Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Tuesday, September 16, 2008

Selamat Menyambut Hari Malaysia!

16 September 2008
45 tahun lalu, enam tahun selepas mengecapi kemerdekaan, negara ini mulai dikenal sebagai Negara Malaysia. Tarikh keramat 16 September 1963 menyaksikan pembentukan sebuah negara Persekutuan Malaysia yang berdaulat dan bebas merdeka. Pada hari tersebut 45 tahun lalu rakyat Malaysia seluruhnya, dari Perlis hingga ke Sabah, tidak kira sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban, bersetuju untuk hidup bersama.

Namun apa yang berlaku selepas 45 tahun Kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin UMNO semakin rakus berkuasa. Semangat Pembentukan Persekutuan Malaysia dan Pengisytiharan Kemerdekaan diabaikan agar mereka dapat terus berkuasa. Penggunaan undang-undang kuku besi digunakan sewenang-wenangnya manakala retorik perkauman sering digunakan untuk melaga-lagakan rakyat yang berbilang kaum. Ini lah yang dikatakan penindasan ke atas manusia oleh manusia.

Ini semua harus berhenti. Kini sudah tiba masanya untuk kita melakukan perubahan. Perubahan yang memastikan kamu semua dan saya setara, perubahan yang memastikan kita semua dikenal sebagai Bangsa Malaysia. Perubahan yang akan menyaksikan ‘kepada pelampau tiada dokongan, kepada diskriminasi tiada sokongan.’

Bersempena sambutan Hari Malaysia yang ke 45 yang diadakan di Stadium Kelana Jaya, saya menyingkap ringkas idealisme kebebasan Sun Yat Sen; dan memetik pidato presiden Sukarno yang menjanjikan kemerdekaan Indonesia “semua untuk semua” bukan sekadar melayani tuntutan kelompok kecil. Saya memetik ucapan ‘Tryst with Destiny’ yang disampaikan oleh Jawaharlal Nehru, “We have to build the noble mansion of free India where all her children may dwell. The appointed day has come-the day appointed by destiny-and India stands forth again, after long slumber and struggle, awake, vital, free and independent.”

Juga pidato Muhammad Ali Jinnah, pengasas negara Pakistan di Constituent Assembly 1947. Jinnah mengaggap kemerdekaan negaranya muncul dari gejolak rakyat, satu “cyclonic revolution” tetapi memberi amaran agar pasukan keselamatan bebas tidak terheret dengan politik dan pemimpin menghindari dari rasuah.

Malah dalam Pemasyhuran Kemerdekaan 31 Ogos 1957, YTM Almarhum Tunku ARahman menekankan soal kebebasan, keadilan dan hak semua rakyat.

Saya menyentuh semangat muafakat Pakatan Rakyat yang menerima peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai Bahasa Melayu, kedudukan Islam dan hak keistimewaan Melayu-Bumiputra di samping menjamin hak semua rakyat.

Saya percaya rangkuman dan adunan petikan ucapan yang telah saya sorot sebelumnya sangat jelas untuk menggambarkan harapan semua rakyat Malaysia yang kepingin untuk Malaysia kembali makmur dan perkasa.

Dirgahayu Malaysia!

ANWAR IBRAHIM

Thanks to YB Teresa Kok








go Barisan Rakyat!!!
Sat 22-Mar-2008 07:51
Posted by:FudEye7 fudhayl@gmail.com
Haii...lama tak .singgah fp zai.. cepat kit tau mai komen kat fp zai sbb kalau jadi pengomen pertama dpt entry khas dari Zai kay...
Ok Zai baru update "MANDI-MANDA KAT LATA BUKIT HIJAU..jom layan.
Sat 22-Mar-2008 11:52
Posted by:zai Kulim zbintim@yahoo.com.my - [Link]
Pegi jalan laa DAP... Sedarla diri tu ... Ini Negara Malaysia.. Tanah melayu..
jgn lupa diri ddulu adalah pendatang kat tanah melayu....
Sun 23-Mar-2008 04:51
Posted by:Enemy of DAP
A Suggestion for Theresa Kok and DAP;

Should include jawi script too!
As many Malays would not recognised Chinese or Tamil script, I'm sure many Chinese and Indian does not read Jawi script but Jawi scripts is dear to many Malay Muslims. As the use of Jawi script too would reflect the Muslim Malay.

Want to be fair right?
I want to see Jawi script on the road signs too!

Wed 26-Mar-2008 05:07
Posted by:UmmAbdrahmaan - [Link]
klu nak tau kaum cina lah yg suka idup merempat, mn2 negara maju kat dunia ni ade je muka depa...dh la idup menumpang, ada ati nak rampas ngr org...
Wed 26-Mar-2008 14:28
Posted by:anti komunis
ah.. yelah.. letak la seme script.. kasik majmuk.. biar signboard jalan besar².. kelakar...............
Thu 27-Mar-2008 03:15
Posted by:nixa - [Link]
Jangan dok percaya cina dlm gambar ni, nak tunjuk bagus memerintah Malaysia.HIPOKRIT Klau betul nak tolong orang melayu, pakat-pakat la meniaga sama-sama. Untuk orang-orang melayu kita ni marilah kita majukan orang kita dulu.
Thu 27-Mar-2008 15:01
Posted by:unnamed
saya benci betoi ngan bangsa nih...gila kuasa!! dah la dtg tpt org menumpang...ada hati nak take over negeri owang...jgn bagi diorang nih tinggi dr kita...kalo tak habis la ngr kita niih...
Wed 2-Apr-2008 09:43
Posted by:lanney lanneyhasfa@brookedockyard.com.my
mmg tul...depa nih cukup terkenal ngan sifat GELOJOH sesungguhnya. Dah la tu... bila benda free ja muka depa dulu lagi bukan setakat makan sampai belon kat supermarket pon depa berebut...org bagi satu nak sampai sepuluh. sanggup berkelahi ngan budak2. Nak tergelak pon ada meluat pon ada tengok perangai depa yang sesungguhnya GELOJOHHHH
Thu 3-Apr-2008 00:54
Posted by:melayu penang
I bhop, those racist remarks in this fotopages is not consider racist if we read in the correct perpective. Dear owner of this fotopages (sirloin skipper), what have you to say? So, let's write to her to add JAWI scripture on the road signage, every roads in Malaysia. My 2 cents
Sat 5-Apr-2008 06:22
Posted by:dzeal zilkamal@gmail.com - [Link]
salam...knp msti kita nk mengata bangsa lain? Bukan semua bangsa mereka ni jahat. Sy ada ramai kwn sebangsa mereka tp sorry to say la...kekdg mereka ni lebih baik drpd mereka yg sebangsa kita. Bkn sy menidakkan kwn2 melayu tetapi pd sy, kebykkan kwn2 melayu ni lebih suka busy body, mengumpat etc.. Ini semua berdasarkan pengalaman sy. Bkn kah kita hidup dlm sebuah negara yg berbilang bangsa? Bayangkan jika diri kita dihina, di keji oleh bangsa mereka? Apa perasaan anda? Memang kita bebas bersuara tp agak2 lah jgn kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
Sat 5-Apr-2008 14:59
Posted by:ratuhati
dah mmg org melayu ni malas..jangan salahkan bangsa lain bila mereka berjaya merebut peluang yg ada...
Sun 6-Apr-2008 02:09
Posted by:Narul
ya...btoi tu dalam semua bangsa ada yg baik dan jahat tapi sampai bangsa dan negara kita
sendiri nak bagi kat org? takkan kot... p la tengok blog dia http://teresakok.com
dok kata apa kat kita. tengok la nih kat sepang dah nak buat ladang babi.
ckit ari lagi takut daging babi pon kita ingat daging lembu...ingat tu...
keliling rumah aku cina semua tau. tau dak pasai apa rumah kat penang mahai?
pasai nak halau org melayu dari duduk kat pulau!
Tue 8-Apr-2008 01:00
Posted by:melayu penang
perlu ker papan tanda jln utk semua bahasa...rasanyer sbg rakyat malaysia sepatutnya boleh membaca bahasa melayu..
Tue 8-Apr-2008 07:10
Posted by:sayang melayu
apa habaq "melayu penang"...amboi sekampong kita noo.. Laa nie cuba tgok keadaan org kita sendiri..bkn nak kata apa la. Kebyakkan org kita nie suka dok tunggu benda dtg bergolek kat depa. Tunggu org huloq bru nak gerak. Tak huloq dok sengap2..mcmana? Bila bangsa depa ni ada akai skit dapat peluang skit mula la org kita dok kutuk sana kutuk sini...drpd dok wat lagu tu kan elok kita usaha majukan diri kita bru negara kita maju di tangan org melayu. Ini dak kerja malaih...tp nak gaji besaq. Kerja lebih skit tak mau. Cuba kita sama2 berganding bahu majukan bangsa kita..negara kita? Kira elok gak la depa boh bahasa tamil...ada jugak bahasa cina dan bahasa melayu. Kan adil tu namanya? Wlaupun takdak tulisan jawi tak bererti negara kita bkn negara Islam. Lagipun wat apa kita nk bertekak pasai perkauman...nanti negara kacau bilau sapa yg susah? Kita jugak..sbb tu bila kekurangan, kita perbaiki lg usaha kita untuk mempertingkatkan bangsa kita bukan dgn cara dok mengata benda2 tak elok..pikiaq la..
Wed 9-Apr-2008 07:53
Posted by:ratuhati
There are more important things for the wakil rakyat to do than fight over sign boards. Everyone ought to be able to read simple Malay in Rumi characters. Make it simple -- no Jawi, and also no other languages.
Fri 12-Sep-2008 09:05
Posted by:Bago
aku x setuju!!! makin menjadi2 laks DAP nih.. jangan nak jadikan KL nih macam singapore!!!!
Mon 15-Sep-2008 00:50
Posted by:KL BOi hahahahahhaah@yahoo.com

We want muhibbah road signs

February 14th, 2008 by DAP Seputeh

Jalan Taman Seputeh

In the near future, all the roads in Kuala Lumpur will be erected with the road signs with Bahasa Malaysia and Jawi words. Most people in Kuala Lumpur and Malaysia cannot read Jawi. This made us wonder why DBKL erected so many road signs with Jawi words.
In the Seputeh constituency, the residents in Taman Seputeh were the first to make noise over the road signs with Jawi words. I found out that many roads in Taman Tan Yew Lai have Jawi words now. I then called a second press conference a few days ago.

Taman Tan Yew Lai

Today, the four DAP MPs in Kuala Lumpur presented a multilingual Muhibbah road sign board and a memorandum to the Mayor of Kuala Lumpur.

Penghantaran Memorandum kepada Datuk Bandar di DBKL

Tan Kok Wai showed a road name plate design plan of DBKL to the press. The plan shows the Islamic design of the name plate.


The 4 DAP MPs presented the Muhibbah road signboard to En Shaari,
the PA to Datuk Bandar of Kuala Lumpur.

14 Februari 2008

Kepada
Y Bhg Datuk Abdul Hakim Borhan
Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Y Bhg Datuk,

Memorandum Berkenaan Dengan Papan Tanda Jalan Yang Mengandungi Tulisan Jawi di Kuala Lumpur

Kami, bekas Ahli Parlimen DAP di Kuala Lumpur ingin membentangkan isu berkenaan dengan banyak papan tanda jalan telah ditukar kepada papan tanda jalan baru yang mengandungi perkataan Jawi bagi pihak ramai pembayar cukai di Kuala Lumpur.

1. Apakah rasional DBKL menukar banyak papan tanda jalan yang masih baik kepada papan tanda jalan yang mengandungi tulisan Jawi? Kuala Lumpur merupakan ibukota yang mempunyai pelbagai kaum, ramai penduduk di Kuala Lumpur langsung tidak faham tulisan Jawi, kenapakah DBKL memasukkan tulisan yang kebanyakan orang tidak faham dalam papan tanda jalan di Kuala Lumpur?

2. Sehubungan dengan itu, kami perhatikan juga bukan sahaja papan tanda jalan digantikan, tetapi tiang besi dan konkrit papan yang baru juga digantikan. Bukankah ini melibatkan lebih perbelanjaan dan apakah ini perlu dilakukan oleh DBKL?

3. Papan tanda baru memaparkan tulisan Jawi mengurangkan ruang bagi tulisan Rumi, ini menyebabkan orang ramai sukar untuk membaca papan tanda jalan berkenaan.

4. Kualiti papan tanda jalan: — papan tanda yang baru diperbuat bahan plastik yang tidak setinggi mutu kualitinya berbanding dengan papan tanda dahulu yang diperbuat bahan aluminiam.

5. Di beberapa tempat di Kuala Lumpur, misalnya Taman Seputeh, banyak papan tanda jalan ditegakkan pada beberapa bulan yang lepas. Para penduduk di Taman Seputeh tidak faham kenapakah DBKL menurunkan papan tanda jalan yang masih baru untuk digantikan dengan papan tanda yang mengandungi tulisan Jawi, khususnya kebanyakan penduduk di Taman Seputeh langsung tidak faham tentang tulisan Jawi.

Persoalan kami:

1)Kenapakah DBKL tidak berunding dengan wakil rakyat dan persatuan penduduk sebelum menegakkan papan tanda jalan?

2) Ramai penduduk dan pembayar cukai di Kuala Lumpur merasa kecewa terhadap DBKL kerana tidak mengisi lubang jalan (potholes), membaiki parit, membina pejalan kaki, memotong rumput dan mengadakan kemudahan lain walaupun banyak aduan telah dibentangkan kepada DBKL, tetapi DBKL sanggup menggunakan berjuta-juta ringgit untuk menukar kesemua papan tanda jalan di seluruh Kuala Lumpur. Bukankah ini menunjukkan DBKL salah meletakkan keutamaan (priority)?

3) Kami tidak faham kemasukan tulisan Jawi dalam papan tanda jalan, padahal tulisan rasmi Bahasa Malaysia pada amalannya adalah tulisan Rumi.


Cadangan Kami:

Memandangkan Kuala Lumpur merupakan ibukota yang mempunyai pelbagai kaum yang memahami 3 bahasa utama, iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Tionghua dan bahasa Tamil, maka kami mencadangkan supaya DBKL menegakkan papan tanda jalan MUHIBBAH, iaitu papan tanda jalan yang mengandungi tulisan Bahasa Malaysia, Bahasa Tionghua dan Bahasa Tamil.

Kami berpendapat papan tanda MUHIBBAH ini bukan sahaja boleh difahami oleh orang ramai, ia juga boleh membayangkan kepelbagaian kaum dan bahasa di masyarakat Kuala Lumpur kepada pelancong asing kita.

Sekiranya DBKL enggan menyahut cadangan kami, kami bagi pihak para persatuan penduduk dan para pembayar cukai di Kuala Lumpur juga ingin menyeru DBKL untuk menghentikan kerja penggantian papan tanda jalan yang mengandungi tulisan Jawi tersebut dengan serta-merta.

Kami sebagai pembayar cukai di Kuala Lumpur ingin menyeru DBKL untuk menggunakan wang cukai rakyat dengan cermat dan jimat. Kami juga menyeru DBKL untuk menggunakan berjuta-juta ringgit yang sepatutnya dibelanjakan pada papan tanda jalan tersebut kepada projek kerja awam yang benar-benar membawa manfaat kepada semua penduduk di seluruh Kuala Lumpur.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Dr Tan Seng Giaw Tan Kok Wai Fong Kui Lun Teresa Kok

Share on Facebook Share on Facebook

11 Responses to “We want muhibbah road signs”

  1. on 15 Feb 2008 at 12: 30.12 lee wee tak

    The amount of money that went out, the approval process and the money trail will make interesting reading.

    Agree that the muhibbah road sign is the way to go. In Singapore and Sarawak, road signs reflect the multiple ethnic. They even have Thai language signs in area where may Thais live and work.

    In the company I used to work for, we take care to speak languages that can be understood by all present.For example, when a few Chinese and a Malay sit together, the Chinese do now speak mandarin or dialects and speak English or Malay instead. It shows respect.

    The assessments and road tax should be used to clean up rubbish, put up more dustbins, clean up the streets, put up more lights to promote safety and repair roads instead. These are priority. I don’t think the previous road signs created any problem so why waste money replacing them and I think the Auditor General can give his opinion on the degree of care in terms of allocation of resources.

    I am all for local council elections and indeed the annual budgets and financial reports of each local authority should be publised in news papers. There should be nothing secretive or related to national security about it.

  2. on 17 Feb 2008 at 15: 26.01 alex

    This is not a fresh issue in Muar, Johor. We used to see all road signs with both Bahasa Malaysia and Jawi right here since I was very young. But still we were with our very own ‘Taman’ signs before for most of the ‘Taman’ right here. Mostly of them was with Bahasa Malaysia and Bahasa Cina before.

    But since last year, MPM was standardizing signs for all ‘Taman’….Removed all old sign, which completed with Bahasa Malaysia and Bahasa Cina….Yet replaced with black background sign with golden yellow words on all signs. Still there is with Bahasa Malaysia on it, but no more Bahasa Cina and replaced with Jawi… Some ‘Taman’ neighborhoods spent own bucks and made small Bahasa Cina signs for their very own ‘Taman’… Sadly some sign was been removed right after few days or few weeks later.

    Personally I am very sure that all Malays know Bahasa Malaysia, so who else gona read Jawi? All are Chinese staying in my ‘Taman’, majority of them were senior citizen and dun really know how to read others than Chinese words. How can you expect them to read Jawi if they dun even know how to spell our ‘Taman’s name in Malay?

    Perhaps the motive behind is not for reading of general public…………

  3. on 19 Feb 2008 at 12: 02.17 lkw

    Yesterday evening, I noticed that the jawi words are missing from some of the road signs in Tmn Seputeh. I think this is due to one of the following:-
    1) The “quality” of the road sign which is so bad that the wordings started dropping off after 2 weeks or
    2) It is election time. So, remove it for time being and put it back after that or
    3) Result of vandalism.

    The impact of 1) - this means the road signs has to be replaced and the contractor will make more money.

    The impact of 2) - this will also involves money because someone has to be paid to remove this and another round for putting it back

    The impact of 3) - the authority has to act on it to prevent further damage on the road signs. Again, this also involves money because they need to replace new ones and also probably hire someone to safe guard the road signs.

    Whatever it is, the entire exercise is a total waste of public funds!

  4. on 24 Feb 2008 at 13: 55.05 ktteokt

    I think it is a common misunderstanding of Malaysians that Jawi is very “Islamic”. Jawi is but a form of writing used by the Malays originally to express their language, and has nothing to do with Islam or the Koran. Had Malaysia (Malaya) not been ruled by the British for that several hundred years, the Malay Language would still be written in Jawi today. It was romanized to suit the needs of the British and what we study and use today is in fact a mutation.

  5. on 25 Feb 2008 at 03: 16.17 Hasbullah Pit

    Teresa Kok Menulis…
    “3) Kami tidak faham kemasukan tulisan Jawi dalam papan tanda jalan, padahal tulisan rasmi Bahasa Malaysia pada amalannya adalah tulisan Rumi.”

    Jawapan:
    Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan Malaysia termaktub dalam perlembagaan. Bahasa Melayu wujud dalam 2 bentuk tulisan iaitu Tulisan Rumi dan Jawi.

    Sebagai bekas Ahli Parlimen yang memahami perlembagaan, sepatutnya dia mempersoalkan kenapa baru sekarang nak letakkan jawi, bukannya mempersoalkan kenapa ada jawi.

  6. on 27 Feb 2008 at 08: 03.25 ktteokt

    Anyway, the road signs today do not serve their original purpose but found a new “utility”, serving as public notice boards for adhering advertisements of “loan sharks”. Most of the road signs in KL have gone to such use and it is impossible to read what was originally written on such signs. Shouldn’t action be taken against such vandals? They are destroying public property. It would be easy for the authorities to nab these culprits since the phone numbers are indicated on these advertisements and with the compulsory registration of handphones (prepaid), nabbing these culprits would be an easy job for the police.

  7. on 14 Mar 2008 at 18: 50.22 road signs in malaysia

    rather cooling. Its supposed to be higher than Genting, but there isnt as mjtbk-lamer.blogspot.comWe want muhibbah road signsJalan Taman Seputeh In the near future, all the roads in Kuala Lumpur will be erected with the road …

  8. on 25 Aug 2008 (4 weeks ago) at 20: 04.47 kucau

    why need muhibbah sign? indian and chinese cant read Malay? please abolish vernacular school then ….

  9. on 01 Sep 2008 (3 weeks ago) at 17: 06.18 hanizarh

    It is very much not acceptable that Chinese and Indian cannot read BM. Send them back to C****

    BM in its original form exist in jawi, and latter after British occupation, also in rumi.

    If you take out jawi because you say that you cannot understand it, how about the signboards in Chinese ? We MAJORITY Malaysian cannot understand that too. Take that off too.

    And please also stop cakap Cina in your ceramah. I dont understand a s*** what you’re saying.

    If you don’t understand the basis of it, please ask the less Chinese cauvinist member of DAP. They can alleaviate misunderstanding.

    You Theresa, is a good UMNO campaigner. It was babi then, now this jawi thing. Your name equals “burden” for Pakatan Rakyat. Stop being Chinese P**.

  10. on 02 Sep 2008 (2 weeks ago) at 13: 41.18 azleena

    the act to wipe out Jawi characters and replace them with chinese and indian characters can be mis-intepreted, or questioned, despite the memorandum given.

    Reason: ramai penduduk di Kuala Lumpur langsung tidak faham tulisan Jawi.
    This is unreasonable. Adakah semua penduduk faham tulisan cina dan india yang tertera?

    Another Reason: Papan tanda baru memaparkan tulisan Jawi mengurangkan ruang bagi tulisan Rumi, ini menyebabkan orang ramai sukar untuk membaca papan tanda jalan berkenaan
    And adding two more languages doesnt make it crowded? unreadable? i really can’t make sense out of this.

    Roman characters (Bahasa Melayu) should be the only language used in these signboards. It is after all the national language. It is every citizen’s RESPONSIBILITY to understand it. In countries like Japan, China, they maintain the use of national language on signboards regardless the fact that many tourists dun understand these boards.

    Removing one and adding two more (not national language) to these boards doesnt potray muhibbah at all. It is more likely to show that Malays read malay words, Chinese read chinese words, Indians read indian words… (although even some chinese n indian can’t read these characters). It look like a separation than muhibbah.

    It’s weird how small issues like signboard can cause a lot of stir in our country… even makes me think again what muhibbah is all about in this country….???? I love the everything about multiracial… but today…. implementation vise.. it scares me how ppl make use of small issues like this to cause racial discomfort to certain groups.

  11. on 08 Sep 2008 (2 weeks ago) at 04: 33.29 mat_kilau

    ms teresa, can u help us to resolve our problem?.
    There will be a development of buddha temple called ‘Bodhi Temple’ in our ‘Taman’ call ‘Desa Alam’ which located at Seksyen U12, Desa Alam, Shah Alam. we have protest the development because:

    1) Majority of resident’s (99%) is malay and muslim.
    2) They claim, the temple is for local resident and people around it, but we as resident don’t need it. It is outsider who will come and congested our Taman/Desa.
    3) The temple will be 150 meter from existing surau, for sure, in the future, this temple will complaint a lot, and a lot, about our surau
    4) We are so curious and wonder, how MBSA can approve this project as they already know it is muslim area.
    5) And we also wonder, how they can buy the land very cheap, more lower than our terrace house. it’s even not reach 100K. We suspect bribery and dirty agreement on this issue.
    6) If they are desperate to develop ‘Bodhi Temple’. Please move it to an area where majority is buddhist.

    If you can do that ‘amazing’ on the road sign. How about you help us here. Please come and see with your own eyes, how near the temple.

PROFIL TERESA

Teresa Kok Suh Sim (bahasa Cina: 郭素沁, lahir pada 31 Mac, 1964) merupakan seorang ahli politik Malaysia dari Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Kok berketurunan Hakka Huizhou, Wilayah Guangdong di China. Beliau memperolehi ijazah petamanya daripada Universiti Sains Malaysia (USM) dengan melanjutkan pelajaran di Pusat Pengajian Komunikasi, dan ijazah kedua daripada Universiti Malaya dalam sains politik, dan juga Sarjana Falsafah. Tesisnya adalah mengenai UMNO, bertajuk "Factionalism in Umno During Dr Mahathir's Era (1981 - 2001)".

Kok merupakan setiausaha politik Ketua Pembangkang Parlimen Lim Kit Siang dari 1990 hingga 1995. Pada 1995, dia bertanding di kerusi Parlimen Ipoh Barat di atas tiket DAP tetapi ditewaskan oleh calon MCA. Kok kemudiannya meletakkan jawatan sebagai setiausaha politik untuk menyambung pelajarannya. Dalam Pilihan Raya Umum 1999, Kok memenangi kerusi Parlimen Seputeh di Kuala Lumpur dengan majoriti 5,200 dan terpilih semula pada 2004 dengan majoriti 12,895, yang terbesar antara 13 Ahli Parlimen DAP yang terpilih.

Kok ialah Setiausaha Publisiti DAP, Setiausaha Nasional kepada DAP Wanita, dan ahli Jawatankuasa Disiplin DAP. Dalam parlimen, beliau merupakan ahli Jawatankuasa Pilihan untuk Kajian Semula Kanun Jenayah dan Kanun Prosedur Jenayah. Selain daripada merupakan Setiausaha Kaukus Myanmar Antara Parlimen ASEAN (AIPMC), Kok juga merupakan pelobi yang aktif kepada demokrasi dan hak asasi manusia Myanmar sejak tahun 1996 ketika beliau menjadi Penyelaras Rangkaian Pemimpin Politik untuk Menggalakkan Demokrasi di Myanmar (PD Burma) bagi kawasan Asia Tenggara.

Dalam Pilihan Raya Umum 2008, Kok mengekalkan kerusi parlimen Seputeh di Kuala Lumpur, dengan majoriti 36,492. Majoriti ini merupakan majoriti yang terbesar dalam pilihan raya tersebut. Kok juga memenangi kerusi negeri Kinrara di Selangor, kerusi yang ditandingnya buat pertama kali.

Pada tahun 2004, Kok menerbitkan sebuah buku yang berjudul 琴声剑影, satu koleksi rencana yang ditulisnya dalam surat khabar bahasa Cina, Sin Chew Jit Poh.

[sunting] Keputusan pilihan raya

Tahun Kerusi Parlimen Undi yang diperolehi Undian majoriti Jumlah undi Lawan Peratus pengundi yang hadir
1999 P110 Seputeh 28,657 menang dengan 5,200 52,705 Dr Sua Chong Keh (BN - MCA) 73.59 %
2004 P122 Seputeh 33,197 menang dengan 12,895 53,718 Chin Yen Foo (BN - MCA) 71.91%
2008 P122 Seputeh 47,230 menang dengan 36,492 58,207 Carol Chew Chee Lin (BN - MCA) 75.70%

Teresa ditahan hingga 28 hari

KUALA LUMPUR, 16 SEPT (Hrkh) - Exco kerajaan negeri Selangor Teresa Kok akan ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama 28 hari, kata bapanya semalam.

Kok Kim Tong, 74, berkata Teresa memberitahunya bahawa beliau akan ditahan bagi tempoh itu bermula kelmarin.

Kok dan isterinya Pong Seh Kwon, 71, sebelum itu dibenarkan berjumpa dengan anak mereka selama kira-kira sejam mulai 2 petang di ibu pejabat polis Bukit Aman.

Teresa, yang juga ahli parlimen Seputeh, ditahan menjelang tengah malam Jumaat lepas lapor Malaysiakini semalam.

"Beliau berkata, polis memberi satu notis kepadanya semalam, yang memaklumkan bahawa penahanannya akan dilanjutkan selama 28 hari.

"Polis juga memintanya menandatangani notis itu, tapi beliau enggan berbuat demikian," kata Kok, lapor Bernama.

Kok, yang ditemani pembantu khas anaknya Mandy Ooi Haw Voon pada pertemuan itu, berkata Teresa memberitahunya bahawa beliau sedang disiasat tentang tiga perkara.

Perkara-perkara tersebut adalah penggunaan tulisan jawi pada papan tanda, tuduhan melarang laungan azan di dua masjid dan laporan polis terhadapnya oleh beberapa pertubuhan Islam, termasuk Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Bapa Teresa berkata, terdapat kira-kira 13 pegawai polis di dalam bilik berkenaan ketika beliau berjumpa dengan anaknya itu.

Menurut agensi berita itu lagi, Kok berkata, kehadiran sebegitu ramai pegawai polis ketika itu adalah tidak perlu.

Ditanya tentang keadaan Teresa, Kok berkata: "Beliau kelihatan tenang, tapi sangat lemah dan mukanya pucat... beliau mengalami cirit-birit dan sakit perut sejak malam semalam.

"Kata doktor, beliau mengalami tekanan darah rendah," kata Kok.

Kok berkata semasa pertemuan itu, beliau memberikan kepada anaknya ubat herba Cina dan pati ayam.

Beberapa pemimpin DAP, termasuk setiausaha agung parti itu Lim Guan Eng, Fong Kui Lun, Tony Pua dan Lim Kit Siang adalah antara mereka yang menunggu di luar Bukit Aman semasa Kok mengunjungi anaknya itu. Click Here!

Anwar mahu temui PM isu tukar k'jaan

Sep 15, 08 11:53pm
Pakatan Rakyat yang dikepalai Datuk Seri Anwar Ibrahim masih yakin rancangannya untuk membentuk kerajaan baru akan berjaya dalam masa terdekat.

Bagaimanapun Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan rancangan ketua pembangkang itu sebagai "sesuatu perkara yang karut".

Bercakap di depan puluhan ribu penyokong pembangkang di stadium Kelana Jaya malam ini, Anwar berkata Pakatan Rakyat telah menghantar surat hari ini untuk bertemu Abdullah bagi membincangkan isu pembentukan kerajaan baru.

"Petang tadi, (ahli parlimen DAP) Anthony Loke, (ahli parlimen PKR) Johari (Abdul) telah pergi ke Putrjaya, hantar surat untuk berjumpa segera dengan perdana menteri sebab kita mahukan perubahan aman dan tenteram," kata Anwar.

"Kita sudah ada jumlah (wakil BN yang akan melompat kepada Pakatan), dan kita telah bersedia. Hari ini 16 September, esok 17 September, kita bersedia membentuk kerajaan."

Anwar, yang juga penasihat PKR, meyakinkan para penyokongnya bahawa rancangannya untuk menubuhkan kerajaan dengan cara memujuk lebih 30 wakil rakyat BN meninggalkan parti itu "masih seperti dirancang."

"Apabila kita kata 'on track' (masih seperti dirancang), maksudnya 'on track'.

"Hendak jadi macam mana (perubahan kerajaan pada 16 September), mereka bawa (ahli-ahli parlimen BN) ke Taipei," katanya, merujuk lebih 50 wakil rakyat BN yang secara mendadak dibawa melawat Taiwan beberapa hari lalu.

"Tetapi kita ada cukup jumlah untuk mengalahkan BN. Bukan hendak paksa, pergi Putrajaya hendak heret, ambil alih (kuasa kerajaan pusat) bukan mengikut hukum rimba, yang lalu tetap berlalu.

"Esok kita akan umumkan pendirian kita."

Sementara di Kuala Terengganu, lapor Bernama, sambil menempelak tentang hasrat itu, Abdullah berkata pertukaran kerajaan baru tidak akan berlaku.

"Orang kita cepat sangat terkejut, tergempar, cepat sangat kelam-kabut tentang soal pertukaran kerajaan. Ketepikan semua perkara begini.

"Beri perhatian kepada perkara yang mendatangkan manfaat serta kebaikan dan bukan sembang kosong yang tidak beri manfaat.

"Kita suka sangat berhujah dan bersembang tentang perkara ini (pertukaran kerajaan). Perkara ini tidak akan berlaku," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama pemimpin dan rakyat di Masjid Abidin malam ini.

Menurut agensi berita itu lagi, Abdullah meminta umat Islam meningkatkan ibadat bersempena bulan Ramadan dan tidak terlalu ghairah memperkatakan isu pertukaran kerajaan.

"Pembohongan ini menyebabkan keadaan menjadi kelam-kabut sehingga selepas berbuka dan Tarawih, bukan nak buat Taddarus tetapi yang dibincangkan ada hubung kait dengan pertukaran kerajaan.

"Sepatutnya kita guna bulan Ramadan ini untuk tingkatkan ibadah untuk kemuliaan di sisi Allah dan tidak digunakan bersembang perkara yang tidak akan berlaku," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai peletakan jawatan Datuk Zaid Ibrahim sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Anwar membayangkan wujud perbincangan antara pihaknya dengan bekas ketua bahagian Umno Kota Bharu itu.

"Terima kasih kepada Zaid. Dalam beberapa hari lagi akan ada berita baik daripada Zaid. Ada orang kata kita beli (Zaid). Bukan beli, tetapi dia benci penahanan (bawah) ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri)," kata bekas timbalan perdana menteri.

Anwar bagaimanapun tidak menjelas lanjut berhubung perkara itu.

Zaid hari menyerahkan surat peletakan jawatan, namun perdana menteri memintanya bercuti sebelum mengambil keputusan muktamad tentang perkara tersebut. Click Here!

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising