Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Tuesday, October 7, 2008

Ekonomi Dunia merudum

7 Oktobr 2008 Bersamaan 7 Syawal 1429H

Dunia kini dilanda kemelesetan ekonomi kesan kejatuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dipercayai akibat dari hilang kawalan kredit.

Di London, Agensi melaporkan Bursa saham dunia merudum semalam, mencatatkan kejatuhan terburuk dalam tempoh empat tahun berikutan panik di kalangan pelabur berhubung sama ada pakej untuk menyelamat krisis kewangan Amerika Syarikat (AS) akan meredakan krisis kewangan global.

Pasaran saham di London, Frankfurt dan Paris merudum lebih enam peratus sebelum melonjak semula manakala bursa saham di Moscow digantung buat kali kedua.

Sejumlah syarikat di Britain kehilangan nilai saham £60 bilion (RM364 bilion) dalam tempoh beberapa minit.

"Terdapat suasana panik," kata seorang penganalisis strategi dengan firma ING, Andrian van Tiggelen.

"Setiap orang berharap selepas pakej menyelamat di AS dan usaha menyelamat dilakukan di Eropah, semua suasana akan kembali tenang tetapi terdapat kebimbangan kuat akan berlakunya teori domino," tambahnya.


BROKER-BROKER saham berkumpul di Bursa Saham New York semalam.


Iceland menggantung perniagaan dalam saham kewangan termasuk tiga bank utama ketika terdapat laporan bahawa kerajaan menyelamatkan sektor perbankan.

Di Asia, indeks bursa saham Tokyo menurun 4.25 peratus ketika Hong Kong jatuh lima peratus, Seoul merosot 4.3 peratus dan Sydney merudum 3.3 peratus.

Indeks bursa saham terbesar Arab di Riyadh menurun hampir 10 peratus dan pasaran saham di beberapa negara di Teluk juga merudum termasuk Kuwait.

Bursa saham di New York turut menurun apabila indeks Dow Jones jatuh di bawah paras 10,000 mata buat pertama kali dalam tempoh empat tahun.

Keadaan itu berlaku ketika pelabur-pelabur bimbang krisis kredit akan mengheret ekonomi menjadi kemelesetan.

Antara saham perkhidmatan kewangan yang jatuh adalah Bank of America sebanyak lebih sembilan peratus.

Ketegangan berterusan dalam pasaran kredit meningkatkan kebimbangan mengenai masa depan ekonomi manakala tindakan menyelamatkan bank-bank di Eropah mencetuskan kebimbangan berhubung institusi kewangan global.


PELABUR-PELABUR meneliti indeks saham di bandar raya Kuwait semalam.


Sementara itu di Brazil, pasaran saham digantung selama beberapa minit ketika dibuka selepas indeks jatuh lebih 10 peratus.

Pasaran saham di Prague, Republik Czech jatuh 8.46 peratus yang merupakan kejatuhan terbesar sejak 1993.

Kejatuhan itu berlaku selepas pakej menyelamat AS diluluskan.

Ia diluluskan berikutan krisis kewangan menyebabkan Bank Lehman Brothers muflis manakala firma gergasi insurans, American International Inc., (AIG) terpaksa diselamatkan oleh Rizab Persekutuan AS.

Sementara itu di San Antonio - Kerajaan Amerika Syarikat (AS) semalam menyatakan bahawa White House memantau dengan teliti situasi ekonomi di seluruh dunia.

Menurutnya, agensi-agensi kewangan AS juga sentiasa berhubung dengan agensi-agensi yang sama di seluruh dunia.

Jurucakap White House, Scott Stanzel berkata, pihaknya memantau situasi ekonomi bukan sahaja di AS malah di seluruh dunia.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas beberapa indeks bursa saham dunia merudum. "Para pegawai dari beberapa agensi kerajaan seperti Perbendaharaan dan Rizab Persekutuan juga sentiasa berhubung dengan rakan sejawat mereka dari luar negara," katanya.

Menurutnya, hubungan itu dilakukan untuk menjalinkan kerjasama bagi mempromosikan kestabilan dan meningkatkan keyakinan terhadap pasaran AS.

Dalam pada itu, Harga minyak mentah jatuh bawah AS$90 (RM313.88) setong semalam iaitu yang terendah dalam tempoh lapan bulan berikutan tekanan akibat ramalan bahawa krisis kredit global akan menyebabkan kejatuhan mendadak dalam permintaan.

Minyak mentah light Amerika Syarikat (AS) bagi penghantaran November jatuh sebanyak AS$4 (RM13.94) setong kepada AS$89.88 (RM313.47) pada pukul 9 malam waktu Malaysia semalam.

Ia kemudian menurun kepada AS$88.89 (RM310) setong iaitu yang terendah sejak Februari lalu.

Harga minyak menurun hampir 40 peratus selepas meningkat kepada AS$147.27 (RM513.59) pada 11 Julai lalu.

Minyak mentah Brent London turut menurun AS$3.54 (RM12.34) kepada AS$86.74 (RM302.49) setong.

Permintaan minyak di AS iaitu pengguna tenaga utama di dunia, mengalami kejatuhan pada tahun ini manakala penggunaan di Jepun serta Eropah juga lemah.

Seorang penganalisis tenaga dengan firma Purvin & Gertz di Singapura, Victor Shum berkata, permintaan minyak di negara-negara maju sudah perlahan sejak Mei lalu iaitu sebelum kegawatan kewangan melanda AS pada bulan lalu.

“Ini meningkatkan sentimen bahawa kita akan melihat ekonomi perlahan atau kemelesetan dan ia tidak baik untuk permintaan minyak,” katanya.

Presiden Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), Chakib Khelil berkata, OPEC akan membuat keputusan untuk berusaha mengimbangi bekalan minyak pada Disember ini.

Menurutnya, permintaan minyak sudah jatuh tiga juta tong sehari berikutan kekurangan keperluan di negara-negara utama pengguna manakala bekalan masih lagi stabil.

Berdasarkan kajian agensi berita Reuters, bekalan minyak OPEC jatuh untuk bulan lalu iaitu penurunan buat pertama kali sejak April lepas.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising