Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, October 6, 2008

Racun tidak berkesan- kata Bible?

6 Oktober 2008 bersamaan 6 Syawal 1429H
Tanpa prejudis kepada mana-mana agama dan penganutnya saya ingin menceritakan sedikit isu berkait dengan klip video yang dimainkan oleh anak-anak saya di Chendering, Kuala Terengganu, hari raya kedua melalui lap top salah seorang anak saya tentang perdebatan hebat antara Pendakwah dari benua Afrika yang terkenal, Sheikh Ahmed Deedat dengan seorang pendakyah Keristian yang saya lupa namanya.

Perdebatan tentang Apakah Nabi Isa (Jesus) itu Tuhan? amat menarik apabila Deedat mengemukakan fakta bahawa tidak ada dalam mana-mana Bible menyebut bahawa Jesus berkata "I'm God. (Saya adalah Tuhan)."

"Cuba kemukakan kepada saya mana-mana versi Bible yang menyebut perkara itu,"cabar beliau kepada peserta debat itu yang dibuat di Stockholm, Sweden, tidak lama dulu.

Apa yang dibalas oleh Pendakyah Keristian itu hanyalah serangan peribadi terhadap Deedat menuduhnya menfitnah Jesus.

Dalam satu insiden lain di majlis yang sama seorang peserta debat itu mengemukakan suatu perkara menarik dengan menyerahkan sebotol racun kepada pengemuka Keristian berkenaan untuk memintanya meminum racun itu bagi membuktikan benarnya satu ayat dalam sebuah Bible menyebut bahawa sesiapa penganut agama Keristian boleh meminum racun kerana ia tidak akan memudarat penganut itu.

Ertinya racun yang diminum itu tidak akan memberi kesan sediktpun kepada diri penganut agama itu dakwa Bible berkenaan.

Pendakyah Keristian itu mengambil botol berisi racun berkenaan dari peserta yang hadir, lalu dibawa ke atas 'restron' dan dituang dalam gelas yang disediakan, kemudian apa yang berlaku?

Bukan dia meminum racun itu tetapi dia bersyarah mengatakan Jesus adalah raja kepada segala raja. Dia tidak akan membuka mulutnya untuk memasukkan sesuatu yang memudaratkan dirinya.

Apa kesudahannya racun berkenaan? Racun dalam gelas plastik itu akhirnya dituangnya di sebuah pasu bunga yang ada di pentas tempat berlangsungnya debat berkenaan dan botol racu berkenaan diserahkan kembali kepada peserta terbabit.

Kesimpulan dari insiden ini ialah sehingga hari ini mana-mana agama dan bijak pandai seluruh dunia sejak zaman silam tidak akan berjaya menafikan bahawa Islamlah sebenarnya ajaran yang benar datang dari Allah mengatasi agama lain.

Islam itu tinggi dan tidak ada sesuatu agama lain boleh mengatasi ketinggian dan kemuliannya sehingga hari kiamat.

Allah berfirman yang bermaksud, "Sesungguhnya Din (cara hidup yang sebenar) di sisi Allah ialah Islam."

Firman Allah lagi yang bermaksud, "barangsiapa yang menjadikan selain dari Islam sebagai Din maka ia ditolak."

Melayu Islam tak cukup dua orang lagi?

6 Oktober 2008 bersamaan 6 Syawal 1429H

Pada malam hari raya ketiga sepupu saya (nama dirahsiakan) datang ke rumah saya di Chendering, Kuala Terengganu bersama tiga anak lelakinya berhari raya, menceritakan tentang perkembangan terbaru Pakatan Rakyat (PR).

Sepupu saya ini kuat Parti Keadilan Rakyat (PKR), keretanya pernah digunakan untuk 'escort' kepimpinan PKR termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hari raya Idul Fitri tahun lepas, saya nampak keretanya muncul di majlis Idul Fitri Anwar di sebuah pejabat perumahan berhampiran bulatan Batu 6, Jalan Kelantan Kuala Terengganu.

Ringkas ceritanya, sepupu ini menceritakan tentang bagaimana korum Melayu Islam untuk kumpulan ahli parlimen (MP) Pakatan belum melebihi kumpulan bukan Melayu untuk melihat pertukaran kerajaan pusat dari Barisan Nasional (BN).

"Tak cukup dua orang lagi," jelasnya, setelah difahamkan maklumat itu diterimanya dari sumber dalaman PKR.

Menurut beliau dikatakan Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pun berkenan jika kumpulan Melayu Islam lebih ramai berbanding yang lain.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri berucap menegaskan pendirian parti itu tentang jumlah orang Islam melebihi lainnya dalam kumpulan MP Pakatan di banyak majlis dan pertemuan yang dihadirinya sebelum ini.

Sepupu saya juga mendedahkan terdapat ahli parlimen dari Terengganu yang dikatakan akan menyeberang ke Pakatan Rakyat antara lain seorang MP yang dikatakan akan diberi jawatan Menteri Undang-undang dan Kehakiman menggantikan Datuk Zahid Ibrahim.

"Tak ada orang lain ke yang boleh ganti Zahid," soal saya ketika mengetahui nama MP berkenaan. Saya kenal lebih kurang MP berkenaan. Setahu saya dia tidak ada latar belakang undang-undang dan dikatakan terbabit pula dengan skendal rasuah.

"Tak ada orang lain lah tu," katanya sinis. Nampaknya Umno ketandusan pemimpin sekarang, terpaksa meletakkan orang yang tidak berkelayakan untuk menerajui kementerian tertentu, detak hati saya.

Nasib malang menimpa Umno sudah pasti menimbulkan krisis kepimpinan yang ketara dewasa ini.

Sepupu saya itu bercakap lagi menyentuh kemasukan Ezam Mohd. Nor ke dalam Umno. Dari mula-mula Ezam ura-ura mahu masuk Umno lagi dia hanta e-mail kepada saya memaklum dan mempersoalkan tindakan Ezam itu.

Beliau percaya kemasukan Ezam dalam parti itu bukan kerana perjuangan tetapi kerana habuan kebendaan.

Beliau mendedahkan bahawa ada cerita mendakwa Ezam sebelum itu sudah mahu masuk Umno. "Bila," soal saya. "Sebelum beliau tubuh Gerakan Demokrasi dan Anti Rasuah (Gerak) lagi, ketika beberapa orang kepimpinan PKR mengisytiharkan diri masuk Umno selepas tragedi Anwar dihukum penjara kononnya atas kesalahan rasuah," jawab beliau.

Tetapi oleh sebab-sebab tertentu, Ezam dikatakan terhalang berbuat demikian. Saya sekali lagi ingin mengimbau kenyataan Ezam ketika melancarkan Gerak di Terengganu di sebuah resort tidak lama dulu.

Ezam menafikan beliau akan masuk Umno ketika ditanya peserta dalam perjumpaan tersebut. Katanya, perjuangan beliau ialah memerangi rasuah dan apa yang sesuai buat masa itu dengan perjuangannya ialah PAS.

"Kalau saya mahu berjuang dalam politik kepartian sekalipun saya akan memilih PAS bukan Umno. Ramai rakan-rakan saya dalam PAS mengajak saya masuk PAS," jelasnya.

Kenyataan itu saya rakamkan secara visual dan disiarkan oleh TVPAS.com dalam bentuk berita.

Justeru apa kesudahan politik Ezam dalam Umno? Sehingga kini belum kelihatan jelas Ezam muncul atau diketengahkan oleh media pro BN sebagai tokoh kepimpinan masa depan Umno.

Mungkin Ezam hanya menjadi seperti melukut di tepi gantang sahaja, saya tidak dapat membuat telahan itu.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising