekonomi yang kian meruncing.

Continue reading ‘Transkrip Perbahasan Belanjawan 2009′


Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

DAP pertikaikan puisi 'ratu anjing'

Minggu ini sastera menjadi bahan perbincangan politik yang panas. Selepas cerpen dipertikaikan di Dewan Rakyat, hari ini puisi menjadi topik perbahasan seorang lagi wakil rakyat DAP.

Tokoh utamanya Lim Kit Siang mengecam 'Politik baru YB J' karya Datuk Chamil Wariya kelmarin, sementara wakil Segambut, Lip Lim Eng mempertikaikan puisi 'Ratu Anjing; Yang Melengking Itu' seperti diterbitkan di Utusan Malaysia hari ini.

Lip menganggap sajak itu berkaitan dengan wakil rakyat Seputeh, Teresa Kok, yang dituduh membangkitkan isu azan dan sensitiviti orang Islam - walaupun ahli parlimen itu menafikannya.

Selepas bebas daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hujung minggu lalu, kenyataan Teresa yang menyamakan makanan dalam tahanan seumpama "makanan anjing" menjadi kontroversi lagi.

Puisi lima rangkap itu dianggap kontroversi di beberapa bahagian kerana dipercayai mengupas persoalan semasa.

Antaranya di ketiga dan terakhir:

utusan malaysia teresa kok puisi insult ratu anjing dr ibrahim ghaffar 161008Suci suatu subuh itu terganggu,
salak anjing antara azan yang syahdu,
melihat kelibat siluman dan hantu,
tawakal muazin menuju nawaitu,
tertip titipan taqwa pada yang satu,
biarkan ratu anjing itu menyalak waktu,
bukit bukau tetap jitu,
gunung-ganang tetap padu,
manusia perlu berakal dan berilmu,


(ketiga)

Kok anjing biar menyalak,
kok bukit biar berpuncak,
kok terasa menyelar bijak,
bumi juga tempat berpijak,
padah kita bila kata terlajak.

(terakhir)

Menurut akhbar berkenaan, ia disiapkan pada 22 September lalu, dua hari sebelum Teresa, yang juga exco kanan kerajaan dibebaskan daripada tahanan ISA.

Sajak karya Dr Ibrahim Ghaffar itu asalnya dibacakan di majlis baca puisi Persatuan Penulis Nasional (Pena)-Dewan Sastera baru-baru ini.

Dalam penjelasannya kepada Malaysiakini hari ini, beliau berkata, karyanya itu hanyalah sekadar peringatan umum agar seseorang yang ingin berbuat sesuatu hendaklah bertindak dengan bijaksana dan penuh kematangan.

Dr Ibrahim menambah, seseorang yang bercakap perlu berwaspada dan jangan sampai terlajak kata kerana ia boleh membawa mudarat.

"Ia seperti kata pepatah Melayu 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa'.

"Ia hanyalah sebuah puisi umum dan tidak ditujukan kepada sesiapa," katanya.

DAP dijangka melaporkan puisi ini kepada polis esok.

Hari ini parti itu membawa cerpen tersebut, yang mengisahkan seorang wakil rakyat wanita Cina mati ditembak, kepada polis.Iklan Istimewa


Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Zaki calon baru ketua hakim negara

K Kabilan | Oct 16, 08 6:05pm

Majlis Raja-Raja Melayu hari ini memutuskan untuk mencalonkan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zaki Azmi sebagai ketua hakim negara yang baru untuk menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Mohamad yang akan bersara.

bm version chief justice of malaysia 151008Keputan tersebut dibuat hari ini dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja yang berlangsung di Kuala Terengganu hari ini, demikian sumber-sumber memberitahu Malaysiakini.

Abdul Hamid akan bersara esok dan Zaki, yang terkanan dalam badan kehakiman, akan dilantik memegang jawatan tersebut.

Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa Majlis Raja-Raja melantik ketua hakim negara atas nasihat perdana menteri.

Perlantikan tersebut, yang belum dimumkan secara rasmi, dijangka mencetuskan kontroversi ekoran kaitan Zaki sebelum ini dengan Umno.

Beliau hanya dilantik ke Mahkamah Persekutuan September lalu dan dua bulan kemudiannya, dilantik sebagai presiden Mahkamah Rayuan.

Zaki kini berusia 63 tahun dan akan memegang jawatan tersebut sekurang-kurangnya selama tiga tahun kecuali perkhidmatannya dilanjutkan oleh kerajaan.

Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini bahawa pelantikan tersebut dibincangkan dalam mesyuarat hari, yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dan semua menteri besar dan ketua menteri.

Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Alahai Dr. Puad Zarkashi

Oleh hazik

" Saya mengenali Dr. Puad Zarkashi (DPZ) semasa di UM. Pernah memegang jawatan SU Agung PMUM awal 80-an. Bergiat cergas dalam gerakan mahasiswa dan tampil juga dalam unjuk rasa (isu Israel, pencabulan Amerika ke atas Lebanon, akta pertubuhan, dan macam-macam lagi..) Pokoknya dia adalah hero di kalangan mahasiswa. Pernah dia menjadikan sdr Anwar Ibrahim (DSAI) yang ketika itu Presiden ABIM sebagai idolanya.

DSAI menjadi pengetua di Yayasan Anda Akademik (YAA) Jalan Pantai Baru. YAA juga ada cawangan di Kg. Baru. Pernah juga menjadi tenaga pengajar di YAA Jln. Pantai Baru, bersama dengan Fuad Hassan (bekas ADUN Ulu Klang), Suhaimi Ibrahim (bekas ADUN Benta) Kamarudin Mohd. Nor (bekas ADUN Pasir Putih / pendaftar YAA), dan ramai lagi mereka yang bersama DSAI telah menjadi "orang yang bukan sembarangan" seluruh negara dan luar negara sebagai duta dan atase di MSD.

Masa TDM naik jadi PM (ambil alihdari almarhum Datu Hussein Onn), TDM panggil DSAI ke pejabatnya. Sejak itulah negara dikejutkan akan kemasukan DSAI ke dalam Umno dan serentak itu jugalah PAS dan penyokongnya begitu kecewa keran DSAI memilih jalan yang silap. DPZ juga adalah di antara orang yang paling kecewa sekali akan perkembangan DSAI memilih Umno bukannya PAS.

DPZ pernah membayangkan kepada kami dan rakan-rakan (ahli usrah di Abim) bahawa dia akan aktif dalam PAS. Kebetulan pula saya berpindah ke lain negeri, dan tidak kedengaran berita akannya kecuali pada pertengahan 1990-an ada bertemu DPZ di masjid UKM (sedang menyiapkan PhDnya). Selepas itu hilang lagi.

Semenjak 1998 (DSAI dipecat dan dipenjarakan) tidak kelihatan pun muka-muka yang telah mewarnai kebangkitan kegemilangan DSAI, sebaliknya hilang, senyap dan lenyap kerana khuatirkan periuk nasi mereka ditiarapkan oleh TDM. DPZ juga tentu berasa selesa dengan keadaan DSAI yang di"Sg. Buluh"kan.

10 tahun telah berlalu. DSAI melakukan 'come back' dalam politiknya. Kebetulan pulak DPZ kali pertama duduk di parlimen sebagai MP Batu Pahat. Sebelum ni dia dilantik sebagai senator. Dan bila DSAI menjadi MP Permatang Pauh, maka bertemulah DPZ dengan DSAI dalam satu gelangang berlainan barisan.

Sejak akhir ini saya cukup bertuah kerana dapat menyaksikan dua orang yang pernah berusrah dengan saya berada di parlimen. Kalau dulu saya melihat dalam debat minyak bagaimana Sabry Cheek dilelehkan air liurnya oleh DSAI, tetapi lepas ini DSAI tentu akan ada resepinya untuk membuat sesuatu pula kepada DPZ. Dengan Nik Nazmi (ADUN Seri Setia) pun DPZ tercungap, apa lagi dengan DSAI...!!

Pesan saya buat DPZ, DSAI ada aura tersendiri untuk lawan penentangnya. Kalau sekadar bersenjatakan "isu Abrar" untuk menghadap DSAI, ianya belum cukup lagilah DPZ.

Alahai..... Lu Fikirlah Sendiri .....DPZ..!!"

Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Anggota Kabinet diselar mula jauhi Pak Lah

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Johari Baharom menyelar segelintir anggota Kabinet yang didakwa mula menjauhkan diri daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berikutan pengumuman tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno.

Johari berkata, beliau pernah melalui pengalaman yang sama ketika bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersara pada Oktober 2003.

"Saya telah melalui semua ini ketika Dr Mahathir bersara dahulu.

"Saya adalah bekas setiausaha politik beliau dan saya lihat ini berlaku. Dan segala yang dilalui Dr Mahathir itu, Pak Lah akan lalui juga," katanya pada penutup Program Semangat Kemerdekaan anjuran Biro Tata Negara di Akademi Kenegaraan di sini, hari ini.

Johari berkata, sepatutnya semua pihak, terutama ahli-ahli Kabinet wajar terus menghormati Abdullah walaupun beliau telah mengumumkan tempoh persaraannya kerana beliau tetap Perdana Menteri sehingga hari terakhir.

"Tetapi saya lihat kini ada pihak yang mula melarikan diri dari Pak Lah pada saat-saat akhir khidmat beliau," tambahnya.

Mengimbau pengalamannya dengan Dr. Mahathir, Johari berkata, beliau masih ingat bagaimana pada hari terakhir bekas Perdana Menteri itu mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet pada hari Rabu tiga hari sebelum bersara, beliau masih bersikap seperti seorang Perdana Menteri dan tidak seperti seorang yang akan bersara.

"Saya harap, Pak Lah juga akan bersikap begitu dan saya harap semua pihak juga akan terus menghormati Pak Lah sebagai seorang Perdana Menteri," tambahnya.

Sementara itu, Abdullah ketika menutup program berkenaan berkata, beliau tidak akan berhenti berjuang untuk memertabatkan negara dan bangsa walaupun dalam kapasiti yang berbeza.

Katanya, beliau akan meneruskan perjuangan beliau itu selagi "nyawa di kandung badan".

Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Majlis Raja-Raja: Jangan pertikai kontrak sosial

KUALA TERENGGANU: Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 yang berlangsung di Istana Maziah di sini hari ini mengeluarkan satu kenyataan akhbar khas berhubung beberapa perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat menghadiri mesyuarat itu dengan diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mesyuarat dua hari itu yang berakhir hari ini dipengerusikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

Berikut adalah salinan penuh kenyataan akhbar khas berkenaan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah hari ini.

"Kenyataan Akhbar Yang Dikeluarkan Oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Mengenai Peranan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagan Persekutuan.

"Raja-Raja Melayu yang menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah berunding mengeluarkan kenyataan akhbar khas bersama pada hari ini.

"Raja-Raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, melindungi Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.

"Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.

Sebagai tindak balas, beberapa pihak terutama pemimpin-pemimpin Melayu sama ada yang berada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan telah menyuarakan rasa tidak paus hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan.

"Antara sebab-sebab yang dikenal pasti berlakunya perkara ini ialah kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan terhadap latar belakarang sejarah mengapa peruntukan-peruntukan tersebut dimaktubkan dalam Perlembangaan Persekutuan dan pengaruh prinsip-prinsip kesaksamaan dan keadilan yang cuba diimplikasikan di negara ini tanpa berjunjungkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara ini.

Kepentingan politik sempit juga merupakan penyebab berlakunya perkara ini.

"Gejala ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.

"Justeru, adalah perlu Majlis Raja-Raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain.

Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan, pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai Social Contract.

Social Contract ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia.

Untuk itu Raja-Raja Melayu wajar mempertingkatkan supaya isu berkaitan Social Contract tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.

"Sesungguhnya, angkatan pemimpin di era pra-kemerdekaan, berfikiran dalam berpandangan jauh.

Raja-Raja Melayu telah dibawa bersama semasa rundingan menuntut kemerdekaan.

Institusi Raja dikekalkan dan dimaktubkan secara perundangan dalam Perlembagaan Malaysia Merdeka.

Institusi raja diberikan kemuliaan, ditempatkan di puncak Kerajaan, sebagai Ketua Negara dan Ketua Negeri, laksana payung pelindung, menjamin berlakunya kesaksamaan di kalangan warga.

Institusi Raja Berperanan sebagai faktor penyemak dan pengimbang, untuk merungkai sebarang kekusutan, sekiranya berlaku.

"Majlis Raja-Raja juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, melindungi agama Islam, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok.

"Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

"Adalah diharapkan dengan penegasan tersebut, segala kekeliruan berhubung dengan perkara ini di kalangan rakyat jelata dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara." Kesemua Sultan dan Yang Dipertua Negeri menghadiri mesyuarat itu kecuali Pahang, Johor, Terengganu, Perlis dan Negeri Sembilan.

Sultan Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Sultan Johor diwakili Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar dan Sultan Terengganu diwakili Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.

Negeri Sembilan diwakili Pemangku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Naquiyuddin Ibni Tuanku Jaafar dan Perlis diwakili Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Turut hadir Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri kecuali Sarawak yang diwakili Menteri II Perancangan dan Pengurusan Sumber, Datuk Seri Awang Tengah Ali Hasan. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah berkata, perkara-perkara berkaitan pertahanan, keselamatan, kedudukan ekonomi negara, Biasiswa Yang di-Pertuan Agong termasuk cadangan pelantikan Ketua Hakim Negara Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Malaya telah dibincangkan dalam mesyuarat itu.

BERNAMA

Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty



Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising