Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Sunday, September 14, 2008

Perhimpunan Perdana Sambutan Hari Malaysia

Pakatan Rakyat bersama dengan Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan Perhimpunan Perdana Sambutan Hari Malaysia pada 15 September (Isnin) di Stadium MBPJ Kelana Jaya, Selangor, bermula dari jam 7 malam.

Program bermula dengan Majlis Buka Puasa, Solat Maghrib, Isya, Tarawikh dan diikuti dengan ucapan pemimpin Pakatan Rakyat. YB Lim Kit Siang dan YB Tuan Guru Dato’ Seri Hadi Awang akan menyusul selepas Solat Tarawikh di lapangan stadium. Program kemuncak adalah perutusan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Hari Malaysia 16 September.

Pihak polis Selangor telah meluluskan permit. Semua dijemput hadir.

Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim

Click Here!

Pakatan adakan perhimpunan anti-ISA esok

Sep 14, 08 4:39pm
Pakatan Rakyat mengumumkan satu perhimpunan perdana akan diadakan di Stadium Kelana Jaya esok bagi membantah tindakan kerajaan membuat tangkapan di bawah ISA - sehari sebelum sampainya tarikh rancangan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil kuasa melalui penyertaan ahli Parlimen BN ke dalam Pakatan.

Semalam, Anwar berkata beliau telah mempunyai sokongan yang mencukupi untuk mengambil alih kuasa, tetapi peralihan kuasa yang dijadual Selasa ini, mungkin ditangguhkan ekoran operasi penahanan ISA.

"Keutamaan adalah kestabilan politik. Ia bukannya isu penangguhan, kita mempunyai jumlah (yang cukup) untuk meneruskannya," katanya, sambil menambah, beliau juga mungkin menjadi sasaran penahanan di bawah ISA.

Anwar, bekas timbalan perdana menteri yang dipecat dan menjalani hukuman penjara sedekad yang lalu, memerlukan penyertaan 30 lagi ahli parlimen ke dalam Pakatan untuk mengambil alih kuasa dari Barisan Nasional.

Kemungkinan itu tidak terfikir sebelum pilihanraya umum Mac lalu, apabila barisan pembangkang itu mengejutkan negara apabila menafikan BN majoriti dua pertiga di Parlimen.

Sejak itu, BN bergoncang dan penahanan seorang ahli politik pembangkang, blogger terkemuka dan seorang wartawan, Jumaat lalu di bawah ISA, telah mencetuskan kebimbangan penangkapan besar-besar dilancarkan terhadap pembangkang.

Mereka yang ditahan kelmarin ialah ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok; blogger Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng. Tan telah dibebaskan semalam.

Mereka ditahan kerana didakwa mencetuskan ketegangan kaum, tetapi Anwar menuduh kerajaan sengaja mengada-adakan krisis itu untuk mengalih perhatian daripada krisis yang sedang dialaminya. Click Here!

Perdana V6 - dua pemilik bengkel mengaku tidak bersalah

KUALA TERENGGANU 14 Sept. - Dua pemilik bengkel kereta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen berasingan di sini hari ini, atas lima tuduhan membuat tuntutan palsu kepada kerajaan Terengganu berhubung pembekalan kotak gear Proton Perdana V6 Executive yang digunakan oleh Exco.

Tor Kok Siong, 52, dan Choong Yuen Sang, 48, dituduh membuat tuntutan tersebut kesemuanya bernilai RM91,350.64 bagi tujuan penggantian kotak gear lima buah Perdana V6 antara November 2006 hingga Jun lalu, sedangkan kotak gear itu adalah yang asal dan tiada penggantian dilakukan.

Kok Siong, pemilik bengkel kereta di Jalan Bukit Kechil di sini menghadapi empat tuduhan membuat tuntutan palsu bernilai RM72,230.73 dan meminta dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim M. Bakri Abd. Majid.

Dalam mahkamah berasingan, Choong Yuen Sang, 48, pemilik bengkel kereta di Chendering pula menghadapi satu tuduhan serupa bernilai RM19,119.91 dan membuat permohonan untuk dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohammad Khalid Ab. Karim.

Mengikut fakta kes, Kok Siong dituduh memberikan invois CI No. 77456 mengandungi butir palsu mengenai pembekalan sebuah pc Auto Transmission V6 berjumlah RM18,057.68 untuk kenderaan bernombor pendaftaran TAG 7979 kepada Pegawai Eksekutif Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Terengganu, Hashim Abdul Rahman pada Ogos 2007.

Dia juga dituduh menyerahkan invois CI No. 78528 mengandungi butir palsu mengenai pembekalan sebuah Auto Transmission V6 MD 9739975 berjumlah RM18,057.68 bagi Perdana V6 TT 3 kepada Pegawai Tadbir Pejabat SUK, A. Rahim Jusoh pada Jun lalu.

Bagi tuduhan ketiga, Kok Siong dituduh menyerahkan invois CI No. 75548 mengandungi butiran palsu mengenai pembekalan sebuah pc Auto Transmission V6 NOKP4A23-UPP3VO9608 berjumlah RM18,057.69 bagi Perdana V6 TT 7 kepada pegawai sama pada November 2006.

Dia turut dituduh menyerahkan invois CI 75982 mengandungi butir palsu mengenai pembekalan sebuah pc Auto Transmission V6 berjumlah RM18,057.68 bagi kereta Perdana V6 TAG 8778 kepada Penolong SUK (Am/Kew), Zulkifly Isa pada November 2006.

Sementara itu, Yuen Sang pula dituduh menyerahkan invois bernombor 3147 mengandungi butir palsu mengenai pembekalan satu set Auto Transmission Assy (New) berjumlah RM19,119.91 bagi Perdana V6 TAK 415 kepada Hashim pada 2 Ogos 2007.

Kedua-dua pemilik bengkel itu dituduh melakukan kesemua perbuatan itu di pejabat Dewan Undangan Negeri Terengganu dan mereka telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 11 (c) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Sabit kesalahan kedua-duanya boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta sama yang boleh dipenjara tidak kurang 14 hari dan tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya Mohd. Sofian Zakaria manakala Kok Siong dan Yuen Sang masing-masing diwakili peguam Osman Bakar dan Siti Saleha Mohd. Tahir.

Mohd. Sofian meminta supaya kedua-dua tertuduh diikat jamin RM20,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

Namun Hakim M. Bakri menetapkan Kok Siong diikat jamin RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin manakala Hakim Mohammad Khalid menetapkan ikat jamin RM7,000 serta seorang penjamin terhadap Yuen Sang.

Mahkamah kemudiannya masing-masing menetapkan 23 dan 24 Disember ini bagi perbicaraan ke atas Kok Siong manakala 14 Disember ini bagi perbicaraan ke atas Yuen Sang. - Utusan

Click Here!

Usah guna ISA terhadap orang awam - Zaid

14-09-2008 02:09:49 PM
KOTA BAHARU: Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak harus digunakan terhadap orang awam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Zaid Ibrahim said.

Beliau yang bertanggungjawab berkaitan soal perundangan dan kehakiman berkata, akta tersebut sepatutnya hanya digunakan terhadap pengganas ataupun ke atas mereka yang cuba menggulingkan kerajaan menerusi kekerasan.

"Saya akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawui untuk mengadakan perbincangan terus terang bagi mendapatkan pandangan beliau dalam isu ini secepat yang mungkin," kata beliau kepada wartawan di rumahnya di sini.

Kata Zaid, dengan memberikan pandangan sedemikian beliau kemungkinan dilihat bertindak bertentangan dengan 'dasar kerajaan' tetapi bersedia untuk menghadapi kesannya.

"Jika saya perlu meletakkan jawatan (kerana memberikan pandangan ini), saya akan berbuat demikian," katanya.

Tambah Zaid, beliau bukan pencetus masalah dan tidak mahu menyusahkan Perdana Menteri dalam isu berkenaan.

Sebaliknya, katanya, beliau mempunyai prinsip dan sentiasa memberikan pendirian kritikal dalam soal penggunaan ISA.

Kelmarin, tiga orang iaitu masing-masing seorang penulis blog, wartawan dan ahli politik ditahan di bawah ISA.

Penulis laman blog Raja Petra Kamaruddin yang pertama ditahan di rumahnya pada pukul 1.50 tengah hari di Sungai Buloh dekat sini berkaitan artikel yang disiarkan dalam laman webnya yang bertajuk "I promise to be a good, nonhypocritical Muslim" dan juga
"Not all Arabs are descendants of the Prophets".

Kedua-dua artikel itu didakwa menggunakan ayat yang menghina orang Islam dan Nabi Muhammad S.A.W.

Ini adalah kali kedua Raja Petra ditahan di bawah ISA.

Beliau pertama kali ditahan pada April 2001 kerana penglibatannya dalam gerakan reformasi dan ditahan selama 53 hari di Pusat Tahanan Kamunting, Taiping.

Selepas penahanan Raja Petra, polis menahan pula wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng di rumahnya di Taman Permai, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Tan ialah wartawan yang menulis berita yang mendakwa Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail semasa memberi ceramah dalam kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos lalu, telah melabelkan masyarakat Cina di negara ini sebagai "penumpang."

Selepas Tan, Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok, turut ditahan di bawah akta sama di hadapan kondominiumnya di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun Tan telah dibebaskan petang semalam.

Dua Pemilik Bengkel Akan Dihadap Ke Mahkamah Kes Senggara Proton Perdana

KUALA TERENGGANU, 13 Sept (Bernama) -- Dua pemilik bengkel akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu esok berhubung kes penyenggaraan Proton Perdana V6 Executive milik kerajaan negeri Terengganu yang mencecah jumlah RM1.07 juta.

Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) negeri Sharuddin Sapian berkata kedua-dua mereka dijangka dibawa ke mahkamah untuk didakwa kira-kira pukul 9 pagi melibatkan lima pertuduhan.

"Seorang daripada pemilik bengkel itu akan menghadapi empat pertuduhan berhubung kes berkenaan," katanya.

Kerajaan negeri Terengganu Julai lepas membeli 14 kereta Mercedes E200 Kompressor dengan kos RM3.43 juta untuk exco dan pegawai kanan kerajaan negeri bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive kerana dikata melibatkan kos penyenggaraan yang tinggi.

Pendedahan mengenai kos penyenggaraan kereta keluaran negara yang disifatkan keterlaluan itu telah menimbulkan pelbagai reaksi sehingga membawa campur tangan Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Badan terbabit kemudian menahan beberapa orang pemilik bengkel kereta di Terengganu bagi membantu siasatan kes penyenggaraan 14 buah Proton Perdana V6 Executive kerajaan negeri berjumlah RM1.07 juta dalam tempoh empat tahun.
Click Here!

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising