Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, September 22, 2008

Najib mahu Zahid jadi timbalannya?

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Hrkh) - Bukan dua Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam, tetapi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang digambarkan sebagai pilihan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjadi regunya mewarisi kepimpinan negara.

Iklan




Akhbar The Straits Times Singapura (ST) membayangkan perkara itu apabila melaporkan, para pemimpin Umno menyatakan Najib tidak berminat dengan Muhyiddin atau Mohd Ali dan lebih memihak kepada Zahid yang pernah menjadi Setiausaha Politiknya.

Perkara itu dinyatakan ketika akhbar melaporkan tentang minoriti kecil dalam Umno yang percaya Najib mahu mengekalkan keadaan yang ada sekarang di mana Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terus menjadi Presiden kerana beberapa sebab.

Sebab pertama, kata mereka, jika Najib menjadi Presiden Umno, beliau terpaksa memilih sama ada Muhyiddin atau Mohd Ali sebagai timbalannya. Sedangkan, beliau memihak kepada Zahid.

Selain itu, mereka percaya, jika Najib menerajui Umno sebelum pemilihan parti itu, ia akan mencetuskan perebutan sengit untuk jawatan Timbalan Presiden yang dijangka akan memecahbelahkan lagi Umno yang sudah pun retak di sana-sini.

Bagaimanapun, tidak ramai yang berpandangan demikian, lapor ST.

Kebanyakannya percaya Najib tidak sanggup berhadapan dengan risiko kehilangan penyokongnya sendiri jika beliau terus setia kepada Abdullah.

Najib tidak boleh lagi mempertahankan Abdullah.

Keinginan Abdullah untuk bertahan sehingga 2010 bagi memperbaiki rekod buruk pemerintahannya tidak diyakini oleh ahli-ahli Umno.

Seperti dilaporkan ST, ramai yang tidak yakin Abdullah mampu berbuat apa-apa.

Jika beliau tidak mampu mencapai apa-apa pun ketika kedudukannya kukuh, apa yang boleh dilakukan Abdulah ketika beliau begitu lemah?

Bubarkan semua parti perkauman

Sep 22, 08 6:33pm
Untuk kepentingan negara, “semua parti perkauman wajar dibubarkan segera” dan digantikan “dengan gabungan parti pelbagai bangsa”, kata Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

“Isu perkauman seharusnya diletak ke tepi dan tidak dijadikan agenda politik bagi mana-mana parti.

"Penggunaan sendi perkauman dalam dunia politik akan menyebabkan ketidakstabilan dan perpecahan,” kata ketua penerangan dewan itu Herman Samsudeen.

Gesaan itu sebagai susulan kenyataan Naib Presiden MCA Datuk Donald Lim Siang Chai yang dilaporkan mengingatkan masyarakat Cina tentang “bahaya” jika semua parti kaum itu berpihak kepada pembangkang dan hanya parti Melayu menjadi parti memerintah.

Menurut Donald lagi, senario itu sudah pasti akan mewujudkan ketegangan dan mencetuskan suasana tidak baik kepada perniagaan dan ekonomi.

Ekoran itu, Herman yang menyifatkan Donald “cuba menyemarakkan isu perkauman bagi memastikan MCA sebagai parti khusus kaum Cina tidak dibubarkan”.

Beliau menuntut pemimpin kanan MCA itu menarik balik kenyataannya dan dikenakan tindakan tegas.

Dalam kenyataannya hari ini, Herman berkata:

“Seandainya parti-parti kaum Cina berhijrah kepada pembangkang, negara ini bukan diperintah oleh kaum Melayu sahaja kerana ketika itu, Pakatan Rakyat yang berbilang bangsa ini akan jadi kerajaan.”

Beliau menyifatkan kenyataan Donald itu dibuat untuk memenangi hati kaum itu selepas wujud kecenderungan ahli-ahli parti komponen BN untuk bersama Pakatan.

'Mentaliti suka haramkan' punca PAS T'ganu tewas

Sep 22, 08 2:47pm
Pendekatan keras dan tiada senarai keutamaan menyebabkan PAS Terengganu tewas di tangan BN dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu, kata Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor, Khalid Abdul Samad.

“Kami di Selangor yang jauh lebih lemah daripada mereka, tetapi kami berjaya. Lalu apa yang perlu difikirkan ialah mungkin ada strategi dan kaedah mereka yang perlu diperbaiki.

“Kerana tidak ada sebab mereka harus kalah, sedangkan negeri-negeri lain yang yang lebih sukar, kita boleh menang,” katanya dalam satu temubual.

PAS negeri itu di bawah pimpinan pesuruhjayanya Datuk Mustafa Ali dikatakan mempunyai “mentaliti mengharamkan apabila berkuasa” daripada “menyediakan suasana maa'ruf”.

djz english teaching conference 080707 khalid samadAntara yang menjadi sasarannya, tambah Khalid, persembahan konsert, minuman keras, judi dan cara berpakaian.

"Kita cuba perhatikan, dengan majoriti Melayu muslim yang ramai, PAS Terengganu masih tidak dapat menang dalam pilihanraya umum ke-12, Mac lalu.

"Jadi, kita perlu lihat kembalilah mengenai kaedah kita, daya penarik kita dan sebagainya. Ini kerana, kita tidak boleh terlalu keras, kerana akhirnya orang tidak akan beri kita sokongan. Jadi, apa maknanya?

"Dari sini, saya rasa mereka mungkin tidak memahami dan masih tidak mahu cuba untuk memikirkan uslub dakwah yang lebih berkesan," kata Khalid.

Bercakap kepada Ummahonline.com minggu lalu, beliau turut mengkritik kenyataan Mustafa yang bernada tidak yakin dengan projek peralihan kuasa yang diusahakan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 16 September lalu.

Tindakan itu, menurut Khalid, “cukup merugikan kerjasama politik dan setiakawan” dengan dua parti lain dalam Pakatan Rakyat.

Mengulas kontroversi kenyataan Mustafa dalam Utusan Malaysia dan Harakah – masing-masing 11 dan 12 September lalu, Khalid berkata:

“Sama ada bermoral ataupun diktator (tindakan Mustafa), saya tidak mahu cakaplah. Tapi, memang tidak patutlah dia buat begitu.

“Dia sepatutnya menyedari bahawa Harakah sepatutnya digunakan untuk pandangan rasmi, ataupun untuk mana-mana pandangan-pandangan yang selari dengan pandangan yang rasmi."

Beliau turut mengakui, “sedikit sebanyak ada kebenaran” bahawa presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipengaruhi Mustafa dalam merumuskan keputusan parti.

“Saya rasa sedikit sebanyak mesti ada kebenaran. Saya tahu bahawa Ustaz Hadi menghormati Cikgu Pa dari segi bacaan politiknya,” katanya.

Rundingan sulit PAS-Umno, yang mendapat sokongan kuat Abdul Hadi, dikatakan didorong oleh analisis Mustafa.

9 Okt ibarat 'dengar guruh di langit'

"Jangan kerana mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan", demikian nasihat beberapa pemimpin Umno bahagian kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Presiden Umno minggu lepas digesa meletakkan jawatan tersebut sebelum mesyuarat bahagian-bahagian bermula pada 9 Oktober kerana dibimbangi beliau tidak mendapat cukup pencalonan.

Desakan itu - sebahagian strategi untuk menyegerakan peralihan kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak - disuarakan oleh beberapa anggota Majlis Tertinggi (MT), termasuk anggota-anggota kabinet, Khamis lalu.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin bahagian yang dihubungi Malaysiakini hari ini percaya suara-suara itu membuat keputusan "terlalu awal" kerana mesyuarat belum bermula.

Abdullah memerlukan pencalonan kira-kira 60 bahagian untuk layak bertanding.

Ketua bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata saranan seumpama itu "permainan orang yang gila hendak bertanding."

"Mesyuarat bahagian pun belum lagi, mana tahu mereka tidak sokong Abdullah? Kalau satu, dua bahagian mungkin adalah (yang tidak mencalonkannya).

"Permainan ini dibuat oleh agen-agen politik yang mahukan naib presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanding jawatan tersebut," katanya.

Di Pulau Pinang, tambahnya, sebahagian besar bahagian dipercayai akan mencalonkan Abdullah kerana beliau pengerusi perhubungan Umno dan juga perdana menteri.

Musa menambah, ahli-ahli akar umbi di negeri itu mahu presiden Umno erus menerajui parti selepas Disember ini.

Ketua bahagian Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman pula berkata, jika hanya beberapa anggota MT menggesa sedemikian bukan bermakna ia tidak mahu beliau bertanding.

Masing-masing membuat ramalan sedangkan, tambahnya, cara terbaik ialah menunggu bahagian mengadakan mesyuarat terlebih dahulu.

"Adakah kalau Abdullah berundur cepat, ia boleh menguatkan Umno? Jangan kerana mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan," katanya.

Ketua bahagian Umno Selayang, Datuk Ahmad Bhari Abdul Rahman berkata, cakap-cakap Abdullah bakal menghadapi masalah kuota pencalonan satu usaha meminggirkan perdana menteri.

"Dakwaan bahawa Abdullah tidak cukup pencalonan merupakan andaian sahaja kerana mesyuarat bahagian belum bermula," katanya.

Beliau menambah, jika kepimpinan tinggi Umno saling cabar-mencabar ia akan merebak sampai ke bawah.

Katanya, jika ia berlaku, Umno akan mengulangi peristiwa 1987 yang menyaksikan perpecahan dua puak dalam parti itu sebelum ia kemudiannya diharamkan.

Timbalan ketua bahagian Umno Semberong, Abidin Abdul Rahman berkata, Abdullah perlu mendapatkan maklumat yang jelas sebelum membuat sebarang keputusan.

Katanya, sebagai presiden parti, Abdullah tidak boleh terpengaruh dengan dakwaan bahawa beliau tidak cukup pencalonan.

Bagaimanapun, jika sahih bahagian-bahagian tidak mahukan beliau lagi, Abdullah tiada pilihan lain kecuali berundur.

"Dalam sejarah Umno, orang lebih sayangkan parti daripada individu.

"Lihatlah apa yang berlaku kepada bekas presiden Tun Dr Mahathir Mohamad selepas meninggalkan Umno, ahli tidak mengikut jejaknya," katanya.

Ketua bahagian Pokok Sena, Datuk Ahmad Lebai Sudin berkata, jika bahagian sudah tidak mahu kepemimpinan Abdullah lagi, beliau tidak akan dicalonkan.

"Kita kena ikut demokrasi, siapa yang ramai orang sokong, dialah yang jadi pemimpin," katanya.

Manakala ketua bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail berkata, Abdullah perlu melihat kehendak ahli-ahli terhadap kepimpinannya sekarang.

Katanya, jika ramai yang bercakap mereka tidak mahu lagi, Abdullah perlu berundur.

"Sebagai pemimpin, beliau perlu mengutamakan kepentingan parti dan bukannya kepentingan peribadi," katanya.

Ishak berkata, jika Abdullah berkeras mahu mempertahankan jawatan presiden, dan ada calon lain yang mahu bertanding, Umno akan berpecah-belah selepas perhimpunan agung kelak.

Ditanya calon yang paling sesuai dicalonkan sebagai presiden Umno, Ishak berkata, "orang ramai mahukan Datuk Najib".

"Orang kata, Abdullah sudah hilang kawalan dan kerana itu Umno perlukan nakhoda yang baru.

"Tengku Razaleigh Hamzah tidak sesuai menjadi presiden parti kerana sudah lanjut tempoh," katanya.

Timbalan ketua bahagian Semporna, Datuk Nasir Sakaran pula berkata, isu tersebut perlu diselesaikan oleh pucuk pimpinan tertinggi Umno.

Katanya, beliau enggan mengulas panjang perkara tersebut dengan alasan tidak mahu menimbulkan kontroversi di dalam parti.

"Apa yang penting ialah sama-sama mencari jalan menyatupadu dan mengukuhkan parti.

"Cakap-cakap yang keterlaluan bukan untuk mengukuhkan parti tetapi boleh menyebabkan ahli berbelah bahagi terhadap pucuk pimpinan," katanya.

Sementara naib ketua bahagian Pasir Mas, Che Johan Che Pa, berkata cara terbaik ialah memberi peluang kepada perwakilan bahagian menentukan pemimpin parti.

Katanya, ahli Umno yang lebih mengetahui pemimpin yang baik untuk parti itu.

Anggota MT Bocor Maklumat Petualang Dalam Umno, Kata Muhammad

Bernama | Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini menyifatkan mana-mana anggota Majlis Tertinggi (MT) parti itu yang membocorkan sebarang maklumat perbincangan tertutup mesyuarat MT kepada pihak luar sebagai petualang.

Beliau berkata sebagai anggota MT mereka sepatutnya perlu berpegang kepada etika dan tatasusila ketika menghadiri mana-mana mesyuarat sama ada di peringkat MT atau negeri.

"Kalau kita bocorkan apa yang dibincangkan dalam mesyuarat bermakna kita boleh dikategori sebagai petualang.

"Perangai petualang harus tidak ada pada pemimpin dalam parti kita kerana perbuatan ini jijik dan memalukan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 71 penduduk di Sungai Panjang di sini, yang rumah mereka rosak dilanda ribut semalam.

Muhammad berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar Berita Harian hari ini yang memetik kenyataan Ketua Pergerakan Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz yang menyelar tindakan anggota MT membocorkan maklumat dan menyifatkannya sebagai tidak amanah.

Terpulang kepada Perdana Menteri buat keputusan serah kuasa 9 Oktober ini, Muhyiddin

Terpulang kepada PM untuk berundur atau tidak 9 Oktober - Muhyiddin

22 Sep 2008 3:27PM

KL: Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata terpulanglah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memutuskan sama ada akan mengundurkan diri atau tidak pada 9 Oktober.

"Kita serahkan kepada Perdana Menteri dan juga Presiden Umno untuk memikirkannya. Saya tidak fikir ada keperluan untuk memberikan tekanan atau memperkatakan lagi mengenainya.

"Saya fikir beliau sedar apa yang berlaku pada peringkat akar umbi. Beliau boleh dapat banyak maklumat daripada para pegawai dan sumber-sumber politiknya untuk menilai apa yang telah berlaku di sana (akar umbi)," kata beliau ketika ditanya sama ada Perdana Menteri akan mengundurkan diri pada 9 Oktober.

Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Perniagaan Malaysia-Jepun, yang dianjurkan Persatuan Ekonomi Malaysia-Jepun (Majeca) di sini hari ini.

"Apa juga kenyataan, Saya fikir ia bukanlah ada kaitan sangat dengan keadaan, ramai yang telah menyuarakan pandangan mereka dan saya adalah salah seorang daripada mereka.

"Isu pelan peralihan, Saya tidak fikir kita perlu memberikan tekanan kuat kepada sesiapa untuk tujuan ini. Saya fikir, yang paling penting ialah apa yang Datuk Seri Najib (Tun Razak) katakan bahawa keputusan paling penting akan diputuskan oleh perwakilan pada mesyuarat bahagian yang akan bermula Oktober ini," kata Muhyiddin.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut ditanya sama ada isu peralihan kuasa itu akan mempengaruhi anggota Umno dan beliau berkata:

"Saya berpendapat ahli yang ada sekarang ini terdiri daripada mereka yang memahami dan tahu dan mengikuti perkembangan sedekatdekatnya.

Mereka juga mempunyai aspirasi dan citacita, mereka faham apa yang dirasa rakyat secara keseluruhan.

"Mereka tidak terasing daripada apa yang dirasakan oleh masyarakat majmuk. Mereka juga memikirkan tentang parti, soal negara. Apa pun sentimen seperti ini kita tidak boleh memperkecilkan," katanya. / Bernama




Penyokong PM tunggu lampu hijau untuk bertindak

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Hrkh) - Menggambarkan sama ada Umno akan berpadu atau berpecah kini terletak kepada keputusan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, laman web berita Malaysian Insider (MI) melaporkan, para penyokong Abdullah hanya menanti lampu hijau darinya sahaja untuk menggerakkan kempen tanpa batasan di peringkat Umno bahagian-bahagian.

Iklan




Kempen yang mempunyai masa hanya beberapa minggu sahaja itu bertujuan memastikan Abdullah mendapat pencalonan yang mencukupi untuk mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Umno.

Abdullah pula dilaporkan telah pun membatalkan hasrat untuk berundur seperti yang diucapkannya selepas dibelasah oleh rakan-rakannya dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno (MT) Khamis lalu.

Biar apa pun yang akan terjadi, laporan-laporan menyatakan Perdana Menteri akan tetap mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Umno dalam pemilihan parti Disember ini.

Keputusan itu dilaporkan telah dibuat setelah diyakinkan oleh menantunya, Khairy Jamaluddin dan para penyokong yang bergantung nasib kepada jawatan Perdana Menteri yang setakat ini masih lagi berada dalam cengkaman Abdullah.

Mereka dilaporkan telah berkejar ke Sri Perdana selepas mesyuarat MT Khamis lalu demi mententeramkan Abdullah yang dilanyak rakan-rakannya sendiri serta meyakinkan Presiden Umno yang dikatakan hampir menangis dalam mesyuarat MT itu bahawa beliau boleh mendapat pencalonan yang mencukupi untuk mempertahankan jawatannya.

Ada laporan yang menyatakan bahawa penyokong-penyokong Abdullah itu memberi harapan bahawa tidak kurang dari 100 pencalonan akan diperolehi oleh tokoh yang menjadi tempat mereka bergantung hidup itu.

MI menggambarkan penyokong-penyokongnya bagaikan berkampung di kediaman Abdullah sepanjang hujung minggu lalu untuk berbincang dan menyusun strategi menyambung hayat kepimpinan Abdullah yang bukan sahaja tidak dikehendaki rakyat malah ahli-ahli Umno sendiri.

Antara yang hampir berkampung di kediaman Perdana Menteri itu termasuk beberapa Ahli MT, Ketua-Ketua Perhubungan Umno Negeri dan kaki-kaki makan upah yang berkerja untuk kepentingan politik Abdullah.

Antara persetujuan penyokong-penyokong Abdullah itu, yang termasuk Datuk Seri Adnan Mansor, ialah Abdullah mampu mendapatkan sekurang-kurang 58 pencalonan untuk mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Umno.

Menurut MI lagi, sebaik sahaja mendapat lampu hijau dari Abdullah, para penyokongnya itu akan turun ke bahagian-bahagian dan akan berleluasa dengan kempen tak mengenal batasan dalam masa yang tinggal beberapa minggu sahaja lagi.

Apa sahaja akan dilakukan asalkan Abdullah mendapat pencalonan yang mencukupi untuk mempertahankan jawatannya.

Jika Abdullah berkeras untuk mempertahankan jawatannya, timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak dipercayai akan menyokong hasrat Abdullah itu.

Walaupun beliau boleh mendapat pencalonan yang lebih banyak dari Abdullah untuk menjadi Presiden Umno, tetapi Najib dipercayai tidak sanggup menghadapi kemungkinan kedua-duanya akan cedera parah jika berlaku pertandingan antara mereka.

Apa pun, dengan nafsu menyala-nyala para penyokong Abdullah untuk berleluasa dengan kempen tak mengenal batas dalam masa beberapa minggu ini, rakyat Malaysia dan dunia mungkin akan menyaksikan pesta kincah-mengincah keburukan di antara sesama pemimpin Umno.

Umno akan dilupakan - Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Hrkh) - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meningkatkan lagi serangannya ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi apabila menyifatkan pelan peralihan kuasa yang dikehendaki oleh Abdullah bercanggah dengan perlembagaan Umno.

Iklan




Naib Presiden Umno itu mengulangi penegasannya bahawa ahli-ahli Umnolah yang sepatutnya menentukan kepimpinan masa hadapan parti itu di dalam mesyuarat-mesyuarat peringkat bahagian yang akan bermula bulan hadapan.

"Apa yang dipersetujui hanyalah konvensyen. Tidak ada peruntukan sedemikian dalam perlembagaan (Umno)," AFP memetik beliau. "Kami tidak memilih dengan cara yang bertentangan dengan perlembagaan, kami memilih pemimpin berdasarkan prosedur".

Agensi berita itu juga melaporkan Muhyiddin memberi amaran bahawa Umno dan Barisan Nasional akan dilupakan sama sekali dalam pilihan raya akan datang jika reformasi dalaman tidak dilaksanakan.

Barisan Nasional dianggap tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja lagi sejak pilihan raya umum 8 Mac lalu yang menyaksikan kebangkitan pembangkang mencipta kemenangan yang belum pernah dicapai sebelum ini.

Muhyiddin, yang menuntut Abdullah berundur sebelum 2010, mahu Umno menangani konflik dalamannya selain mematahkan ancaman pembangkang.

Abdullah pula mahu rakan-rakannya membiarkan beliau terus berkuasa sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno sehingga pertengahan 2010.

"Apa yang berlaku sangat serius. Ia bukan sahaja membimbangkan ahli-ahli Umno sahaja malah negara keseluruhannya, Barisan Nasional dan rakyat yang mengambil berat tentang apa yang berlaku ke atas kerajaan," katanya.

"Jika tidak ada apa-apa yang berlaku, saya tidak lagi pasti adakah jangka hayat Barisan Nasional, terutama Umno, akan dapat bertahan selepas 2013," katanya, merujuk kepada jangkaan pilihan raya yang akan datang.

Abdullah mengetepikan gesaan-gesaan supaya beliau berundur walaupun berhadapan dengan kritikan dari ahli-ahli Majlis Tertinggi Umno (MT) sendiri.

Krisis keyakinan terhadapnya di dalam dan di luar parti, janji-jani yang dikhianati dan tidak ditunaikan, inflasi yang semakin meningkat dan ekonomi yang luar biasa lembab tidak lagi menjadi perkiraan Abdullah setelah beliau dilaporkan telah diyakinkan oleh menantunya dan pengikut-pengikut yang bergantung nasib kepadanya bahawa beliau boleh mendapat pencalonan yang mencukupi untuk mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Umno.

Tok Joro Semutar Berlipat

Eh! Tersasur Buka Langkah

Apa cerita Tok Joro ni tiba-tiba jadi berpojok-pojok pulak. 'Start' pulak tak dak langkah sembah, tegur suku sakat Tok Joro. Biasalah bulan puasa ni maaf ajelah keletah Tok Joro ni. Lagi pun Tok Joro bukan pakar silat. Boleh bukak langkah sembah sikit-sikit tu kira oklah.

Tapi buat pojok ni memang ader Tok Gurunya tapi taklah sekelakar Jantan 1,2,3 lekop tu. Itu kira guru Tok Joro jugaklah.


Tok Joro: Tabik


Najib Tinggalkan Tentera

Lepas tu nak cerita apa?, tanya teman-teman Tok Joro. Kan ada cerita Najib Tok Jak yang sekonyong-konyongnya terpaksa juga tinggalkan pejabat tentera yang dia bertugas kira-kira 14 tahun lalu kerana kira patuhlah kepada Pak Lah Tok Memanda Menteri.

Tak apalah dia dapat pejabat baru boleh jaga duit negara. Pejabat lamanya tu diserahkan kepada Pak Lah. Apalah sangat ada dekat berek tentera tu.

Maka nampak bersedihlah Najib ketika perarakan perpisahan di Kem Tentara tu. Tok Joro tengok jugak jebeknya tu dalam TV.

Macam nampak sangat Najib tu susah hati suasana politik negara sekarang ni.


Tok Joro: Telah saja


Najib Jadi Menteri Duit

Al-Kesahnya jadilah Najib menteri duit. Tok Joro macam bimbang jugak dengan Najib ni. Bukan apa kes kapal selam dulu dekat pejabat tentera masih Tok Joro kaji kot-kot Najib terlibat sama.

Suku sakat Tok Joro kecoh serata kampung, serata negeri kata kes kapal selam, kes skru drebar melambong-lambong harganya di Zaman Najib jadi Tok Joro askar.

Tiba-tiba Najib jadi Tok Joro duit. Tok Joro hakiki ini bimbang jugak akan adanya kedudukan Najib tu. Bukan apa, tahulah Tok Mah nak ehem ehem dekat Papa Najib tu. Nak Shoping luar negeri katakan.

Tok Joro: Acuum!!!

Tok Mah apa khabar

Membelek al-kisah Tok Mah, nampak tak banyak cerita hal dia yang Tok Joro dengar. Shoping berkarung guni tu dah tak buat lagi kot. Tapi adelah gambar dia kat sebuah majalah tu. Tak terbeli dan terbaca pulak Tok Joro akan kisahnya dalam majalah tu.

Lawa jugak Tok Mah ni di 'tuch-up lay-out man' majalah tu. Macam Balik Muda semula. Awet Mudalah katakan.


Tok Joro: Tok Mah dah jadi Tok Wan ke belum?

Al-maklumlah jika dah jadi Tok Wan sudah tentu Tok Mah dah insaf dah kot dengan cerita lama. Feel lama tu buang ajelah di hari baik, bulan baik ini.

Kita pakat-pakat taubatlah. Sedarkan diri tu, kubur kata mari, dunia kata pergi.


Tok Joro: Peringat diri sendiri jugak...

Setakat ini saja al-kisahnya. Jika ada umur panjang Tok Joro ketuk lagi keyboard ni untuk gurau senda dengan suku sakat semua. Tak mengata tapi kena kata. Itu prinsip Tok Joro dalam Pojok ni.

Ketuk Tok Joro tak sama macam ketuk ketapi dalam jail tu. Ketuk ketapi tu ketuk lain. Tak mainlah ketuk ketapi macam tu. Macam tahanan ISA Amerika di Gauntenamo, menyiksa dan memalukan.


Tok Joro: Maafkan Kami!

Petisyen Umno Terengganu Bagi DUN Ladang Ditolak

KUALA TERENGGANU, 22 Sept (Bernama) -- Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini, menolak petisyen pilihan raya oleh UMNO Terengganu yang memohon pemeriksaan rapi dan pengiraan undi pos bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang.

Keputusan itu dibacakan oleh Hakim Datuk Ramly Ali berikutan kegagalan pempetisyen mengemukakan bukti munasabah berhubung dakwaan bahawa kerani Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak melaksanakan tugas dalam mengendalikan kertas undi pos tersebut.

"Setelah menimbang semua keterangan, pempetisyen gagal membuktikan petisyen (yang memohon pemeriksaan rapi dan pengiraan undi pos). Dengan ini petisyen (UMNO Terengganu) ditolak," katanya.

Pada 28 April lepas, UMNO Terengganu memfailkan petisyen memohon pemeriksaan semula dilakukan terhadap 127 undi pos bagi DUN Ladang yang ditolak SPR pada hari pengundian 8 Mac lepas.

Petisyen tersebut dikemukakan oleh Ketua UMNO Cawangan Lorong Kemunting, Mahari Endut yang menamakan tiga pihak iaitu Pegawai Pengurusan Pilihan Raya bagi Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Md Razali Kassim, SPR dan Anggota Dewan Undangan Negeri Ladang, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar sebagai responden.

Mahari diwakili oleh barisan peguam diketuai Datuk Muhammad Shafee Abdullah manakala Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaluddin Mohd Said mewakili SPR dan Tengku Hassan pula diwakili peguam Datuk Wan Abdul Muttalib Embong.

Pada pilihan raya umum ke-12 8 Mac lepas, calon Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Hisham Wan Salleh kalah dengan majoriti tipis 31 undi kepada Tengku Hassan daripada PAS.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Wan Abdul Muttalib berkata mahkamah menolak petisyen yang dikemukakan oleh UMNO Terengganu kerana tiada keterangan daripada saksi-saksi pempetisyen yang boleh membatalkan kemenangan Tengku Hassan itu.

Beliau berkata mahkamah mendapati kerani-kerani SPR telah melaksanakan tugas dengan sempurna serta mengikut undang-undang dalam mengendalikan kertas undi pos berkenaan.

Sementara itu, Tengku Hassan berkata sejak daripada awal, beliau sudah menjangka untuk memenangi kes itu.

Sehubungan itu, beliau berkata tugasnya kini adalah untuk memberi sepenuh perhatian dalam memberikan khidmat kepada pengundi di DUN Ladang.

Dalam pada itu, Wan Hisham berkata beliau akan memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan itu.

"Saya menerima keputusan ini. Masih ada ruang untuk saya membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan," katanya.


Gerakan Mahu Jawatankuasa Pilihan Parlimen Ditubuh Untuk Kaji Semula ISA

PULAU PINANG, 21 Sept (Bernama) -- Parti Gerakan mahu kerajaan menubuhkan sebuah jawatankuasa pilihan Parlimen bagi mengkaji semula semua aspek yang berkaitan dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Pemangku Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata kajian itu penting memandangkan terdapat pelbagai pandangan yang berbeza sama ada hendak meminda, memansuhkan atau mengekalkan akta itu.

"Lebih baik ditubuhkan jawatankuasa pilihan Parlimen itu seperti mana-mana jawatankuasa lain yang ditubuhkan bagi mengkaji sesuatu isu.

"Ini merupakan proses demokrasi yang munasabah dan dengan cara itu boleh mendapat satu rumusan yang lebih menyeluruh berhubung ISA," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Gerakan Negeri Pulau Pinang di sini, Ahad.

Isu kajian semula ISA timbul selepas penahanan dilakukan terhadap tiga individu dan tahanan reman ke atas seorang penulis blog.

Koh berkata sekiranya aspek-aspek penting yang terkandung dalam ISA dibincangkan menerusi jawatankuasa pilihan Parlimen ia akan menjadikan akta itu lebih baik.

"Selain itu rasa marah dan cemas dikalangan rakyat juga akan dapat dibendung," katanya.

Ditanya pula mengenai kedudukan Gerakan dalam Barisan Nasional (BN), Koh berkata parti itu kini dalam proses mendapatkan maklum balas mengenai pandangan anggotanya berhubungan cadangan itu.

Katanya parti itu tidak akan menetapkan tempoh tertentu untuk membuat sebarang keputusan tentang kedudukannya dalam BN.

"Kita tidak menetapkan satu tarikh. Mungkin lebih awal dan mungkin lebih lewat," katanya.

Beliau berkata banyak perkara perlu diteliti antaranya sama ada anggota parti masih menyokong BN, adakah Gerakan akan terus bersama BN dan jika Gerakan keluar BN adakah anggota parti akan terus menyokong Gerakan jika parti meninggalkan BN.

"Kita sedang mendapatkan maklum balas daripada akar umbi dan jika perlu kita akan mengadakan mesyuarat agung luar biasa," katanya.

-- BERNAMA

Kerajaan baru tetap berasaskan pelbagai kaum

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu menyangkal dakwaan bahawa akan wujud ketegangan dan mencetuskan suasana tidak baik kepada perniagaan dan ekonomi jika semua parti berasaskan kaum Cina berpihak kepada pembangkang.

Iklan




Beliau berpendapat sokongan daripada kaum Cina kepada pembangkang dewasa ini menunjukkan bahawa masyarakat tersebut inginkan sebuah kerajaan baru ditubuhkan di negara ini.

"Tidak timbul soal sokongan kepada pembangkang kerana orang Cina sekarang menyokong kerajaan yang bakal ditubuhkan," kata beliau.

Selain itu beliau turut menyangkal dakwaan Naib Presiden MCA, Dato' Donald Lim Siang bahawa hanya parti berasaskan orang Melayu menjadi parti memerintah jika semua parti kaum Cina menyokong pembangkang.

"Bila ditubuhkan kerajaan baru, ianya masih kerajaan yang pelbagai kaum bukan hanya dikuasai Melayu," tambah beliau lagi.

Mohamad juga kesal kerana Naib Presiden MCA itu cuba mengalihkan perhatian terhadap keretakan dalaman MCA kepada sesuatu perkara yang langsung tidak menjadi isu.

Dalam laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini, Naib Presiden MCA, Dato' Donald Lim Siang Chai dilaporkan berkata akan wujud ketegangan dan mencetuskan suasana tidak baik kepada perniagaan dan ekonomi jika semua parti berasaskan kaum Cina berpihak kepada pembangkang dan hanya parti berasaskan orang Melayu menjadi parti memerintah.

Sementara itu Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub pula berpendapat kenyataan Donald Lim Siang itu mengambarkan satu sikap perkauman yang sempit.

Beliau juga menjelaskan bahawa kenyataan itu mengambarkan bahawa MCA kini berada dalam keadaan terdesak dan parti tersebut tidak memahami erti demokrasi yang sebenarnya.

"MCA sebenarnya menghadapi masalah yang sama dengan Umno iaitu parti itu juga sedang menuju kehancuran," kata beliau.

Salahuddin juga menegaskan bahawa pendapat yang dikeluarkan oleh Naib Presiden MCA itu mengambarkan bahawa MCA sebenarnya merupakan sebuah parti chauvenist Cina.

"MCA sering menuduh DAP sebagai parti chauvenist Cina sedangkan hakikatnya mereka yang bersifat begitu," tegas beliau.

Beliau turut menegaskan bahawa MCA dan Umno adalah merupakan dua buah parti yang sering mewujudkan masalah kaum di negara ini.

Bahagian Umno tidak pinggirkan Abdullah

Sep 22, 08 12:02pm
Pemimpin-pemimpin Umno yakin pemilihan bahagian tidak akan meminggirkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk pencalonan jawatan presiden seperti diuar-uarkan dalam Majlis Tertinggi (MT) minggu lalu.

Mereka percaya suara-suara mendesak Abdullah meletakkan jawatan menjelang pemilihan bahagian awal bulan depan "terlalu awal" kerana mesyuarat belum bermula.

Abdullah memerlukan pencalonan kira-kira 60 bahagian untuk layak bertanding dan pencabar terdekatnya yang boleh dicalonkan untuk jawatan tersebut sama ada timbalannya sendiri Datuk Seri Najib Razak atau Tengku Razaleigh Hamzah.

Seorang pemimpin bahagian di Pulau Pinang malah percaya anggota-anggota MT yang menyarankan idea sedemikian Khamis lalu sebagai "orang-orang naib presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin."

Ku Li tidak gusar perkembangan dalam Umno

KUALA LUMPUR: Tengku Razaleigh Hamzah langsung tidak gusar tentang sebarang perkembangan dalam Umno - sama ada peralihan kuasa antara Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Razak berlaku awal atau sebaliknya.

Bekas Naib Presiden itu yakin mendapat cukup pencalonan untuk bertanding bagi jawatan presiden Umno disember depan.

Pada Tengku Razaleigh, apa pun berlaku atau tidak berlaku pada 9 Oktober depan seperti yang diuar-uarkan oleh banyak pihak tidak menjejaskan kedudukan beliau sebagai pencabar jawatan Presiden kerana kekuatan beliau terletak pada kelebihan yang ada pada diri sendiri dan tidak pada faktor luaran.

"Latar belakang saya bersih. Sepanjang bersama Umno saya tidak ada sebarang masalah peribadi. Kerana itu saya adalah opsyen terbaik untuk memulih dan mencari penyelesaian kepada pelbagai masalah yang kini dihadapi Umno," kata Ketua Umno Bahagian Gua Musang ini.

Beliau berkata demikian pada sesi dialog dengan pengamal media tradisional dan alternatif di kediamannya sebelum berbuka puasa semalam.

Dalam dialog lebih sejam itu Tengku Razaleigh menjawab pelbagai bentuk soalan, daripada peluang beliau dalam merebut jawatan nombor satu Umno, masalah ekonomi masa kini, kepincangan kerajaan, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan kemungkinan Datuk Seri Anwar Ibrahim memenuhi impian menjadi Perdana Menteri.

"Untuk menjadi seorang pemimpin, seseorang mesti boleh mengangkat muka dengan penuh integriti. Dengan masalah politik wang yang sangat berleluasa sekarang, tidak ramai di dalam Umno yang benar-benar boleh buat begitu.

"Pemimpin Umno masa kini seolah-olah hidup dalam kepompong masing-masing, tidak sedar bahawa parti telah hilang sokongan bukan sahaja daripada orang ramai, malah daripada ahli parti sendiri," tambahnya.

Jika berjaya menerajui Umno, Tengku Razaleigh berjanji beliau akan menjadikan Umno sebuah parti yang lebih demokratik untuk semua Melayu dan Bumiputera dan tidak akan menyekat sesiapa untuk bertanding.

Selain tidak demokratik, Tengku Razaleigh berkata, satu lagi masalah besar di dalam Umno yang mesti dibersihkan segera jika parti itu mahu terus menjadi peneraju kerajaan ialah masalah politik wang.

Masalah itu, katanya, kini menular dengan teruk dalam Umno.

"Saya tahu ini berlaku. Malah orang-orang saya pun telah ditawar wang. Saya telah arahkan mereka agar mengumpul bukti yang cukup agar perkara ini boleh dilaporkan kepada Jawatankuasa Disiplin parti.

"Saya mahu bukan sahaja ejen-ejen yang menawarkan wang diambil tindakan, tetapi juga pemimpin sebenar dibelakang amalan ini diambil tindakan supaya mereka hilang kelayakan bertanding," katanya.

Tengku Razaleigh berkata, beliau sedar ada pihak-pihak yang ingin mempergunakan beliau untuk mengukuhkan peluang masing-masing dalam pertandingan parti Disember ini berikutan kenyataan terbuka beliau bertanding jawatan Pesiden Umno.

"Saya tidak lemah. Hanya pemimpin lemah mudah dibeli atau dipergunakan. Saya tidak sekali-kali akan benarkan ini berlaku pada saya," tegasnya sambil mendakwa mendapat sokongan kuat dari kalangan ahli akar umbi.

Menurutnya, dalam megambil tindakan terhadap masalah politik wang juga Umno mempunyai tiga atau empat standard yang berbeza untuk golongan yang berbeza.

Standard berbeza digunakan untuk aduan-aduan yang dibuat terhadap pemimpin tertentu dan yang lain digunakan untuk pihak lain dalam Umno.

"Kerana itu, aduan politik wang dan salah guna kuasa pihak tertentu tidak langsung disiasat oleh Umno," tegasnya.

Tindakan polis di ceramah Badar al-Qubra biadap

BUTTERWORTH, 22 Sept (Hrkh) -Tindakan polis menangkap dan mendesak agar ceramah memperingati Badar Al-Qubra' anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang di Dewan Putra Merdeka, Butterworth dihentikan semalam dianggap satu kebiadapan yang tidak boleh dimaafkan.

Iklan




Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Hafiz Noordin dalam kenyataannya pada Harakahdaily menyifatkan tindakan itu juga mengambarkan polis masih mengamalkan sikap 'kuno' dan tidak profesional berhadapan dengan situasi berkenaan.

"Dewan Pemuda PAS Negeri kecam tindakan polis menangkap Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan, Sanusi Mohd Junid dan mengarahkan ceramah dihentikan serta-merta dengan alasan tiada permit dikeluarkan sebaliknya menyuruh ia diadakan di dalam dewan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), " ujarnya kesal.

ImagePolis sepatutnya, memberitahu hal itu sejak permohonan permit dibuat bukan mengkhabarkan pada hari Jumaat baru lalu supaya dewan digunakan untuk tujuan itu.

Sedangkan katanya, Dewan Pemuda sudah memaklumkan dalam permohonan permit bersama pelan lakaran penggunaan padang dengan bayaran sewaan RM1,000.

"Kami terpaksa jalankan juga program semalam kerana ikut permit yang diminta padang itu menjadi hak kami kerana menyewa daripada MPSP. Lagipun ia tidak langsung mengganggu jalan raya tambahan Pasukan Unit Amal bersedia menjaga keselamatan sekiranya faktor itu dibimbangi, " tegasnya.

ImageTambahnya, sikap itu jelas mengambarkan, polis masih melaksanakan tugas untuk Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam keadaan Umno tengah nazak dan sekiranya ada anggota atasan yang bertanggungjawab semalam beliau harus tanggalkan uniform dan masuk Umno bergiat dalam arena politik tanahair secara sihat.

"Arahan polis menyuruh penggunaan dewan MPSP semalam tidak masuk akal kerana mana boleh sekelip mata ditukar begitu sahaja sebab ia melibatkan borang permohonan lain lebih-lebih lagi hari Sabtu dan Ahad cuti umum,"katanya lagi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah pula menyifatkan, kejadian semalam merupakan peristiwa pertama setelah bertukaran porfolio Menteri Pertahanan kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi daripada timbalanya, Dato' Seri Najib Tun Razak.

ImageSemasa kejadian semalam, pasukan keselamatan seolah ingin menimbulkan suasana tegang dengan bertindak menghalang Ustaz Hafiz daripada teruskan ceramahnya yang baru bermula lima minit.

"Keadaan boleh tegang lagi sekiranya Unit Amal tidak mengawal keadaan apabila menghalang kemasukan secara beramai-ramai pasukan polis termasuk Polis Bantuan yang berbaris di hadapan pentas. Mereka juga menghalau semua hadirin yang duduk di atas padang, " kata beliau yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Permatang Pauh.

ImageBukan itu sahaja malahan menangkap seorang ahli yang cuba mengawal P.A System daripada di rampas oleh polis juga satu tindakan yang tidak beradab.

Menjawab pertanyaan adakah Dewan Pemuda PAS Negeri lemah menghadapi senario itu beliau menambah, tidak sama sekali bahkan berjanji akan mengadakan ceramah yang lebih besar di tapak penubuhan PAS sejak 1951 itu.

Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu yang sampai pada pukul 9.45 malam cuma dibenarkan berucap setengah jam sahaja setelah polis berbincang dengan urusetia program.

Sementara itu, Sanusi yang ditahan di Balai Polis Butterworth akhirnya di bebaskan pada jam 2.30 pagi dengan jaminan polis.

Rapper told to report to Bukit Aman Tuesday


PETALING JAYA: Wee Meng Chee (pic), who courted controversy last year by recording a parody of the national anthem, Negaraku, has been asked to present himself at the police headquarters in Bukit Aman tomorrow.

Wee, who recently graduated from a Taiwanese university, said the police contacted his father on Sept 11 and asked the 25-year-old to be at Bukit Aman on the specified date.

“They did not tell him why they wanted me to be present. They just set the date,” he said.

“I guess it is about the Negaraku rap. I am surprised. I thought the matter was laid to rest already as it was more than a year ago.”

Wee, who is staying at his family home in Muar, said his father would accompany him to Bukit Aman.

Wee hoped that by then, he would have engaged a lawyer, preferably “someone who is impartial to politics.”

Last year, while studying in Taiwan, Wee posted a six-minute video clip online, which used the Negaraku in a Mandarin rap.

Some quarters claimed the clip was offensive and disrespectful, but Wee said it was intended to be a satirical social commentary on life in Malaysia as a Chinese and was never meant to insult Islam or the Malays.

He has since apologised, saying that he had no intention to hurt anyone.

Bertikam keris sesama Umno


KUALA LUMPUR, 22 Sept (Hrkh) - Walaupun para penyokong menghunus keris untuk mempertahankannya, kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kini dilaporkan lemah di dalam dan di luar Umno oleh laman web berita Malaysian Insider(MI).

Iklan




Para penyokong Abdullah memang mendesak beliau supaya tidak mempedulikan kata-kata yang memedihkan dari Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Pemuda Datuk Hishammuddin Hussein, Ketua Wanita Tan Sri Rafidah Aziz dan Ahli Majlis Tertinggi Umno (MT) Datuk Mohd Shafie Apdal.

Mereka mendesak Abdullah supaya meneruskan rancangan untuk mempertahankan jawatan Presiden Umno yang kini disandangnya dan hanya menyerahkan kuasa pada pertengahan 2010 seperti yang ditetapkan dalam pelan peralihankuasa yang dibuat oleh Abdullah sendiri.

Menyifatkan kritikan-kritikan terhadap Abdullah dalam mesyuarat MT Khamis lalu sebagai melampaui batas, para penyokongnya telah menghunus keris (MI menyebut unsheathed their knives) untuk bertindak demi meneruskan kekuasaan Abdullah yang menjadi harapan hidup mereka.

Para penyokong Abdullah itu, yang terdiri beberapa ahli MT dan kakitangan politiknya, kini berkerja keras demi mempertahankan jawatan Abdullah yang menjadi tempat pergantungan nasib mereka.

Meskipun demikian, bukan mudah bagi mereka untuk meredakan hingar-bingar di kalangan ahli-ahli Umno yang menuntut pengunduran Abdullah.

Abdullah tidak ada pilihan, beliau dipaksa dan terpaksa menyatakan keputusan muktamadnya - berundur segera atau menangguhkan pengunduran dan berhadapan dengan kemungkinan tidak mendapat pencalonan yang mencukupi untuk mempertahankan jawatannya.

Amaran Rafidah di dalam mesyuarat tersebut bahawa Presiden Umno itu mungkin tidak akan mendapat pencalonan yang mencukupi tidak boleh dipandang ringan.

Semakin jelas, pelan peralihan kuasa yang ditetapkan oleh Abdullah mungkin akan menjadi punca perang saudara di dalam Umno.

Kata-kata pedas Muhyiddin dan amaran keras Rafidah yang bercakap dengan begitu terus terang tidak boleh dipandang sebagai paluan tin kosong semata-mata.

Adalah terlalu bodoh jika Abdullah tidak melihat kata-kata pedas dan amaran keras tersebut sebagai tanda-tanda akan meletusnya perang saudara di dalam Umno jika beliau tersilap langkah.

The Straits Times Singapura (ST) melaporkan, rakan rapatnya sendiri mengakui bahawa Abdullah tidak mempunyai banyak pilihan lagi malah semakin sedikit.

"Beliau mempunyai hanya tiga minggu untuk menentukan sama ada beliau akan terus berpegang kepada pelan persaraannya atau mengisytiharkan untuk berundur lebih awal," ST memetik rakan rapat Abdullah yang enggan namanya disiarkan itu.

Walaupun dilaporkan membantu meredakan serangan-serangan terhadap Abdullah dalam mesyuarat MT Khamis lalu, timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak awal-awal lagi dilihat menyatakan keengganannya untuk mematuhi pelan peralihan kuasa yang ditetapkan oleh Abdullah.

"Kerana Umno yang merupakan parti yang mengamalkan prinsip demokrasi, perkara ini (peralihan kuasa) hendaklah ditentukan oleh ahli-ahli parti melalui proses dalaman parti, iaitu melalui mesyuarat tahunan dalam bahagian-bahagian," katanya baru-baru ini.

Sedangkan, parti pula, seperti yang diingatkan oleh Rafidah dalam mesyuarat MT itu, mungkin akan menafikan Abdullah pencalonan yang mencukupi bagi membolehkan Abdullah mempertahankan jawatannya.

Jika para penyokong Abdullah yang bergantung nasib kepada jawatan Perdana Menteri yang dipegangnya telah mula menghunus keris seperti yang digambarkan MI, bagaimana pula dengan yang lain?

Tidakkah mereka juga mengasah dan menghunus keris? Sejarah membuktikan, "bertikam keris" sesama Umno bukan perkara luar biasa.

Sukar Bagi Anwar Untuk Tubuh Kerajaan, Kata Tengku Razaleigh

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Adalah sukar bagi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan sebuah kerajaan ekoran kesukaran parti itu bekerjasama dengan DAP berbanding PAS, kata Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau berkata perbezaan ketara dalam dasar dan ideologi antara parti-parti ini merupakan masalah terbesar Anwar dalam usaha mewujudkan satu pakatan yang benar-benar mantap antara mereka.

"Saya rasa sukar bagi Anwar kerana DAP adalah rakan baik semasa pilihan raya, tapi apabila dasar dan ideologi mereka diambil kira, saya rasa Anwar tidak akan berjaya.

Bagaimana hendak tadbir Malaysia dengan wujudnya dua ideologi dan dasar yang berbeza," katanya pada sesi dialog dengan pengendali-pengendali blog di rumahnya di sini hari ini.

Katanya Anwar yang dilantik ketua pembangkang di Parlimen perlu membuktikan dakwaannya bahawa beliau mempunyai majoriti untuk menubuhkan kerajaan, dan Barisan Nasional (BN) sudah kehilangan majoriti.

"Bila dia (Anwar) mendakwa memiliki jumlah itu (Anggota Parlimen yang menyertai Pakatan Rakyat), dia perlu membuktikannya, tapi dia gagal berbuat demikian, dia ini pandai buat tawaran yang dianggap popular kepada mereka yang mempercayainya," katanya.

Anwar yang memenangi pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos lepas mendakwa beliau sudah memiliki jumlah anggota parlimen yang cukup untuk menubuhkan kerajaan baru namun tidak menyatakan senarai nama anggota parlimen itu.

Tengku Razaleigh berkata Anwar berharap untuk menarik sokongan orang ramai terhadap agendanya untuk menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

"Sebab itu ada penyokong di kalangan parti Gerakan, MCA, MIC tertarik dengan tawaran dia. Ini memang menjejaskan BN. Pada pilihan raya lalu (8 Mac) BN kalah di banyak tempat. Selain dari itu, ada juga isu-isu yang lain," katanya.

Beliau berkata negara akan menghadapi keadaan yang buruk sekiranya Anwar menerajui kerajaan disebabkan banyak perbezaan dasar dan ideologi antara pelbagai parti dalam Pakatan Rakyat.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising