Bulan September sudah berlalu tetapi belum ada maklumat menyebut bahawa wang royalti petroleum dan gas negeri Terengganu sudah diperolehi secara rasmi sebagaimana dijanjikan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika lawatan beliau ke Terengganu baru-baru ini.
Difahamkan sehingga berlalunya bulan berkenaan, Kerajaan Negeri belum lagi menerima wang royalti petroleum dan gas itu.
Terbaru menurut sumber yang boleh dipercayai, Kerajaan Pusat membuat perjanjian baru bahawa royalti berkenaan akan diserahkan tahun hadapan.
Kalau mengikut perkiraan sekadar janji mulut pemimpin Umno seperti Abdullah, memang malang nasib rakyat Terengganu memilih Umno untuk memerintah Malaysia dan negeri itu sendiri kerana kesusahan mereka tidak dijadikan perhatian utama sehingga sanggup melambat-lambatkan royalti petroleum berkenaan yang sekian lama diidamkan seluruh rakyat.
Sekali lagi rakyat dipermain-mainkan dengan janji kosong, tetapi adakah rakyat suka dengan sikap pemimpin seumpama itu?
Sudah tiba masanya rakyat Terengganu menjaga harga diri dan maruah mereka agar tidak lagi dipermainkan sebegitu rupa.
Satu keazaman baru mestilah dibenam dalam diri masing-masing agar Umno tidak lagi diberi muka menghina dan mempermainkan rakyat negeri Terengganu khususnya dan Malaysia amnya dengan janji-janji kosong yang menyusahkan mereka.