Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Sunday, October 5, 2008

'Standing Power' Pakatan masih goyah

5 Oktober 2008 bersamaan 5 Syawal 1429H

(11:26 pagi) Saya masih melihat Pakatan Rakyat (PR) satu pakatan parti-parti yang rapuh kerana ia tidak didiklerasikan sebagai satu pertubuhan politik yang mempunyai perlembagaan dan peraturannya tersendiri, diiktiraf oleh undang-undang Malaysia.

Saya menyifatkan ia suatu isu yang menyumbang ke arah kecelaruan pakatan politik kerana 'standing power' yang tidak utuh ini.

Adanya perlembagaan dan peraturan yang diiktiraf adalah suatu 'standing power' yang kukuh untuk memulakan gerakan politik walaupun diketahui tidak semua peraturan perlu didedahkan secara terbuka sehingga sistem kerahsiaan taktik dan strategi tidak diwujudkan.

Ini termasuk apa yang dikatakan sebagai antara penyusunan kerja atau 'tanzim' dalam istilah gerakan.

Saya telah banyak menemui kepimpinan politik yang suka berdolak dalih apabila suatu kenyataan dan persetujuan dibuat tanpa dicatit sebagai bukti hitam putih. Dan saya tidak suka untuk mendebatkannya kerana ia boleh merenggangkan hubungan kita dalam gerakan politik.

Sikap seperti inilah yang akan menimbulkan kontradiksi dalam ikatan serapuh Pakatan Rakyat itu. Soal keyakinan rakyat terhadap pakatan suatu hal yang lain tetapi jangan ada pemimpin yang akan menafikan persetiaan atau aku janji yang dibuat sebelum ini kerana ia tidak dicatat dan dimetrai di atas kertas.

Mereka boleh melupakan perakuan dibuat demi semata-mata menyelamatkan survival politik dirinya atau partinya sendiri akibat daripada itu.

Saya cukup bimbang dengan persatuan atau pakatan seumpama ini. Saya juga tidak nampak suatu asas yang kukuh dimetraikan pakatan dan boleh memberi input memuaskan kepada rakyat dan negara Malaysia jika sistem politik berperlembagaan atau berperaturan tidak diwujudkan di saat ini.

Saya mahu melihat perjuangan politik rakyat dibina di atas asas yang sihat dan bermoral kerana di atas asas itulah kita mahu bina rakyat dan negara kita.

Jika asas yang tidak kukuh dan tidak bermoral kita canangkan maka di atas asas itulah juga kita bina rakyat dan negara kita di masa hadapan.

Oleh itu suatu penyusuanan atau satu bentuk perlembagaan politik Pakatan Rakyat perlulah dicipta mengikut kesesuaian semasa dan asas-asas kukuh sehingga Pakatan menjadi wadah bermakna bagi rakyat Malaysia untuk membina 'Malaysia Baru' yang lebih baik dan mesra rakyat.

Jelapang Setiu bila nak buat?

Ahad, 5 Oktober 2008 bersamaan 5 Syawal 1429H

Saya mula menaip untuk menulis sebuah buku yang dianggarkan terangkum di dalamnya rencam hidup dan pandangan saya mengenai beberapa perkara berdasarkan pengalaman dan ilmu saya yang sedikit untuk tatapan umum.

Ini adalah buku saya yang pertama ditulis selepas solat subuh di rumah sewa saya di Kampung Banggol Tok Jiring, Kuala Terengganu, ketika anak-anak isteri saya yang kedua, Halimah binti Jusoh mula bangun (tetapi agak lembab) untuk ke sekolah.

Sekolah hari ini baru dibuka. Mereka agak lembab kerana ada yang baru pulang dari rumah saudara mara mereka di Setiu dan Besut. Tentu sekali mereka keletihan.

Kak Long Nasibah, Kak Ngah Atiqah dan Kak Teh Nur Amalina malam semalam baru pulang dari sana bersama Bapa Saudaranya yang mereka panggil Pak Ngah yang tinggal di Setiu.

Saya berbual dengan Pak Ngah yang masih bekerja sebagai pegawai di sebuah agensi kerajaan persekutuan tentang projek jelapang padi di Setiu.

Katanya, projek jelapang itu beliau tidak tahu statusnya bagaimana. Kawasan itu dipenuhi dengan pokok gelang dan balak.

Agak sukar untuk siapkan jelapang itu dalam keadaan ia berasal dari hutan. Beliau tidak yakin dalam masa empat tahun projek itu boleh siap dengan cepat kerana ia satu kawasan agak luas.

Beliau tidaklah pula mengetahui keluasan sebenar jelapang itu. Apa yang menjadi masalahnya beliau bimbang projek berkenaan gagal selepas hutan itu diteroka dan balak dikeluarkan.

Sepatutnya projek itu berjalan dengan lancar.

Beliau membuat cadangan bahawa kawasan penaman padi sedia ada di Setiu berhampiran dengan kawasan jelapang itu dipulihkan semula dengan membaiki sistem salirannya sebagai satu usaha persediaan untuk melaksanakan projek lebih besar membabitkan 3,200 hektar tanah itu.

Jika berjaya projek menghidupkan kawasan penanaman padi sedia ada seluas 100 ekar itu sudah pasti ia sebagai pemula untuk merealisasikan projek besar berkenaan.

Saya menyebut tentang bagaimana Amerika Syarikat (AS) menjadikan pertanian untuk keselamatan negara menjadi agenda penting negara kapitalis barat itu.

Dipercayai AS telah menjadikan undang-undang bahawa setiap kawasan pertanian telah ditetapkan jenis tanamannya, tidak boleh lagi diubah untuk jenis pertanian dan kawasan lain dari itu.

Di Malaysia amalannya tidak sedemikian. Sesiapa sahaja boleh mengubah tanah pertanian kepada tanah untuk perumahan jika dia mahu dengan membuat permohonan di pejabat tanah daerah masing-masing.

Bagaimanapun di Terenganu dikatakan secara dasarnya tanah pertanian tidak boleh lagi ditukar syarat kepada tanah perumahan kononnya atas dasar memajukan industri pertanian di negeri tersebut.

Saya terlintas untuk mendapatkan latar belakang cerita berkaitan ura-ura kerajaan Terengganu mahu jadikan Setiu sebagai jelapang padi.

Saya temui berita-berita di bawah ini dalam internet untuk tatapan bersama seperti berikut;

PAS Terengganu menyokong cadangan Menteri Besar membuka 3,200 hektar kawasan sawah padi di Setiu kerana ia bertepatan dengan Pelan Induk Pertanian 2001 – 2010 yang pernah digubal oleh kerajaan Terengganu dahulu.

Sokongan tersebut dinyatakan oleh Timbalan Pengerusi Lajnah Pertanian PAS Negeri Terengganu, Haji Mohamad Said ketika dihubungi Buletin Online, sebuah web rasmi parti tersebut.

Beliau mengalu-alukan cadangan Menteri Besar Terengganu yang baru itu dan berharap ianya akan dilaksanakan secepat mungkin.

Beliau berkata pembukaan ‘Jelapang Setiu’ telah dirancang oleh kerajaan PAS dahulu melalui Pelan Induk Pertanian Negeri Terengganu 2001 – 2010 (PIPNT).

Beliau berkata dalam rancangan PIPNT keluasan tanaman padi di Besut dan Setiu dijangka akan mencapai sehingga 10,623 hektar dari keluasan sedia ada ketika itu 5,499 hektar.

Beliau berkata PIPNT yang dirancang kerajaan PAS Terengganu adalah selaras dengan Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) yang bermatlamat untuk meningkatkan sumbangan sektor pertanian kepada ekonomi negara melalui peningkatan pengeluaran pertanian terutamanya tanaman makanan.

Beliau berkata sekiranya PIPNT dilaksanakan, Terengganu dapat menghasilkan keperluan pengeluaran padi sehingga 65 peratus.

”Pengeluaran padi sekarang hanya sekitar 35 – 40 peratus sahaja, kita mengimpot beras sekitar 60-65 peratus.

”keadaan ini kritikal, sekiranya keluasan tanaman padi dan pengeluaran padi tidak ditambah,” jelas Mohamad.

Beliau yang juga bekas Timbalan Pengarah Pertanian Negeri Terengganu bagaimana pun kesal kerana kerajaan Pusat tidak menyokong rancangan PIPNT.

”Kerajaan Pusat hanya memberikan bantuan kepada ‘Jelapang’ yang sedia ada,

”kategori ‘Jelapang’ di negeri Terengganu adalah kawasan penanaman padi dibawah KETARA di Besut.” tambah beliau.

Justeru beliau menyarankan supaya Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said mengadakan perundingan dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani supaya kawasan seluas 3,200 hektar yang dicadangkan dimasukkan didalam kategori ‘Jelapang’.

PIPNT telah dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu pada 22 Disember 2001 bersamaan 7 Ramadhan 1422H, dibawah Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu yang di pengerusikan oleh Dato’ Abu Bakar Chik.

PINT telah dilancarkan pada 26 September, 2002 bersekali dengan pelancaran dan pembukaan Pasar Borong Darul Iman oleh Menteri Besar ketika itu, Dato’ Seri Tuan Guru Abd Hadi Awang.

Sementara itu di Kemaman, 27 April, Bernama melaporkan Kerajaan Terengganu merancang membuka 3,200 hektar kawasan sawah padi dalam usaha untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan beras negara, kata Menteri Besar Datuk Ahmad Said.

Beliau berkata projek itu yang akan dilaksanakan di Setiu melibatkan penanaman padi tiga kali setahun dengan peruntukan sebanyak RM100 juta.

Katanya kerajaan negeri akan mengemukakan cadangan projek itu kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi mendapatkan peruntukan.

"Projek ini akan dilaksanakan sebaik kami mendapat peruntukan daripada kementerian," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) kampus Wilayah Timur di sini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mokhtar Nong dan Pengarah Intan, Dr Mohamad Hamzah.

Beliau berkata wakil kerajaan Terengganu telah melawat kawasan tanaman padi di Sekinchan, Selangor bagi melihat pelaksanaan projek penanaman padi tiga kali setahun itu.

“Kami akan menggunakan kawasan tanaman di Sekinchan sebagai model untuk pelaksanaan projek di Setiu nanti," katanya.

Dua berita ini menjelaskan bagaimana perancangan awal telah dibuat oleh PAS ketika memerintah dahulu. Ia semacam mahu diteruskan oleh Kerajaan Barisan Nasioal (BN).

Apapun rakyat Terengganu mahu melihat projek berkenaan dapat dilaksanakan dengan jayanya bagi kepentingan memajukan industri pertanian negara.

Kita tidak mahu melihat perancangan ini hanya tinggal perancangan kerana BN dan kepimpinannya lebih cenderung kepada projek yang mendapat untung berlipat kali ganda dalam masa yang singkat kurang memberi perhatian kepada projek jangka panjang seumpama itu.

Nasib malang bagi negeri Terengganu ialah kerana status perolehan semula royalti minyak masih kabur di saat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno dalam kedudukan goyah dicabar secara halus oleh rakan-rakan kabinetnya untuk berundur dari kuasa politik dan pentadbiran negara (dari emegang jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno).

Sudah pasti Kerajaan negeri itu bermasalah untuk mendapat modal RM100 juta dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu.

Bagaimanapun faktor kejayaan projek pertanian yang pernah dikendalikan sebelum ini nampaknya tidak mencapai kejayaan sepenuhnya. Ada yang separuh jalan seperti projek tanaman rossel juga (tidak silap saya) di Setiu.

Air minuman dari rossel tidak boleh bersaing di pasaran tempatan dan antarabangsa kemudian permintaannya menjadi berkurangan dari semasa ke semasa akhirnya mendorong terkuburnya projek berkenaan.

Sementara padi tidaklah seperti rossel kerana ia menjadi makanan asasi penduduk Asia termasuk Jepun dan Korea.

Jika perancangan teliti dibuat saya berpendapat projek ini boleh dimajukan dan mendapat pulangan yang lumayan kepada petani dalam jangka masa yang Panjang.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising